Wednesday, September 29, 2010

kamera dan gambar

Abah keluarkan CyberShot 12.1 MP beliau seraya meminta aku snap gambar abah dengan mak ketika bersalaman untuk hari raya. Seperti biasa, dengan lagak gaya seorang profesional tanpa DSLR D60, aku adjust balancing serta macro, dan tekan shuttle. Terpampang dengan skrin LCD 2.4 inci CyberShot tu. Cantik, tak macam Nikon Coolpix L16. Buruk habis, lepas snap je aku tak lalu nak tengok melainkan gambar gadis Tawakal dan seumpamanya.
Selalunya, dan kebiasaannya, aku suka save dalam folder PC di rumah dan kalau korang tengok, sure korang terpegun sebab banyak gila gambar yg aku snap, tak kira secara sukarela mahupun candit. Almaklum je la, aku dinobatkan sebagai paparazzi suatu ketika dahulu. Mungkin hanya seorang je paparazzi dalam dunia ni yg gune kamera Nikon L16 manakala yg lain dah sibuk dengan DSLR masing2. Pasrah je la sebab aku rasa snap gambar ni adalah suatu seni. Pakai kamera Kodak pun dah membawa erti yg terpesona jikalau gambar yg diambil tersebut indah macam gadis bertudung labuh. Ada kaitan ke?
Lepas tu, hobi sepanjang cuti pula, daku suka suki singgah sana sini dekat Flickr.com tapi agak disappointed lepas diorang semua dah banned user dari copy and paste mana2 gambar yg ada dalam web tu. Well, aren't they supposed to know that sharing is caring? Takpelah, yg penting photobucket.com dengan Google image tak berbuat sedemikian rupa. Kalau tak, aku dah tak boleh nak imagine macam mana internet pada 32 tahun akan datang. Semua akan berbalik kepada buku2 dalam perpustakkan kot? Sukanya~

*tahun ni terasa kamera CyberShot abah macam tak berguna je selain dari asyik menayang ke mana2 dengan gantung kat leher. kenapakah?

Friday, September 17, 2010

sebuah kritikan raya

Serius tak pernah terasa Hari Raya Aidilftri (HRA) yg semestinya kurang best berbanding tahun yg sebelumnya berdasarkan statistik yg dikeluarkan oleh adik daku. Apakah enigma kepada gejala tak meriah HRA ini memandangkan semua saudara daku sudah memberhentikan supply mercun mereka. Barangkali mereka telah berlagak dewasa walaupun pada hakikinya mereka lagi pendek dari aku. Tapi aku tinggi pun tetap kekanakan dan semestinya aku terasa sepi kerana tiada lagi dentuman meriam batang besi, entah mana budak2 kampung dapat dari mana. Apa yg pasti, aku turut bersekongkol dalam meletakkan karbaid dalam batang besi dan huru-harakan kampung halaman. Kini, semuanya tinggal kenangan. Tiada lagi letupan mercun ketupat, no more kanak2 berlari sana-sini sambil di tangan terhayun bunga api dan tidak lagi kedengaran budak mengerang kesakitan kerana salah main mercun. Yg ada hanyalah bau ketupat serta rendang yg memedihkan mata dikala kaum hawa sedang sibuk potong bawang dan seumpanya. Ada ke orang masak kuah kacang masukkan bawang merah sekali? Apa yg penting, aku tetap dapat memenuhkan isi perut selepas 30 hari berpuasa dan aku juga tak perlu risau kerana Jusmate Dr Rozmey untuk mengempiskan segala lemak2 yg terboroi dek penangan ketupat dan lemang yg penuh kolesterol ini. Yg lain sibuk jamah juadah, aku pula termanggu di depan ruang tamu sambil tangan asyik suap Almond London ke mulut dan ajaibnya, satu bekas kuih tu aku layan sorang2 tanpa backup sesiapa. Hebat. Inilah pencapaian yg terbaik pernah aku capai selama ini.

Sunday, September 12, 2010

la brujita de calculus

Masa tu lepas Maghrib, dan aku sempat berjemaah dengan Daus, Amri selepas lengkap dengan pakej berbuka secara berjemaah melalui iftar pihak masjid UKM. Senang cerita nak makan free di bulan Ramadhan yg penuh barakah ini. Aku sampai ke KTAMS dengan berbaju biasa dan beberapa nota Calculus yg aku sempat fotostat beberapa hari lalu sebagai reference. Budak2 yg lain siap sedia belek buku Anton tebal2 gitu. Aku terkesima seraya terkonfius seketika. Apa benda yg diorang nak bacakan sedangkan exam dah nak mula dalam 10 minit je lagi?
Barangkali hafal tahun terbit dan nama pengarang buku tersebut. Good luck eh kawan2ku sekalian~
Dah nak masuk dewan peperiksaan pun sesak jua tatkala bukan kami saja yg exam pada malam itu akan tetapi senior2 kami especially yg aku kenali dari PEMATRA dan Gabriel, budak kolej aku. Tapi ada ke student FST ambil paper Calculus juga? Aku teruskan mencari tempat duduk dan bergerak mengikut perancangan aku, Amri dan Daus sebelum masuk ke dewan. Setelah selesa mencari tempat duduk, rupa2nya Amri tersalah duduk di mana itu adalah tempat para senior duduk dan juga berlainan kertas exam. Pura2 membetulkan tempat duduk, maka kami pun beralih arah tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Hancur segala plan kami dan sesungguhnya kami terlupa nak merancang plan B dan seterusnya kerana taksub dengan study Calculus berkenaan.
Tiba saja kertas diberikan, aku seakan2 sesak nafas walaupun penuh saja molekul2 oksigen dalam dewan berkenaan. Lecturer kuliah aku, Pn Helyna memberikan arahan. Aku tak ambil peduli, yg penting habiskan paper ni dan terus berhari raya bersama sanak saudara tercinta di kampung halaman walaupun tak terasa jauh pun Banting dari UKM tu. Soalan pertama: meruntuh jiwa dan perasaan daku. Kenapa susah sangat ni? Aku mula menulis apa saja yg terlintas di hati tanpa fikir logik akal. Soalan kedua, ada trigonometry, tapi sayang sekali, aku terlupa bawa kalkulator. Buku sifir pun tak diberi. Macam mana nak buat ni sedangkan aku bukan super genius maths. Aku pandang kiri dan kanan. Chinese belah kanan aku tak bagi peluang, tulis je tanpa henti. Budak sebelah kiri aku, roomate kawan aku time kat matrik dulu. Aku bagi isyarat minta kalkulator. Tapi dia selamba je tak perasan. Hampeh punya orang kiri dan kanan. Kebetulan, Amri duduk di belakang daku. Ingatkan boleh je gunakan peluang yg ada untuk meragut kalkulator milik beliau tapi sekali lagi aku tewas kerana beliau pun cuak2 kuku untuk melakukan sebarang tindak balas. Aku pasrah, terasa nak bikin babak Nur Kasih pun ada juga ketika saat masih genting. Aku main2 pensel, toleh kiri kanan, usha depan tapi tak pandang belakang dan melukis potret dekat kertas soalan. Hebat kan?
Dalam dua jam kemudian, ketua pengawas mengumumkan bahawa masa menjawab sudah tamat dan aku terasan nak angkat kaki awal2 tapi terpaksa bersabar sebab sabar itu separuh dari iman dan ketua pengawas dengan garangnya mengarah kami semua untuk duduk diam2 sehingga semua beredar. Aku mula mengayat lecturer tutor aku yg kebetulan lalu disebelahku dengan beralasan kunci motor aku tertinggal kat motor. Sebenarnya memang betul pun tertinggal. Akhirnya lecturer melepaskan daku kerana rekod bersih tak ponteng tutor setakat ini. Akhirnya, azab dunia dah lepas tapi lepas dapat result lagi seksa kot. Ouh, apa yg penting, aku, Amri dan Daus pergi karaoke sampai tak ingat dunia lepas tu. Daus kata senang nak release tension lepas exam ni. Emosi aku statik je, tak berubah2 jugak. Kenapa eh?

*Amri, Daus, hampa memang terbaek!!