Tuesday, June 1, 2010

bangla-o-mei

Siapa saja tahu kelibat kewujudan mereka ini, malah mereka mula bertebaran di seluruh alam walaupun daku sering terserempak dengan makhluk2 yg berkaler satu ini terutamanya di Jalan TAR, somewhere in Kuala Lumpur. Aku pening juga apa maksud kedatangan diorang ke sini jika nak dibandingkan dengan alien planet Namek. Ke hulu ke hilir tanpa tujuan tapi di Klang, selepas office hour je, ramai2 berkerumun di tepi jalan nak balik ke rumah masing2, tak jauh dari situ. Terkejut aku, ingatkan diorang ni nak lancarkan demonstrasi apa2 pula di bumi Malaysia ni.
Kebetulan, masa tu aku tak bawa charger bateri handphone aku lantas aku bertanyakan kepada semua kawan2 aku yg ada di situ tapi tiada. Aku terlihat seorang Bangla datang dan lepak2 tak jauh dari aku. Dengan hati yg kering, selamba saja ku tegur abg tu dan dia katakan dia boleh chargekan handset aku. Aku yg terdesak ikut saja dan tanpa disedari aku terikut dia sampai balik ke rumah. Kecuakan melanda takut2 dia nak apa2kan daku, sesungguhnya aku masih suci lagi. Tidak! Igauan ngeri menerjah minda dan aku seolah2 mahu melarikan diri on the spot tapi malangnya handset aku berada di tangannya. Oh, tak ku sangka sama sekali handset ku jatuh di tangan abg tu. Aku lalai!
Kemudian dia menyuruh aku masuk ke bilik dia. Alamak, macam kes Nurin Jazlin pula ni! Hatiku berdegup kencang tapi secara zahirnya aku tenang dan ikut je dia tu. Dalam bilik tu, ada dua lagi Bangla tengah tidur, mungkin sebab kepenatan selepas bekerja keras selama 12 jam. Kemudian, diorang semua bangun serta merta dan layan aku sebaik mungkin. Inilah dikatakan ikramul muslimin. Diorang ikram aku sebaik mungkin seolah2 aku sahabat mereka. Aku terharu sebab awek aku pun tak layan aku macam ni. Aku terasa intim dengan diorang walaupun sejenak kenal dengan diorang sampaikan nama pun aku tak tahu sebab diorang cakap dalam bahasa Urdu dan aku just angguk2 geleng2 je bila diorang tanya something kat aku. Aku hanya mampu tersenyum dan sesekali diorang cuba berbahasa Melayu denganku. Aku terkedu sebab sampai begitu sekali diorang nak layan aku.
Kemudian, ada yg datang ke bilik abg tu, dan perawakan dia seolah2 dah berumur. Dia menyatakan dia dah 5-6 tahun di Klang dan kini mampu fasih berbahasa Malaysia sedangkan abg2 yg aku jumpa tadi baru je 3 hari sampai dari Bangladesh dan kini masing2 sudah berkahwin dan ada anak isteri untuk di sara di sana. Aku dapati diorang sekolahkan anak2 mereka ke sekolah2 yg pandai. Inilah dinamakan pengorbanan.
Dia meminta aku teruskan berbual kerana ingin berkemas. Kami sambung lagi dengan hal2 keluarga. Aku siap menunjukkan gambar2 family aku, mungkin mereka nak lepaskan rindu mereka terhadap keluarga masing2 di sana. Aku faham dan aku kesian tapi aku tak mampu berbuat apa2. Aku bukanlah Tony Stark yg boleh reka holografik untuk hasilkan imej anak isteri diorang.
Aku mula segan sebab diorang offer katil dia untuk aku tidur sementara nak tunggu Asar tapi aku segan lantas aku menolak dan meminta diri untuk pulang. Dalam hati, ingin saja aku berkawan dengan mereka sebab abah aku selalu berkata, Bangla ada di merata tempat dan mereka jugalah yg conquer ekonomi sesetengah negara. Diorang bijak belaka tapi sebab kekurangan kerja, itulah punca diorang merantau dan sanggup jadi cleaner sekali pun.
Malam tu, masa aku nak berangkat pulang, diorang siap salam dan peluk aku erat2, macam tak nak bagi aku pergi dari Klang. Sahabat, ingat daku dalam doamu!

*jangan ada yg dibawa lari sudah la

No comments:

Post a Comment