Tuesday, December 9, 2014

kemelut masa

Mula menginjak terintai dalam lingkungan kelompok warga dewasa, sedikit sebanyak mengajar akan erti yang mungkin terpahat dalam kamus Dewan Bahasa "Tanggungjawab", mungkin perkataan sebegitu rupa tidak akan terlihat di mana-mana book sale seperti BigBadWolf disebabkan di sana hanya melelong buku luar yang tak seberapa laku barangkali dan jika dibeli hanya turut membaca selepas tu anguk dan geleng sebab tak paham bahasa tahap tinggi kadang kala hingga mencecah lapisan atmosfera. 

"Tanggungjawab", bak kata pakcik Ben kepada Peter Parker dikala sebelum menghembuskan nafas terakhir,

"Great power comes with great responsibilites"

Terkesima seketika dengan maksud yang cuba disampaikan oleh pakcik Ben dikala aku di bangku sekolah, zaman tiada BlueRay rip dengan sari kata Subscene yang menjadi pemudah cara dalam tayangan video di laptop arjuna beta ini. 

"Yang berlaku takkan berulang semula, hidup harus diteruskan"

Maaf, ayat yang tu aku tak berani nak citation, sebab hasil ni bukan aku serahkan pada SV untuk semak sebagai tesis. Okeh hambar. Saban hari, bilangan jambang makin menebal, lemak di perut makin bercambah, tak dapat aku nafikan bahawa hidup semakin lama semakin payah. Macam main game, lagi tinggi level, lagi susah la stage yang kita kena hadapi. Tak gitu?

Itulah. Aku tersenyum bila tertengok gambar lama, sekitar 6 tahun lepas. Tak sangka sejauh ini aku dapat pergi. Ada yang dah bina keluarga, ada yang dah bekerja. Namun aku, ada misi dan visi tersendiri ternanti untuk terlaksana kelak. Doakan.