Friday, September 17, 2010

sebuah kritikan raya

Serius tak pernah terasa Hari Raya Aidilftri (HRA) yg semestinya kurang best berbanding tahun yg sebelumnya berdasarkan statistik yg dikeluarkan oleh adik daku. Apakah enigma kepada gejala tak meriah HRA ini memandangkan semua saudara daku sudah memberhentikan supply mercun mereka. Barangkali mereka telah berlagak dewasa walaupun pada hakikinya mereka lagi pendek dari aku. Tapi aku tinggi pun tetap kekanakan dan semestinya aku terasa sepi kerana tiada lagi dentuman meriam batang besi, entah mana budak2 kampung dapat dari mana. Apa yg pasti, aku turut bersekongkol dalam meletakkan karbaid dalam batang besi dan huru-harakan kampung halaman. Kini, semuanya tinggal kenangan. Tiada lagi letupan mercun ketupat, no more kanak2 berlari sana-sini sambil di tangan terhayun bunga api dan tidak lagi kedengaran budak mengerang kesakitan kerana salah main mercun. Yg ada hanyalah bau ketupat serta rendang yg memedihkan mata dikala kaum hawa sedang sibuk potong bawang dan seumpanya. Ada ke orang masak kuah kacang masukkan bawang merah sekali? Apa yg penting, aku tetap dapat memenuhkan isi perut selepas 30 hari berpuasa dan aku juga tak perlu risau kerana Jusmate Dr Rozmey untuk mengempiskan segala lemak2 yg terboroi dek penangan ketupat dan lemang yg penuh kolesterol ini. Yg lain sibuk jamah juadah, aku pula termanggu di depan ruang tamu sambil tangan asyik suap Almond London ke mulut dan ajaibnya, satu bekas kuih tu aku layan sorang2 tanpa backup sesiapa. Hebat. Inilah pencapaian yg terbaik pernah aku capai selama ini.

No comments:

Post a Comment