Tuesday, December 9, 2014

kemelut masa

Mula menginjak terintai dalam lingkungan kelompok warga dewasa, sedikit sebanyak mengajar akan erti yang mungkin terpahat dalam kamus Dewan Bahasa "Tanggungjawab", mungkin perkataan sebegitu rupa tidak akan terlihat di mana-mana book sale seperti BigBadWolf disebabkan di sana hanya melelong buku luar yang tak seberapa laku barangkali dan jika dibeli hanya turut membaca selepas tu anguk dan geleng sebab tak paham bahasa tahap tinggi kadang kala hingga mencecah lapisan atmosfera. 

"Tanggungjawab", bak kata pakcik Ben kepada Peter Parker dikala sebelum menghembuskan nafas terakhir,

"Great power comes with great responsibilites"

Terkesima seketika dengan maksud yang cuba disampaikan oleh pakcik Ben dikala aku di bangku sekolah, zaman tiada BlueRay rip dengan sari kata Subscene yang menjadi pemudah cara dalam tayangan video di laptop arjuna beta ini. 

"Yang berlaku takkan berulang semula, hidup harus diteruskan"

Maaf, ayat yang tu aku tak berani nak citation, sebab hasil ni bukan aku serahkan pada SV untuk semak sebagai tesis. Okeh hambar. Saban hari, bilangan jambang makin menebal, lemak di perut makin bercambah, tak dapat aku nafikan bahawa hidup semakin lama semakin payah. Macam main game, lagi tinggi level, lagi susah la stage yang kita kena hadapi. Tak gitu?

Itulah. Aku tersenyum bila tertengok gambar lama, sekitar 6 tahun lepas. Tak sangka sejauh ini aku dapat pergi. Ada yang dah bina keluarga, ada yang dah bekerja. Namun aku, ada misi dan visi tersendiri ternanti untuk terlaksana kelak. Doakan.

Saturday, March 29, 2014

merapu

Sampai bila diriku begini, terhimpit, dihempap, dikemam dengan sebuah sejarah logika duniawi hakiki lagi fana ini yang termetra tanggal 8 tahun dulu, tapi dikira dengan jari kaki sudah mencecah belas tahun. Cukup kot nak bawak pi sekolah memandu daftar test JPJ.
Dimanakah janji yang kau tabur dulu walaupun pada asalnya aku hanya bertepuk sebelah tangan, syok sendiri dalam dunia fantasi magika buatan Taiwan? Namun kini aku berserah, menghembuskan nafas lelah seperti berlari tanpa hala tuju tapi aku berharap agar cukuplah setakat di sini saja akan kisah kau dan aku.

Wednesday, March 26, 2014

fajar sunyi

Hujan tanpa henti,
Seolah petanda cinta tak di sini telah kau berpaling

Walau di masa ini aku sedang berjuang atas papan kekunci tatkala musim panas kembali tiba arakian hujan acap kali sembang kencang di Ali Maju, namun heat stroke tidak bisa mematahkan semangat untuk melayan kembali kejiwangan sementara menanti azan subuh berkumandang. 

Sunday, March 9, 2014

kesuntukan masa

Masa.cepatnya masa berlalu seperti kelajuan sang saka harimau. Oleh sebab sebegitu rupa yang pada awalnya tak seberapa logikal, namun aku harus perlu menelan pahit jerih bahawa masa yang aku miliki sekarang adalah defisit. Seperti pergi Parkson nak beli baju cap Crocodile tapi dalam dompet terselit kemas rapi sekeping nota rm 10. Tak ke sempit gitu?