Saturday, July 3, 2010

sebuah erti kenangan

Tetibe je terasa nak buka Microsoft Word tapi tak tau dengan file apa yg ada. Lappy baru format jadi dalam My Doc adalah kosong serba serbi tanpa sebarang virus2 Brontok di situ. Haih, apa ni? Bukankah tujuan aku melobi abah untuk belikan lappy ni sebab nak bikin kerja2 yg menimbun masa di matrik tu dulu ke? Hari ni hanya dalam sejarah. Lalu, aku teringat akan pendrive yg agak lama aku pendamkan dalam case lappy itu. Transcend 1GB warna hitam. Aku dapat masa di PC fair 2008. Autoplay. Start. Apa la yg aku simpan segala khazanah dalam pendrive ni ye? Usang habis. Ada je folder2 lama dan menarik perhatian aku, folder Blog Bestarianz. Sebenarnya aku plan nak buat official blog untuk kelas 5 Bestari 2008, tapi apakan daya, aku ni dulu jenis hangat2 najis ayam je. Maafkan daku ye cik Nizam yg handsome lagi kacak. Satu file ni, Apa maksud kawan, yg aku pernah tanyakan kepada classmateku sekalian, mengenai pendapat mereka tentang erti kawan bagi mereka. Ini mungkin merepek umpama Zizan Raja Lawak, tapi percayalah, sebuah siratan hati ini takkan berkata dusta lagi padon semata2. Ini menimbulkan tanda tanya, sejak bila aku pandai bermadah macam Othman Puteh?


*Someone who can really share our happines, sadness and everything whether a male or female. We can help each other, talk to each other without any problems in communication. "A friend in need is a friend indeed".

*A person that u know n friend la.

*Kawan merupakan teman yang boleh share probs, orang yang paling rapat ngan kite, bole tolong kite time susah n senang.

*Kawan orang yang membantu n tolong, mengambil berat, sekepala.

*Kawan ialah orang yang memberi inspirasi, memberi pertolongan serta membantu dalam pelbagai tugas dan perkara.

*Kawan = someone yang bukan ******, he's suck.[mungkin dia maksudkan seseorang dalam kelas aku].*

*Kawan Adalah Warna Alam Ni![bila digabungkan jadi K.A.W.A.N]

*Kawan ialah seseorang yang berada bersama kita semasa gelak atau menangis, dan menerima segala kelemahan kita.

*Kawan adalah tahap ketiga bagi seseorang di sekitar kita. Yang paling tinggi adalah saudara, kemudian sahabat rapat. Yang jelas, mereka bertiga sama-sama senasib perjuangan dan lebih mengutamakan sahabat dari yang lain.{kecuali family korang sumelar}

*Kawan ialah sahabat yang boleh menerima kelebihan dan kelemahan diri kita seadanya. Dapat memahami, bertolak-ansur dengan diri kita. Juga dapat menggembirakan dan menyenangkan hati kita.

*Kawan@sahabat yang baik adalah individu yang sentiasa memahami dan menghormati rakannya. Hormatilah rakan kita sebagaimana kita menginginkan rakan menghormati diri kita.

Inilah hasil outcome yg aku dah survey, bagai nak rak aku pujuk rayu bagaikan kasanova pingian semata2 untuk diorang berikan komen seketika. Aku teringat lagi macam mana aku dapatkan idea ni dan bermula dari share2 kertas kajang lepas tu main pass2 sekitar kelas tatkala Mr Chan tengah mengajar di depan. Pada mulanya aku nak diorang tahu bahawa Fareez Izwan ni wujud dalam kelas 5 Bestari, tapi nampaknya bukan cara ini untuk mencari perhatian walaupun aku kalah dengan Bowe, yakni seorang pendatang baru, bagi aku, ianya bukan sekadar omongan kosong malah repekan semata2 tapi segalanya datang dari ikhlas, barulah ianya dinamakan PERSAHABATAN~





berdasarkan database yg telah selama ni daku pelihara serta write protected:

fikri - UPM
ariff - UKM
zabri - upper 6 SMK Sg Besi
dayah - UiTM Kuantan
tikah - upper 6 VI
MASBAB- upper 6 VI
nancy - upper 6 VI
mahmudah - UiTM Kuantan
fiqa - UiTM Kuantan
capik - UMT
lynn - UCSI
aliif - IKBA
mel - IB
nada - POLISAS
aku - UKM
thirah - UPM
eika - UiTM
padmini - entah. ada yg kata dia gi India buat medic
harris - medic di Rusia bumi kenyalang
rachel - SEGi college
sheeba - lost contact~
syahir - UiTM Kuantan


Walau di mana jua kita berada, aku sentiasa berharap agar dapat ku temu mereka ini semua, dan dijangka lagi 3 tahun akan diadakan reunion secara mega. Kita tengok nanti.

No comments:

Post a Comment