Tuesday, July 13, 2010

baru nak masuk ler~

Senarai semak, segalanya tersedia dan dijangka tanpa cacat cela dek kerana sudah dipersiap dua hari selepas result online UPU keluar secara unofficial. Aku mengenakan baju kuliah yg sama di matrik dahulu kala. Satu nafas ku hela dan terasa seolah2 nervous. Tipu la kalau aku mengatakan seorang remoe tak akan gabra jikalau ada sesiapa yg ayu lagi bersopan santun malah lemah gemalai umpama roti canai yg ditebar. Apa yg pasti ianya enak jika dihidangkan dengan kuah dhal berserta sambal dari Mamak Ali Sg Besi.
Kini, dengan tersarungnya kasut kuliah daku maka aku berjaya menapak ke sebuah universiti yg entah aku rasa diketahui umum ataupun tidak. National University of Malaysia terpampang jelas di mataku dan seraya pak cik jaga berdiri megah memerhati sesiapa yg masuk ke hulu ke hilir dari kampus berkenaan. Aku terkedu seraya kecut perut sebab ku ketahui bahawa daku, yg kalian semua ketahui, adalah seorang insan yg lemah lagi tak berdaya akan diorientasikan oleh para fasi yg amat berhati waja sekalian. Apakah yg akan menanti diriku dikala daku menjejakkan langkah ke alam universiti? Ternyata ianya bukan selepak zaman sekolah dimana aku berfacebook saban hari tak hirau siang mahupun malam yg kian menerjah. Bukan jua zaman di matrikulasi tatkala aku rajin melepak tak tentu hala di BBC seraya menapau sebuah hidangan yg bernama Chicken Grill. Akibatnya, aku gigit jari di kafe kerana kekurangan pitis untuk membeli nasi lauk telur goreng. Apakah sejarah mungkin berulang di UKM? Atau daku bakal mencipta sebuah cerita baru di UKM itu sendiri?

No comments:

Post a Comment