Tuesday, February 26, 2013

kembali pulang?

Ditebas segala lalang, diracun segala rumpai, disapu segala sawang. Adakah ini makna tersirat bahawasanya aku akan kembali lagi merapu di blog yang sudah seberapa purnama jika mengikut GMT Planet Namek. 
Mata aku segera terpandang akan tarikh keramat 2010 dengan 47 post sahaja dikala pada waktu itu ku belum punyai harta dan jiwa raga. #Eh
Dengan azimat 2013, baru aku dapat bertapak walaupun hampir bergoyang lagi goyah seperti dalam Tower Builder tapi itu bukan bererti aku selalu pergi Tonton.com semata nak lihat semula Joyah Jongang. 
Dulu baby face. Lepas 3 tahun papa face, kalau banding dengan abam Wak Doyok, tertanya beliau out of my league. Okeh, itu bohong :P