Thursday, July 22, 2010

oh kelab: UPSM~

Setelah mengesan kewujudan sebuah kompleks yg berhampiran dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan(FSSK), maka, daku sebagai agen penyelongkar segala pelusuk setiap inci sudut dimensi bergegas ke kompleks berkenaan yg mampu membuatkan seluruh anggota badan berpeluh dan lebih malang lagi jika terlupa mengenakan deodorant Rexona. Di depan kompleks berkenaan, turunnya daku dari sebuah bas putih, terpampang tulisan PUSANIKA. Siapakah insan yg sudi memberi nama kepada kompleks berkenaan sehinggakan namanya kian menjadi buah mulut di kalangan penghuni kolej Za'ba serta kalangan student2 KJUT memandangkan lokasi KJUT amat jauh untuk dibandingkan dengan kolej Aminuddin Baki mahupun Burhanuddin Helmi sekalian.
Dikala siang tadi merupakan ekspo minggu persatuan, dimana para senior akan cuba melakukan yg terbaik untuk menarik kami, the freshies untuk masuk ke kelab2 yg ada. Macam2 ragam dan trick diorang buat, ada yg buat show, ada yg pandai pujuk memujuk. Aku just tersenyum simpul je tapi kelab Artisukma telah berjaya menambat perhatian daku dengan tarian zapin. Hajat hati berminat tapi terpaksa ku lupakan di mana aku sedar bahawa seluruh badanku umpama konkrit, keras lagi jitu. Jadi biarlah ku membawa diri menanti yg tak pasti.
Aku turun ke bawah di mana kelibat Syakir dan Shafiq jelas kelihatan menanti entah siapa. Aku mula mendekati dan Syakir mula promotekan ISIUKM, kelab yg beliau baru saja masuki semalam. Aku yg agak blur dikala baru tersedar dari lamunan yg aku menjadi seorang Ironman tertanya2, lalu mengekori mereka seperti terkena ubat guna2 dukun Pak Joko. Ade gadis bertudung labuh warna pink sedang duduk di kaunter pendaftaran. Aku terkesima lalu ingin mendekati mereka sekalian tapi kehadiranku tergugat apabila seorang lelaki berkopiah Haji mendekati daku dan bertanyakan kehadiran aku ke booth ISIUKM berkenaan. Siapakah gerangan lelaki yg cuba menghalang nawaitu ku ini? Ku perhatikan sekeliling dan dalam banner ISIUKM yg kemas tergantung, terdapat wajah lelaki tersebut terpampang jelas dengan gaya muka tersenyum bahagia di tengah2. Nampaknya, lelaki di depan aku ini adalah orang yg amat berpengaruh dalam organisasi tersebut. Beliau menerangkan konsep ISIUKM ini ditubuhkan, yakni memberi fahaman secara menyeluruh mengenai Islam kepada seluruh warga UKM. AKu hanya mengangguk tanda setuju setiap patah perkataan dari apa yg diucapkan. Malas nak berdebat memandangkan Piala Naib Canselor jatuh ke tangan Kolej Ibrahim Yaakob. Isi borang dan bayar, tapi kenapa mesti lebih RM 5? Bukan untuk lokek tapi salah kafe sebab mengenakan bayaran bagi nasi putih sepinggan serta lauk budu dengan budu.
Kemudian, aku beralih pada kelab Silat Cekak Hanafi. Simple je booth dia dengan dijaga rapi oleh dua kakak, dalam tahun 4. Aku pun serba salah nak panggil diorang kakak memandangkan muka2 diorang pun ada yg still cute macam Hello Kitty. Selepas berbicara sejenak, baru ku ketahuan bahawasanya akak berkenaan super juniorku di KMK malah akak tu juga seorang Kelantanese, tapi apa kaitannya dengan aku, seorang warga Kota Raya sekalian.
Duit RM 10 ku sekali lagi terbang begitu saja dan sebaik aku melepas wangku berterbangan, baru akak tu tunjuk kepadaku senarai apa yg perlu dibayar sepanjang 4 tahun aktiviti silat. Mahu tak cecah RM 350, sekali lagi membuatkan daku terkesima memandangkan aku tidak menerima apa2 imbuhan awalan ataupun akhiran buat masa ini. Hidup ini amat payah~
Pada lewat petang dikala ku ingin singgah ke Unikeb tapi akhirnya ku ditahan sekali lagi oleh akak2 booth UPSM tersebut. Apakah semua ini dikala hari kian lewat petang dan sekitar Pusanika tampak gelap. Akak tu macam biasa memainkan peranan beliau menerangkan pada daku dari A ke Z tentang aktiviti akan dijalankan tatkala sepanjang semester itu berlangsung. Tampak seperti kesibukan yg melanda sanubari tapi demi menjadi seorang fasilitator yg budiman sama sekali, maka akan daku berkorban apa saja walau Planet Namek kian musnah dibaham dinosaur skalian. Terus ku katakan setuju dan diselangi akad permohonan. Dengan sekali lafaz saja, ku bergelar ahli tetap tanpa gaji bulanan. Akak2 tersenyum simpul bagaikan bunga kertas yg menguntum. Hanya RM3 dan ku dapat rasakan kelab ini paling murah malah paling aktif sama sekali kerana belum apa2 lagi mereka dah mewajibkan kehadiran ahli baru dalam 3 hari lagi. Aku kebingunan seraya menginsafi apa yg ada. Nampaknya aku harus meleburkan duit pelaburan daku bagi kelab2 yg sebelum ini ku temui demi menjaga pointer daku dan insya-Allah, bawa dekan balik ke rumah.

No comments:

Post a Comment