Saturday, December 18, 2010

hari yg gedik

Hari ni Jumaat, in English they say Friday. not Friday 13th.
Apa yg speselnya hari ni berbanding dengan hari2 yg sebelumnya sampai aku dah macam tergedik2 sakan ni?
Nak kata makin maskulin pun tidak juga, makin hari makin kembang ada la sebab asyik masuk mulut je apa yg terhidang di rumah. Sebab kenapa saya suka rumah? Sebab mak masak best sampai boleh jadi tembam. 
Lepas solat jumaat je, aku terus gerak ke WangsaWalk dengan ditemani oleh Fared SJI dikala hujan turun mencurah2 ke setiap inci tubuhku tapi itu tidak mematahkan semangatku untuk bermati-matian ke sana. Jangan diminta mati katak di jalan raya. Sangat parah! 
Sampai dekat area WangsaWalk, tetiba je dengan secara spontan tanpa diatur oleh tester JPJ, aku terpandang akan satu scene sebelah kanan aku kot, kalau tak silap. Comel tak terkata. Ini bukan gadis eh. Harap maklum.
Just a green view yg sangat menarik mata hatiku walaupun selama ni buta hati je. Lepas dah tengok view tu, mula la minda imaginasi aku nak membayangkan benda yg bukan2 selama ini yg aku sendiri dah block dengan pop-up blocker versi tetingkap. 
Dalam imaginasi aku eh. Kejap2, aku cuba mengimbas:
*ada rumah 2 tingkat, yg sedang2 saja. 
*depan halaman rumah ada kereta, tapi tidak dikenal pasti jenis mana dan aku harap bukan Nissan Felany
*ada superbike (my favourita~)
*dekat tingkap, seorang gadis pakai baju lite pink long sleeve dengan bertudung tengah merenung ke luar. sweet sangat sangat sangat. sampai tiga kali tu. korang faham je la kan bila dah dalam imagination. semua benda nak perfet. tapi gadis tu renung aku la. 
[tersipu malu seketika].


Jadi, dah sampai depan TGV WangsaWalk tu kononnya nak book tiket untuk Macik Limah pulang ke Desa tapi apakan daya, mungkin sekali movie tu best sangat sampai semua session orang dah sapu. Tinggal Tron je yang tinggal. Memang motif aku nak tengok Tron. Tapi jangan tuduh aku berkonspirasi dengan abg yang jual tiket dekat kaunter tu. Kepingin sangat tau dari lepas tau trailer dia dah keluar dekat Youtube. Aku punya obses sampai semak sejarah Tron dekat wikipedia.org sampai aku pun tak percaya aku telah buat research mengenainya. Kan bagus kalau aku buat kerja macam ni dekat subjek Material Science aku, takde la aku free2 dpt D+ untuk subjek tu dalam sem lepas. Takpe, redha je la kan :)

Dalam cinema, aku menggeletar kesejukan, dah terasa macam dekat benua Antartika je cuma slack kekurangan prop penguin je dalam cinema tu. [sambil tangan asyik dengan masukkan pop corn dalam mulut]


*aku berjaya habiskan popcorn large sebaik saja iklan dah habis. percaya tak? ahaks.





there is lipas in the jamban

awas! jangan biarkan hidup anda diserang parasit lipas.

Jujur dan gentle aku story kat korang, aku memang cuak tahap karipap dengan serangga bernama lipas ni, lagi2 kalau makhluk yg diberi jolokan nama Lipas ni terbang ke sana ke mari dalam jamban. Well, now everybody can fly isn't it? Secara ikhlas lagi sucinya, aku pun tak pasti dari mana datang nama lipas kepada beliau. Dalam buku teks sejarah tingkatan 5 pun tak menerangkan sejarah perkembangan kaum dan sepupu sepapat lipas. 
Nak dipendekkan drama yg tak berapa panjang ni. 
[dalam jamban masjid UKM], maka terdapatlah sekawan tiga ekor lipas. Mereka sentiasa bersama dan mungkin berikrar untuk sehidup semati bersama walau apa jua keadaanya. Tapi nasib tak menyebelahi mereka sama sekali kerana ditakdirkan dua daripada mereka dengan keadaan yg sangat menyedihkan sekali.
[penulis berhenti menulis sekejap sebab terharu dan hampir nak menitiskan air mata akibat sketsa itu]
Tinggal seekor saja lipas yg tinggal. Itu pun dalam nyawa2 ikan, sebijik macam Survivor season 3, tapi latar belakang je dalam jamban. Dengan langkah yg tak bermaya, maka lipas itu mula mengorak langkah, perlahan-perlahan. Entah ke mana destinasi lipas tersebut, hanya lipas dan Tuhan saja yg mengetahui sebelum hilang dalam lubang air kumbahan, buat selama-lamanya.
[penulis berpendapat bahawa bau busuk akibat dari sesiapa yg terlupa untuk flush jamban selepas selesai projek punca kepada ancaman kepada kemandirian spesies lipas di muka bumi ini]
Jadi, adakah itu salah satu daripada propaganda di mana kita semua, para pengguna tandas awam untuk menjaga kebersihan tandas selepas menggunakannya? Maka, flush lah jamban dan anda dapat menyelamatkan warga lipas daripada belenggu kepupusan. Adakah kita mahu lipas sebaris dengan burung dodo untuk tatapan anak cucu cicit piut dan seterusnya kelak? Seriusly, sangat menjengkel dan menggiurkan.

*guess who is the penulis? hahahahahahahaha.

Monday, December 13, 2010

ini test JPJ ke?

Dalam minggu lepas kot sampai aku pun dah terlupa tarikh yg sebenar daku menduduki test JPJ akibat lama sangat tak update blog ini. Macam biasa, aku test JPJ dekat SKEM, Gombak. Untuk pengetahuan korang sekalian, Gombak itu dah dikira dalam kategori negeri jajahan Selangor Darul Ehsan, itu apa yg berdasarkan aku baca dalam buku teks Geografi Tingkatan 3 dulu kala je. Betulkan daku andai kata aku tersilap kata. Dah lama sangat tak study Geografi sejak SPM, tetiba je terimbau kembali kenangan terindah time form 3 dulu.




key:
yg biru tu rumah aku, yg merah tu SKEM.


Just imagine kalau kene drive motor Wave tu sejauh ini sebanyak 3-4 kali dalam seminggu. Penat tahap dewa dengan minyak cepat je kering, lagi2 harga minyak RON 95 tu dah naik harga. Demi nak genggam lesen P kelas D tu, maka aku gagahkan jua kudrat ini, walau aku terpaksa mempertaruhkan nyawa sendiri.
Bukan nak mengarut, tapi ramai member aku syahid di jalan raya dengan Lebuh Ampang ni, sangat la sesak akibat construction di tengah jalan itu. Sampai bila nak siap aku pun tak tahu la, sebab aku bukan budak Civil. Pasrah je lah time nak mencilok sana sini walaupun pada dasarnya aku bawa motor macam daredevil. No risk, no fun.




Maka setelah tamat tempoh aku belajar, maka aku dengan tidak segan silunya pergi daftar untuk test JPJ. Time training dekat bukit je dah berapa kali mati enjin. Time parking pun berapa kali mati enjin. Time 3 point turn je tak mati enjin. Kenapa aku bawak kereta Viva mak aku tak pernah pula mati enjin. Eh, lupa pula. Kereta Viva mak aku jenis auto transmission. Bawa la macam mana pun, takkan mati enjin unless tutup ignition tu. Kering je la, sebab lesen L aku pun dah nak kiok hujung tahun ni. Kalau aku fail JPJ ni, maka aku kene repeat dari ceramah 6 jam lagi. Oh tidak, sangat membosankan. 
Time test JPJ tu, aku mulakan dengan test jalan raya. Kene drive kereta Viva tapi manual punya. Sesudah bagi salam dekat tester JPJ tu, maka aku mulakan dengan lafaz bismillah~ ...
Enjin mati sebab aku lepas clutch banyak sangat. Banyak ke? Sikit je la. Rupanya clutch Viva tu pendek sangat, susah nak balance lagi2 kaki aku yang sangat perkasa ini. Bawak dah lepas, walaupun kene maki je dengan tester JPJ tu. Mulut capoi sangat2, sampai nak bernanah telinga ni menahan suara beliau. Aku berdiam je, kalo melawan karang, tak pepasal aku kene balik SKEM dengan tester JPJ tu yg drive. So sad~
Time test dalam litar. Aku bernasib malang sekali apabila aku dapat kereta Kancil yg clutchnya pendek. Kenapakah? Apakah dosaku hingga diberi begini? Oh tidak. Dengan nada yang agak pasrah, aku mulakan ujian bukit. 1st try kantoi sebab terlajak sangat. 2nd try pula begitu. Sangat payah nak balance clutch sebab pendek sangat sampai JPJ yg jaga bukit tu asyik mengeluh je. Aku terkesima. Akhirnya aku lepas juga. Nasib baik tak kena suruh balik. Kalau tidak, berbulu nak bayar lagi untuk lesen penuh kelas D. Aku tak sanggup sama sekali. 
Alhamdulillah, parking dengan 3 point turn aku lepas dengan susah payah sekali akibat clutch pendek, sampai JPJ yang jaga depan tu asyik gelak2 je tengok aku. Apakah salahku sehingga diperlakukan begini?
Last, but not least, aku berjaya jugak dapat test card aku dengan catatan LULUS walaupun aku rasa aku bawak macam membahayakan. Hadoooihhh~

i'm back!!


Sejak sekian lama aku tinggalkan blog macam nak merantau ke Uganda selama beberapa bulan dan akhirnya aku pulang jua untuk berblog seketika, mungkin for eternity kot kalau aku tidak kekeringan idea yg memaksa untuk bertapa di Gua Murut sekali lagi, tapi semenjak dah masuk UKM ni, jelas terasa kesibukan yg melampau sehingga kekusutan idea akibat dari kesan sampingan mengadap buku calculus itu dan sangat menghairankan aku lebih masa kepada facebook sedangkan assignment juga menimbun. Sangat ajaib.