Tuesday, June 29, 2010

1st time usha akad nikah

Apa yg aku perasan sejak kebelakangan ini, lagi2 di masa cuti sekolah, ramai yang diijab kabulkan terutama di Muqarrabin. Aku sendiri tak faham kenapa dengan cuti sekolah sedangkan yg kahwin bukan budak sekolah. Aku berfikiran positif bahawa budak2 sekolah adalah skuad penghabis lauk2 kenduri yang entah berapa tempayanpihak catering take in dengan van Pajero masing2. Apa yg pasti aku tak dijemput tapi bila keluar je, ada yg letak free gift dalam raga motor aku. Beg besar malah nampak gah, tapi dalam tu ada gula2 serta bahulu sebiji. Apakah sebungkus nasi minyak, ayam masak merah, kuah dhal serta dalca timun agak tak muat untuk beg free gift tu? Tiba2, pandangan aku beralih ke arah marplay bawah Blok D Tasik Height. Roti canai, i miss u so much~
Aku dengan Abg Adi lepak sekali untuk tengok majlis akad nikah sebaik saja para jemaah habis ba'diah Isyak.Aku mula2 tak nak tengok benda2 macam ni, better aku facebooking tapi sampai bila aku nak mengelak? Ini adalah tutorial bagi aku dan aku alami perkara sedemikian rupa dalam 10-11 tahun akan datang. Aku hanya merancang, jangan salahkan aku kalau aku naik pelamin lagi awal dari korang. Terasa macam lelaki suci pula di sini dan sesungguhnya daku tak bersalah. Jadi, jangan dakwa daku dengan mengenakan spekulasi liar.
Pengantin berpakai baju putih simbolik kepada kesucian. Cantik dan kemas tapi aku tak berapa gemar dengan fesyen pihak perempuan. Kalau korang selalu duduk tanpa ke mana2 malah access facebook via iPhone, maka korang akan terkesima dengannya. Atau hanya sandiwara daku semata2? Pihak lelaki dah duduk depan tok kadi seraya bermuka kecut macam ayam kena perap nak buat BBQ. Tok kadi berperanan menenangkan pihak lelaki dengan meminta beliau untuk mempraktis lafaz akad nikah serta cepat2 tanyakan nama bakal isteri dalam sekelip mata lagi. Si spectator asyik buat lawak ala Mr Bean dengan harapan pihak lelaki dah kurang nervous seraya mampu mengucapkan lafaz akad tersebut dengan sekali lafaz sahaja.
Selepas itu, tok kadi memulakan khutbah ringkas, mengenai hukum2 berkahwin, jenis2 talak serta tanggungjawab masing2 dalam institusi kekeluargaan. Aku pula yg beri fokus seolah2 aku berada dalam kuliah maghrib di Al-Falah. Aku usha pihak lelaki termanggu malam muka macam faham sebenar2nya. Pihak perempuan di belakang tersipu2 malu di kala mak mertua sedang mengusap2 tudungnya yg terjurai. Sedang di belakang, ada awek hot berbaju merah ambil perhatian aku. Nasib baik la di masjid dan dia hanya pakai shawl, terserlah sejambak rambut bukan hitamnya di depan. Aku cuba ignore malah nak delete dia dari pandangan daku. Justeru, aku pandangan pihak lelaki yg agak gabra apabila tok kadi nak masuk stage lafaz akad nikah. Tok kadi minta pihak lelaki bawa bertenang. Macam2 pihak lelaki kena interrogate dengan tok kadi dan nampaknya bapa mertua pihak lelaki nampak puas hati serta tak lupa tersenyum simpul melihat prestasi bakal menantunya. Bersedia? Dengan sekali lafaz saja sudah membuktikan bahawa pihak lelaki sah menjadi suami kepada pihak lelaki walaupun suara pihak lelaki berkenaan selembut bayu di tepi Pantai Cahaya Bulan. Kemudian, tok kadi sekali lagi membaca doa, tak panjang dan aku segan nak tanya tok kadi tu, jadi aku dengar je la seraya berkomentar seketika dengan Abg Adi. Tak berapa panjang sehingga membuatkan aku menguap2 keletihan. Selepas itu, pihak lelaki dikenakan melafazkan lafaz taklik pula. Aku dah tak faham apa2 protokol lagi dah, just follow je trail tok kadi yg lengkap berserban ala2 mujahidin itu. Selepas melafazkan lafaz taklik, maka selamatlah pasangan tersebut diijab kabulkan. Maka, aku berharap yg terbaik untuk mereka berdua dan apa yg penting, aku bakal mendapat habuan nasi minyak tak lama lagi serta pakej gula2 Hacks.







*Masa lafaz nikah tersebut, dengan secara tak semenanya aku terberangan seketika di saat "Aku terima nikahnya [isikan tempat kosong] dengan mas kahwinnya berwalikan ayahnya sebanyak RM 80 tunai". Dengan sekali lafaz saja aku dah sah menjadi suami Lisa Suriani, eh silap, kepada bakal isteri daku, tapi entah siapa. Kita tengok siapa yg terkena dan mengenakan. Wait the minute. Kenapa aku pula yg tersipu2 malu ni?

5 comments:

  1. RM80?
    klw kawen dgn org selangor mas kahwin minimum rm300.. haha

    ReplyDelete
  2. aku lak yang terasa tersipu2 malu..haha..
    wah bestnya tgk pengalaman orang..aku tak penah tgk lg..kalau aku tgk mesti nak gelak goleng2..LOL
    tapi asal kau kata akan lalui lagi 9-10 tahun? :O

    ReplyDelete
  3. safi: nape mahal sgt tuh? kene carik gadis kelantan r kalo nak wat isteri..hehe

    areefah: ganas gile..time ko akad nikah kene ade pakar psikiatrik skali k0t :P
    biase r, aku plan nak bikin master dulu baru piki sal mende2 camnih..kumpul duet beb~

    ReplyDelete