Thursday, April 29, 2010

windows 7 make my otak bzzzzttt..



Load..Loading..This process may take several minutes. Please wait..
Dan aku pula terus menanti saban hari, sampai kapan aku harus menanti dengan kelajuan sedemikian rupa? Untuk pengetahuan, aku merupakan pengguna Windows with ORIGINAL license key yg tegar, tapi selepas mendapati Vista ni banyak weak points dan aku dah buat kajian secara mendalam mengenai Windows 7, walaupun takde questionnaire seumpamanya.
Lantas aku bergegas ke Mines and thanks kepada Mr Husairi kerana bagi aku info secukupnya untuk mencari kedai PC yg amat terbaik! Layanan daripada abg kedai tu cukup membuatkan aku terasa begitu puas hati dengan penerangan beliau lantas meyakinkan aku untuk membeli DVD Windows 7 tu. Abg towkay kedai, aku sayang sama kau!
Malam tu, Begin Night, ala2 Kamen Rider Double gitu, aku mula bikin projek 7 aku tu. Habislah kau duhai lappyku. Nasib baik lappy aku tu emotionless, jadi dia tak mampu nak menjerit bagai budak dilanda histeria.
Insert Disc, then aku boot. Install a new fresh copy, itu bermakna aku mengucapkan sayonara kepada Vista aku, namun kenangan tinggal kenangan. Tapi, tragedi kian membara apabila tinggal lagi 96% untuk aku mengucapkan selamat datang kepada 7, muncul error message sebagai penghalang kepada hubungan kami ini. Mengapa perlu ada pihak ketiga ni? Tak faham la. Seraya aku pun buat2 muka blur.
Cubaan demi cubaan, aku bekerja keras malam tu, sampai la pukul 4 pagi. Dengan PC aku terbuka, aku akses internet untuk mencari punca kepada onar yg melanda sanubariku. Aku harus selamatkan lappy aku, namun aku bukan Kamen Rider. Apa yg harus kulakukan ni?
Aku teringat CD Windows XP aku, dan segera aku insert CD berkenaan lalu aku boot. Nampaknya rancangan aku berjaya kerana aku berjaya delete partition, nampaknya aku dapat raw HDD dan mulakan proses menginstall 7. Sedang proses menginstall, aku tak putus2 berdoa seperti seorang ibu mengharapkan anaknya pulang selepas berlayar.
Welcome to Windows 7. Now, please take time to explore the new 7. Hati aku berbugar riang. Misi berjaya lantas aku shut down lantas tido dengan senyenyaknye walaupun fajar hampir menyinsing.

*proses ini buat aku hampir hilang kewarasan!

Tuesday, April 27, 2010

hujan yg panjang...


Hujan mula turun renyai2, kemudian disusuli angin yg kuat, mampu mengoncangkan dedaun daun palas yg barangkali sedap untuk dibuat pembalut ketupat pulut. Aku terkesima lalu memperlahankan kelajuan kipas dek kesejukan yg amat, terasa seperti di Atlantik walaupun forecast cuaca sekitar Kuala Lumpur di skrin lappy aku hanya sekitar 24C. Aku terfikir, bagaimana agaknya kawan aku, si Harris tu mampu survive kat Rusia lagi2 musim sonata musim salju, dan dia sendiri terpaksa menggunakan heater, kerana cuaca mampu mencecah -22C. Kagum dengan cuaca yang begitu sejuk yg dashyat daripada peti ais Panasonic, agaknya aku boleh letak aiskrim Walls diluar tanpa risau ia akan cair.

*Tengah online facebook sementara hujan tengah seronok menangis. Bila kau nak berhenti ni?