Tuesday, June 1, 2010

satu adventure di Klang

Setelah kebosanan melanda di rumah akibat tak perform menjadi anak yg begitu mithali, aku ambil keputusan nekad untuk pergi mengembara setelah otak daku diperap oleh rumah yg sempit dan melekakan! Jadi, tanpa berlengah lagi, aku minta kebenaran ibu daku dan segera angkat kaki walaupun aku hanya berjalan bertapak di bumi yg nyata. Aku gerak dengan jiran aku, Abg Daud di mana hari tu mula hujan dengan lebatnya seolah2 menanti pemergian kami kerana sudah 2-3 hari tak hujan, asyik panas melampau. Abg Daud kebetulan drive van sebab wife dia nak guna kereta buat masa ni. Fine, aku tak kisah sebab aku pun lama sangat tak naik van, last yg aku naik pun sebab nak pergi SKEM je. Aku teringat kat Abg Leman the driver tu. Bergaya dan berkualiti gitu sehinggakan aku pernah admire cara dia drive, ala2 Initial D gitu. Kami bergerak dengan pantas dan jitu sebab mengejar masa, tapi kami stop seketika untuk urusan akhirati. Van yg dipacu kian beredar memasuki lebuh raya dan seterusnya maju ke KESAS. Trafik masa tu lancar je, seolah2 nak permudahkan urusan kami walaupun hujan lebat sampai tak nampak jalan. Aku terpinga2 sebab tak pernah pergi area tu. Di signboard tertera KLANG. Dimanakah itu? Aku termanggu sebab phone aku takde function GPS apatah lagi aku tak bawa peta dunia sekali. Abg Daud rileks je bawa van dia, seolah2 tiada apa2 yg berlaku dan senyum seraya sempat sembang2 dengan aku. Aku semakin tenang dan enjoy je trip tu, tapi serious, lepas kami masuk ke area Kemuning, aku dah mula pening sebab jalan dia bersimpang siur entah ke mana hala seraya terdendang lagu M.Daud Kilau.
Itulah pengalaman aku merewang di Klang dan apa yg aku dapati rumah2 kat sini best2 belaka tapi ramai Bangla kat situ sebab banyak juga kilang bertebaran di bumi Klang ni. Tak tahu la macam mana lepas ni selepas levi warga asing dinaikkan. Adakah lepas ni ramai abg Melayu berkeliaran take over Bangla berkenaan?

*jalan2 bikin aku penat~

No comments:

Post a Comment