Sunday, September 12, 2010

la brujita de calculus

Masa tu lepas Maghrib, dan aku sempat berjemaah dengan Daus, Amri selepas lengkap dengan pakej berbuka secara berjemaah melalui iftar pihak masjid UKM. Senang cerita nak makan free di bulan Ramadhan yg penuh barakah ini. Aku sampai ke KTAMS dengan berbaju biasa dan beberapa nota Calculus yg aku sempat fotostat beberapa hari lalu sebagai reference. Budak2 yg lain siap sedia belek buku Anton tebal2 gitu. Aku terkesima seraya terkonfius seketika. Apa benda yg diorang nak bacakan sedangkan exam dah nak mula dalam 10 minit je lagi?
Barangkali hafal tahun terbit dan nama pengarang buku tersebut. Good luck eh kawan2ku sekalian~
Dah nak masuk dewan peperiksaan pun sesak jua tatkala bukan kami saja yg exam pada malam itu akan tetapi senior2 kami especially yg aku kenali dari PEMATRA dan Gabriel, budak kolej aku. Tapi ada ke student FST ambil paper Calculus juga? Aku teruskan mencari tempat duduk dan bergerak mengikut perancangan aku, Amri dan Daus sebelum masuk ke dewan. Setelah selesa mencari tempat duduk, rupa2nya Amri tersalah duduk di mana itu adalah tempat para senior duduk dan juga berlainan kertas exam. Pura2 membetulkan tempat duduk, maka kami pun beralih arah tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Hancur segala plan kami dan sesungguhnya kami terlupa nak merancang plan B dan seterusnya kerana taksub dengan study Calculus berkenaan.
Tiba saja kertas diberikan, aku seakan2 sesak nafas walaupun penuh saja molekul2 oksigen dalam dewan berkenaan. Lecturer kuliah aku, Pn Helyna memberikan arahan. Aku tak ambil peduli, yg penting habiskan paper ni dan terus berhari raya bersama sanak saudara tercinta di kampung halaman walaupun tak terasa jauh pun Banting dari UKM tu. Soalan pertama: meruntuh jiwa dan perasaan daku. Kenapa susah sangat ni? Aku mula menulis apa saja yg terlintas di hati tanpa fikir logik akal. Soalan kedua, ada trigonometry, tapi sayang sekali, aku terlupa bawa kalkulator. Buku sifir pun tak diberi. Macam mana nak buat ni sedangkan aku bukan super genius maths. Aku pandang kiri dan kanan. Chinese belah kanan aku tak bagi peluang, tulis je tanpa henti. Budak sebelah kiri aku, roomate kawan aku time kat matrik dulu. Aku bagi isyarat minta kalkulator. Tapi dia selamba je tak perasan. Hampeh punya orang kiri dan kanan. Kebetulan, Amri duduk di belakang daku. Ingatkan boleh je gunakan peluang yg ada untuk meragut kalkulator milik beliau tapi sekali lagi aku tewas kerana beliau pun cuak2 kuku untuk melakukan sebarang tindak balas. Aku pasrah, terasa nak bikin babak Nur Kasih pun ada juga ketika saat masih genting. Aku main2 pensel, toleh kiri kanan, usha depan tapi tak pandang belakang dan melukis potret dekat kertas soalan. Hebat kan?
Dalam dua jam kemudian, ketua pengawas mengumumkan bahawa masa menjawab sudah tamat dan aku terasan nak angkat kaki awal2 tapi terpaksa bersabar sebab sabar itu separuh dari iman dan ketua pengawas dengan garangnya mengarah kami semua untuk duduk diam2 sehingga semua beredar. Aku mula mengayat lecturer tutor aku yg kebetulan lalu disebelahku dengan beralasan kunci motor aku tertinggal kat motor. Sebenarnya memang betul pun tertinggal. Akhirnya lecturer melepaskan daku kerana rekod bersih tak ponteng tutor setakat ini. Akhirnya, azab dunia dah lepas tapi lepas dapat result lagi seksa kot. Ouh, apa yg penting, aku, Amri dan Daus pergi karaoke sampai tak ingat dunia lepas tu. Daus kata senang nak release tension lepas exam ni. Emosi aku statik je, tak berubah2 jugak. Kenapa eh?

*Amri, Daus, hampa memang terbaek!!

1 comment: