Thursday, July 29, 2010

kene tag?

Daku dah mula perasan akan kehadiran tentang budaya meng-tag kawan masing2 especially dalam komuniti sarwa bloggers baru2 ini. Keadaan menjadi lebih hangat dari biasa apabila salah seorang dari memberku, Ariff, mula terjebak dalam kancah tag berkenaan lalu menyebarkan budaya berkenaan kepada bloggers yg lain, tapi, aku mengecap nafas lega apabila namaku tidak di-tag sedemikian rupa. Aku tersenyum simpul sehinggakan suatu hari, aku juga tergolong dalam golongan berkenaan dikala cik Alyn Razman meng-tag daku. Apakah yg telah terjadi?

What is your name :
mak ayah bagi nama Mohamad Fareez Izwan, tapi nama manja saya Fareez je
*sambil berbuat muka suci di khalayak ramai

A four letter word :
AHAKS
*dengan lenggok gaya gedik berirama Melayu klasik

A boy's name :
Mutalib
*member daku dikala aku masih kanak2 yg masih suci lagi comel suatu ketika dahulu

A girl's nama :
Raudhah
*sebenarnya dah rancang nak bagi nama my bakal daughter in future nama ni, tapi who knows kan kuasa Tuhan nak bagi juga aku seorang boy kelak

An occupation :
seorang budak KJUT yg amat suka merapu tak tentu hala lagi kacau gadis2 dalam dan luar UKM
*kadang2 tak sedar apa yg daku buat makan hati sendiri!

Something you'll wear :
jeans hitam lusuh lagi huduh~
*bile masa lak jeans ni bermuka2 bagi memastikan beliau masih bergetah dikalangan seluar slack malah seluar banyak poket?

A type of food :
kueytiaw kungfu
*Ariff, bila lagi mau pekena dekat sebelah Pak Din?

Something found in the bathroom :
SUBMARINE!
*siapa la lupa nak flush ni! =,='

A place :Bold
Kadoma, Zimbabwe
*penthouseku terbina di sana untuk honeymoon 10 tahun akan datang. agak2 wife aku sudi ke nak tag along?

A reason for being late :
"sorry prof, tadi makcik cleaner ajak gi date depan pusanika"
*sekali lagi aku terpaksa bermuka suci tatkala cari seat dalam kuliah di mana lecturer sedang blur di hadapan~

Something u'd shout :
dang it!!
*dikala lappy aku crash ketika aku mencuba nak format dan aku terpaksa waktu berjaga sampai pukul 4 pagi, tanpa Nusan

Something you drink :
Kickapoo
*ada vending machine bawah blok aku, dan perfect dikala nak quench thirst di pagi buta jaga tengah layan mimpi bidadari

A musical group :
Yovie dan Nuno
*tengah layan Menjaga Hati dikala menulis tag ini. ada kaitan ke?

An animal :
Kambing
*masa kat sekolah dulu ada cikgu aku suka mulakan ucapan dia dengan "weh, KAMBING kau!"

A type of car:
kalau boleh saya nak Subaru Impreza tapi Proton Saga BLN pun jadi la
*dengan nada order capati di marplay bawah Tasik Height Apartment lagi skema

A type of fruit :
Orange~
*ni sebab pengaruh The Annoying Orange yg menebal dalam sanubari diriku la penyebabnya, sesungguhnya tiada kaitan antara aku, dia dan buah oren di jalan sekitar Desa Tasik

TAG :
nak tau siapa pemenangnya?
ANDA!!
*padan muka kepada siapa yg ketiadaan kerja melawat blog aku..hehe

Thursday, July 22, 2010

oh kelab: UPSM~

Setelah mengesan kewujudan sebuah kompleks yg berhampiran dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan(FSSK), maka, daku sebagai agen penyelongkar segala pelusuk setiap inci sudut dimensi bergegas ke kompleks berkenaan yg mampu membuatkan seluruh anggota badan berpeluh dan lebih malang lagi jika terlupa mengenakan deodorant Rexona. Di depan kompleks berkenaan, turunnya daku dari sebuah bas putih, terpampang tulisan PUSANIKA. Siapakah insan yg sudi memberi nama kepada kompleks berkenaan sehinggakan namanya kian menjadi buah mulut di kalangan penghuni kolej Za'ba serta kalangan student2 KJUT memandangkan lokasi KJUT amat jauh untuk dibandingkan dengan kolej Aminuddin Baki mahupun Burhanuddin Helmi sekalian.
Dikala siang tadi merupakan ekspo minggu persatuan, dimana para senior akan cuba melakukan yg terbaik untuk menarik kami, the freshies untuk masuk ke kelab2 yg ada. Macam2 ragam dan trick diorang buat, ada yg buat show, ada yg pandai pujuk memujuk. Aku just tersenyum simpul je tapi kelab Artisukma telah berjaya menambat perhatian daku dengan tarian zapin. Hajat hati berminat tapi terpaksa ku lupakan di mana aku sedar bahawa seluruh badanku umpama konkrit, keras lagi jitu. Jadi biarlah ku membawa diri menanti yg tak pasti.
Aku turun ke bawah di mana kelibat Syakir dan Shafiq jelas kelihatan menanti entah siapa. Aku mula mendekati dan Syakir mula promotekan ISIUKM, kelab yg beliau baru saja masuki semalam. Aku yg agak blur dikala baru tersedar dari lamunan yg aku menjadi seorang Ironman tertanya2, lalu mengekori mereka seperti terkena ubat guna2 dukun Pak Joko. Ade gadis bertudung labuh warna pink sedang duduk di kaunter pendaftaran. Aku terkesima lalu ingin mendekati mereka sekalian tapi kehadiranku tergugat apabila seorang lelaki berkopiah Haji mendekati daku dan bertanyakan kehadiran aku ke booth ISIUKM berkenaan. Siapakah gerangan lelaki yg cuba menghalang nawaitu ku ini? Ku perhatikan sekeliling dan dalam banner ISIUKM yg kemas tergantung, terdapat wajah lelaki tersebut terpampang jelas dengan gaya muka tersenyum bahagia di tengah2. Nampaknya, lelaki di depan aku ini adalah orang yg amat berpengaruh dalam organisasi tersebut. Beliau menerangkan konsep ISIUKM ini ditubuhkan, yakni memberi fahaman secara menyeluruh mengenai Islam kepada seluruh warga UKM. AKu hanya mengangguk tanda setuju setiap patah perkataan dari apa yg diucapkan. Malas nak berdebat memandangkan Piala Naib Canselor jatuh ke tangan Kolej Ibrahim Yaakob. Isi borang dan bayar, tapi kenapa mesti lebih RM 5? Bukan untuk lokek tapi salah kafe sebab mengenakan bayaran bagi nasi putih sepinggan serta lauk budu dengan budu.
Kemudian, aku beralih pada kelab Silat Cekak Hanafi. Simple je booth dia dengan dijaga rapi oleh dua kakak, dalam tahun 4. Aku pun serba salah nak panggil diorang kakak memandangkan muka2 diorang pun ada yg still cute macam Hello Kitty. Selepas berbicara sejenak, baru ku ketahuan bahawasanya akak berkenaan super juniorku di KMK malah akak tu juga seorang Kelantanese, tapi apa kaitannya dengan aku, seorang warga Kota Raya sekalian.
Duit RM 10 ku sekali lagi terbang begitu saja dan sebaik aku melepas wangku berterbangan, baru akak tu tunjuk kepadaku senarai apa yg perlu dibayar sepanjang 4 tahun aktiviti silat. Mahu tak cecah RM 350, sekali lagi membuatkan daku terkesima memandangkan aku tidak menerima apa2 imbuhan awalan ataupun akhiran buat masa ini. Hidup ini amat payah~
Pada lewat petang dikala ku ingin singgah ke Unikeb tapi akhirnya ku ditahan sekali lagi oleh akak2 booth UPSM tersebut. Apakah semua ini dikala hari kian lewat petang dan sekitar Pusanika tampak gelap. Akak tu macam biasa memainkan peranan beliau menerangkan pada daku dari A ke Z tentang aktiviti akan dijalankan tatkala sepanjang semester itu berlangsung. Tampak seperti kesibukan yg melanda sanubari tapi demi menjadi seorang fasilitator yg budiman sama sekali, maka akan daku berkorban apa saja walau Planet Namek kian musnah dibaham dinosaur skalian. Terus ku katakan setuju dan diselangi akad permohonan. Dengan sekali lafaz saja, ku bergelar ahli tetap tanpa gaji bulanan. Akak2 tersenyum simpul bagaikan bunga kertas yg menguntum. Hanya RM3 dan ku dapat rasakan kelab ini paling murah malah paling aktif sama sekali kerana belum apa2 lagi mereka dah mewajibkan kehadiran ahli baru dalam 3 hari lagi. Aku kebingunan seraya menginsafi apa yg ada. Nampaknya aku harus meleburkan duit pelaburan daku bagi kelab2 yg sebelum ini ku temui demi menjaga pointer daku dan insya-Allah, bawa dekan balik ke rumah.

Tuesday, July 13, 2010

baru nak masuk ler~

Senarai semak, segalanya tersedia dan dijangka tanpa cacat cela dek kerana sudah dipersiap dua hari selepas result online UPU keluar secara unofficial. Aku mengenakan baju kuliah yg sama di matrik dahulu kala. Satu nafas ku hela dan terasa seolah2 nervous. Tipu la kalau aku mengatakan seorang remoe tak akan gabra jikalau ada sesiapa yg ayu lagi bersopan santun malah lemah gemalai umpama roti canai yg ditebar. Apa yg pasti ianya enak jika dihidangkan dengan kuah dhal berserta sambal dari Mamak Ali Sg Besi.
Kini, dengan tersarungnya kasut kuliah daku maka aku berjaya menapak ke sebuah universiti yg entah aku rasa diketahui umum ataupun tidak. National University of Malaysia terpampang jelas di mataku dan seraya pak cik jaga berdiri megah memerhati sesiapa yg masuk ke hulu ke hilir dari kampus berkenaan. Aku terkedu seraya kecut perut sebab ku ketahui bahawa daku, yg kalian semua ketahui, adalah seorang insan yg lemah lagi tak berdaya akan diorientasikan oleh para fasi yg amat berhati waja sekalian. Apakah yg akan menanti diriku dikala daku menjejakkan langkah ke alam universiti? Ternyata ianya bukan selepak zaman sekolah dimana aku berfacebook saban hari tak hirau siang mahupun malam yg kian menerjah. Bukan jua zaman di matrikulasi tatkala aku rajin melepak tak tentu hala di BBC seraya menapau sebuah hidangan yg bernama Chicken Grill. Akibatnya, aku gigit jari di kafe kerana kekurangan pitis untuk membeli nasi lauk telur goreng. Apakah sejarah mungkin berulang di UKM? Atau daku bakal mencipta sebuah cerita baru di UKM itu sendiri?

Saturday, July 3, 2010

sebuah erti kenangan

Tetibe je terasa nak buka Microsoft Word tapi tak tau dengan file apa yg ada. Lappy baru format jadi dalam My Doc adalah kosong serba serbi tanpa sebarang virus2 Brontok di situ. Haih, apa ni? Bukankah tujuan aku melobi abah untuk belikan lappy ni sebab nak bikin kerja2 yg menimbun masa di matrik tu dulu ke? Hari ni hanya dalam sejarah. Lalu, aku teringat akan pendrive yg agak lama aku pendamkan dalam case lappy itu. Transcend 1GB warna hitam. Aku dapat masa di PC fair 2008. Autoplay. Start. Apa la yg aku simpan segala khazanah dalam pendrive ni ye? Usang habis. Ada je folder2 lama dan menarik perhatian aku, folder Blog Bestarianz. Sebenarnya aku plan nak buat official blog untuk kelas 5 Bestari 2008, tapi apakan daya, aku ni dulu jenis hangat2 najis ayam je. Maafkan daku ye cik Nizam yg handsome lagi kacak. Satu file ni, Apa maksud kawan, yg aku pernah tanyakan kepada classmateku sekalian, mengenai pendapat mereka tentang erti kawan bagi mereka. Ini mungkin merepek umpama Zizan Raja Lawak, tapi percayalah, sebuah siratan hati ini takkan berkata dusta lagi padon semata2. Ini menimbulkan tanda tanya, sejak bila aku pandai bermadah macam Othman Puteh?


*Someone who can really share our happines, sadness and everything whether a male or female. We can help each other, talk to each other without any problems in communication. "A friend in need is a friend indeed".

*A person that u know n friend la.

*Kawan merupakan teman yang boleh share probs, orang yang paling rapat ngan kite, bole tolong kite time susah n senang.

*Kawan orang yang membantu n tolong, mengambil berat, sekepala.

*Kawan ialah orang yang memberi inspirasi, memberi pertolongan serta membantu dalam pelbagai tugas dan perkara.

*Kawan = someone yang bukan ******, he's suck.[mungkin dia maksudkan seseorang dalam kelas aku].*

*Kawan Adalah Warna Alam Ni![bila digabungkan jadi K.A.W.A.N]

*Kawan ialah seseorang yang berada bersama kita semasa gelak atau menangis, dan menerima segala kelemahan kita.

*Kawan adalah tahap ketiga bagi seseorang di sekitar kita. Yang paling tinggi adalah saudara, kemudian sahabat rapat. Yang jelas, mereka bertiga sama-sama senasib perjuangan dan lebih mengutamakan sahabat dari yang lain.{kecuali family korang sumelar}

*Kawan ialah sahabat yang boleh menerima kelebihan dan kelemahan diri kita seadanya. Dapat memahami, bertolak-ansur dengan diri kita. Juga dapat menggembirakan dan menyenangkan hati kita.

*Kawan@sahabat yang baik adalah individu yang sentiasa memahami dan menghormati rakannya. Hormatilah rakan kita sebagaimana kita menginginkan rakan menghormati diri kita.

Inilah hasil outcome yg aku dah survey, bagai nak rak aku pujuk rayu bagaikan kasanova pingian semata2 untuk diorang berikan komen seketika. Aku teringat lagi macam mana aku dapatkan idea ni dan bermula dari share2 kertas kajang lepas tu main pass2 sekitar kelas tatkala Mr Chan tengah mengajar di depan. Pada mulanya aku nak diorang tahu bahawa Fareez Izwan ni wujud dalam kelas 5 Bestari, tapi nampaknya bukan cara ini untuk mencari perhatian walaupun aku kalah dengan Bowe, yakni seorang pendatang baru, bagi aku, ianya bukan sekadar omongan kosong malah repekan semata2 tapi segalanya datang dari ikhlas, barulah ianya dinamakan PERSAHABATAN~





berdasarkan database yg telah selama ni daku pelihara serta write protected:

fikri - UPM
ariff - UKM
zabri - upper 6 SMK Sg Besi
dayah - UiTM Kuantan
tikah - upper 6 VI
MASBAB- upper 6 VI
nancy - upper 6 VI
mahmudah - UiTM Kuantan
fiqa - UiTM Kuantan
capik - UMT
lynn - UCSI
aliif - IKBA
mel - IB
nada - POLISAS
aku - UKM
thirah - UPM
eika - UiTM
padmini - entah. ada yg kata dia gi India buat medic
harris - medic di Rusia bumi kenyalang
rachel - SEGi college
sheeba - lost contact~
syahir - UiTM Kuantan


Walau di mana jua kita berada, aku sentiasa berharap agar dapat ku temu mereka ini semua, dan dijangka lagi 3 tahun akan diadakan reunion secara mega. Kita tengok nanti.