Monday, May 31, 2010

duhai KTM~

A few days ago, setelah aku berpenat lelah mendaki bukit seorang diri akibat kes penculikan motor oleh ayahku. Kali ni aku terasa berlari 40 kilometer walaupun jarak dari rumahku dengan pekan Sg Besi hanya sekangkang kera menurut ukuran pejabat ukur tanah. Nasib baik best friend aku, basikal yg tersadai setelah sekian lama aku lepas ujian JPJ ada di sisi di masa aku kesusahan. Dear basikal, aku sayang kau lebih la.
Langkah ku mulai perlahan tatkala aku tiba ke rumah. Secara tidak semenanya, mak suruh aku pergi mandi cepat, dengan alasan untuk outing sekali dengan family ke Mid Valley. Aduhai, takde tempat lain lagi ke dunia ni melainkan Mid Valley? Nape tak ke Paris, Hokkaido dan kalau aku menyatakan persoalan itu kepada mak aku, maka satu lempangan Jepun akan melekat di pipiku yg agak gebu itu. Kami bergerak dan syukur aku beli tiket pergi balik, memandangkan orang ramai sangat petang tu, aku pun tak tau kenapa boleh jadi macam tu. Ada apa kat stesen itu? Takde pun band Paramore bikin show di situ, apatah lagi band kugiran tempatan. Aku pun layan je la sambil berdiri untuk beratur menunggu tren KTM datang. Lambat, sehinggakan kalau nak tidur sampai boleh mimpi si bidadari gitu.
Tren sampai, dan kelihatan orang ramai berpusu2 nak masuk dalam gerabak dan paling aku tak suka, kewujudan koc wanita. Adakah ianya wujud untuk wanita sedangkan lelaki terpaksa bersesak2 untuk masuk dalam gerabak, inikah dinamakah KEADILAN? Bukan sejenis parti politik, jadi jangan saman sama daku ye. Karang tak pasal2 aku yg feymes masuk Buletin Utama TV3 sebab ISA. At last, aku ketinggalan sebab tren amat penuh, meninggalkan aku ke belakang. Aku kesian orang yg berjaya membolos masuk ke dalam tren sebab keadaaan dalam itu amat padat umpama sardin Ayam Brand's sampai orang KTM tu terpaksa delay la dia punya jadual perjalanan. Alhamdulillah, bergerak juga la walaupun macam kura2 semput. Lama jugak la nak tunggu tren satu lagi, itu la, gatal sangat nak berlagak gentle bagi orang lain naik dulu, walaupun mereka bukan OKU sekalian. Bosan pabila takde nusantara, membuatkan aku mengusha orang2 yg ada di sekeliling. Beg besar terdampar di tepi platform, ku fikirkan siapa entah yg kelam kabut nak masuk sampai terlupa nak bawa beg dia sekali. Tak lama kemudian, kelihatan seorang perempuan berbaju belang sedang adjust2 beg tu, takut terjelupur masuk rel. Lawa dan adakah ini bermakna cinta baru ku? Hasrat hati dah terasa nak ngorat on the spot tapi aku tahan, sebab ini public kan, lagipun nanti apa kata adik aku yg kebetulan jadi mangsa keadaaan. Tengah berimaginasi tentang strategi nak menekel gadis berkenaan, terlihat kelibat lelaki menghampiri beliau. Siap pegang2 tangan lagi. Aku terkedu seraya tak pandang diorang dah. Sebelum diorang ke bangku berdekatan, aku sempat interview abang tu dengan bermuka suci bak debu padahal nak usha bini dia je. Cuma aku tak tahan bila bini dia dah main lentok2 kat bahu abang tu. Aduih~
Selepas melakukan gejala melepak tak tentu hala dan aku seperti orang kehilangan arah tanpa GPS built in dalam Nokia N97 mini, tren mula sampai dan kali ni aku dah tak berani nak berdiri di tengah platform, sebab aku tahu situ la para wanita akan berkumpul, kononnya untuk koc wanita yg merepek tu. Sesak juga pada mulanya, tapi pandai2 la nak hidup, jadi aku terpaksa jadi seperti cacing dalam batu, menyempitkan diri di sebalik timbunan manusia. Nasib baik tangan aku ni tak merayap ke mana2, kalau tidak, wujud la pula koc lelaki karang. Dalam tren aku pasrah je la, dek ada extra perfume lagi2 time orang baru balik dari keje walaupun diorang dah spray sampai habis satu botol Uberman.
Macam biasa di Mid, orang kelihatan bersepah tak tentu arah sebab hari ni keluar movie baru, Prince of Persia(PoP). Dalam kepala otak aku ni, dah terbayang game dia dan berharapan nak tengok tapi apakan daya, selepas beratur macam orang nak cucuk duit depan ATM di kolej matrik aku pula, tiket PoP baru je habis. Nak bikin lagu jiwang depan abang kaunter tu, takut dia fall in love dengan aku pula. Haru biru nanti kalo terjadi suatu skandal depan GSC walaupun Noh Hujan selamba je nyanyi lagu Aku Skandal. Lantas, demi mengubat hati yg lara ini, daku pun beli je la tiket Iron Man 2 walaupun dengar ura2 mengatakan movie tu kurang menyerlah berbanding prequel. Nak buat macam mana, tiket2 yg lain available pun untuk midnite shows je. Aku pula datang dengan KTM, tak terfikir lak KTM ada OT untuk midnite shows ni.
Tiket pukul 9.40 malam, jam menunjukkan pukul 7.50 malam. Bosannya di Mid, terkapai tanpa haluan dan fulus. Dalam solat di surau, aku terdengar budak2 asyik main2 di saf perempuan yg terpisah dengan tabir. Aku fikir diorang tu anak mat salleh mana sebab tak henti2 speaking tapi sangkaanku meleset sebab bila mummy dia cakap rojak tapi mostly English. Aku terdiam sambil kagum. Iyelakan, budak2 lagi dah fluent dengan English, kalau nak dibandingkan dengan aku ini, takat tersedak2 je la. Tergelak berguling2 kalau examiner MUET tu dengar aku bila speaking test. Masuk dalam wayang tapi terasa macam biasa2 je, macam dah takde feel nak tengok movie. Kenapa eh? Adakah aku dah dijangkiti sindrom H1N2 di sini? Layan je la Iron Man tu tapi tak sempat nak habis sempat aku kejar masa dengan KTM. Kejam sungguh KTM kerana tak menunggu daku yg suci ni. Haih~
Cuma, dalam lewat begini, stesen Mid Valley ternyata lengang, siap aku boleh duduk lagi di seat yg disediakan, nak buat kuak lentang pun boleh. Tren dah sampai ke platform dan aku pulang dengan hati yg kosong.
Adakah aku dah jemu outing ataupun Mid Valley dah cemuih tengok muka aku yg kacak ni?

*trip yg membosankan sama sekali. tak tahu kenapa



Thursday, May 27, 2010

romeo masuk kandang

Semua orang pernah melakukan kesilapan, begitu juga dengan aku. Hanya makhluk asing dari planet Namek saja yg tak mengerti apakah itu silap kerana mereka begitu gempak setaraf dengan orang Saiya. Cuma, kali ni aku terasa seperti kehilangan arah walaupun aku selalu buka application Google Maps. Dalam lagu UK's, salah satu lirik lagu Bila Diri Disayangi, "...terasa diri ini kembali dipandu.." walaupun orang berkenaan tak lepas2 ujian JPJ sebanyak 43 kali. Ajaib bukan? Perkara ini telah berlaku pada diriku dan tiada perkara yg benar selain yg benar2 berlaku.
Segalanya bermula di facebook, apabila aku dengan nada menggatal, cuba memikat mana2 gadis di sana. Apakan daya aku seolah2 seperti tukang karut walaupun bukan di pentas wayang kulit. Betul, aku semakin rancak berbual dengan siapa2 dan itu menimbulkan keseronokan aku untuk mencari member2 untuk di-add.
Dengan lagak gaya ingin mengorat walaupun secara main2 telah membuatkan seorang gadis untuk tukar status dengan aku, walaupun aku pujuk dengan ala2 Valentino Rossi. Memang aku sudah menyatakan padanya yg relationship ni sekadar main2, tapi dalam hati memang aku admire dia walaupun aku tak pernah nampak dia di kolej matrik. Itu pun aku baru tau yg dia satu matrik sekali dengan aku, cuma dia student akaun, dan aku hanya budak fizikal yg tak punyai apa2, cuma baju kuliah, beg, pencil box dan kalkulator saja.
Malam itu, dalam pukul 3 pagi, segala yg aku sembang dengan Kimi, chat dengan Fiqa mengimbas kembali perbuatan aku. Adakah aku yg salah atau cereka saja? Yg pasti ini bukan drama bersiri Adamaya. Lantas, aku rasa bersalah kerana dengan perbuatan aku yg hanya mengikut gelora nafsu semata2 tanpa memikirkan natijahnya. Mungkin juga admirer dia yg lain terasa frust. Trust me, aku dah pernah merasa semua itu dan adakah adil bagi aku saja yg berseronok sedangkan yg lain meratap? Terus, aku menukar status aku kembali single. Lantaklah, apa nak jadi, jadilah!
Keesokan pagi, kedengaran mesej masuk ke dalam inbox phone aku. Aku tergelak. Itu dari dia, bertanyakan kenapa aku menukar status. Aku serba salah tapi aku yakin, dengan cara ini, aku dah menyelamatkan jiwa orang lain dari menjadi bola jiwa Goku. Sepanjang hari ni aku terasa happy go lucky je. Gilakan? Aku harap dia juga berpendapat begitu walaupun dia tanya benda yg sama petang tu. Aku terkedu dan aku tak mampu buat apa2, sebab aku tahu jalan inilah yg terbaik dari ladang.

*tengah mencuba untuk tidak menjadi player


Tuesday, May 25, 2010

a meeting

Dari lepas maghrib lagi aku dah perasan sama orang tu, atau aku mungkin boleh panggil dia abg la sebab muka dia macam dah matured semacam berbanding dengan muka aku yg terlebih matang. Aku terus memerhatikan abg tu, khusyuk menunaikan solat rawatib selepas maghrib. Dalam hati, ingin saja aku menegur abg tu selepas dia selesai wirid, tapi aku semacam takut, segan pun ada. Kelihatan dia berpakaian kemeja dan aku nampak beg office dia elok tersandar di tepi dinding sebelah kabinet kitab. Sah, baru balik dari kerja ni.
Aku sebenarnya dah lama perhatikan abg ni, dan aku rasa aku pernah nampak dia dekat Muqarrabin sejak aku form 5 lagi. Masa aku singgah Muqarrabin sekadar untuk mendengar kuliah tu pun, aku dah tegur abg tu, tapi cuma sekadar bersalaman dan senyum je la, selebihnya kami berdua fokus kepada kuliah berkenaan. Selepas kuliah, isyak dan kami beransur pulang dan aku pula tak terfikir nak tanya lebih2 walaupun aku bukan wartawan RTM. Lalu, aku start motor dan merempit pulang ke rumah dalam kelajuan cahaya.
Kali ni di surau Al-Falah pula, tapi sekali lagi, aku tak tegur kerana masing2 concentrate kepada kuliah tersebut, lagipun aku sibuk mencatat nota2 ringkas untuk dijadikan panduan walaupun buku nota tu baru tak bersentuh lagi. Setelah sekian lama dan otak aku pun dah mampat dengan segala isi pasal Fekah, malah aku hampir surrender akibat terlalu petih kerana aktiviti harian di rumah. Aku gagahkan diri walaupun aku bukan Super Human Samurai. Akhirnya, aku berjaya melepasi rintangan dan berjaya melakukan rawatib isyak terus sebelum salah seorang AJK Al-Falah menjemput kami semua, para jemaah, tak kira orang tempatan atau sekadar menyemak je, untuk makan sekali di belakang surau.
Aku pun macam biasa, kalau tak nak makan pun kena paksa juga sebab aku adalah representative ayah aku secara tak rasmi di sana. Aku mula duduk, dan kelihatan abg tu mula datang sekali dan letak beg dia depan aku. Alamak, dia nak duduk sini la! Hati aku mula berdegup kencang seperti dilamun cinta pandang pertama, tapi adakah ini cinta terlarang? Tidak, ku tak sanggup untuk berlakon movie Brockerback Mountain lagi. Aku suapkan mi goreng perlahan2 ke mulut walaupun nampak gelojoh umpama tak pernah makan 10 tahun. Abg tu duduk sebelah aku pula. Aduih, lagi aku gabra tak tentu hala.
Lepas tak tahan kecuakan, baru la aku menegur abg tu. Nasib baik abg tu friendly semacam je. Habis aku interview macam2 pasal dia. Namanya Adi, asal dari Tawau. Perkataan Sabah tu membuatkan aku tangkap jiwang kenangan di PLKN dulu. Tapi, itu semua dalam sejarah walaupun tak masuk syllabus sejarah tingkatan 5. Lama juga la kami sembang2, pasal tempat kerja, sambung belajar di mana dan macam2 lagi. Seolah2 lama tidak bertemu sampai la AJK Al-Falah tu dah tension nak tunggu kitorang nak balik pukul berapa. At last, tanpa melengahkan masa disebabkan AJK Al-Falah dah nak balik, sebab isteri masing2 dah menanti di rumah.
Kami beredar mengikut jalan yg berlainan namun aku yakin kita akan jumpa lagi walaupun hari2 aku jumpa dia di Muqarrabin.
Setibanya di rumah, aku ternampak ruang kosong di depan rumah. Kereta Waja ayahku juga tiada dan motor juga lesap entah ke mana. Kemudian, dengan sekelip mata, aku teringat yg aku pergi surau Al-Falah guna motor sebab aku terlewat. Dengan muka tidak malu melewati post guard aku terus menuju ke motor berkenaan dan hilang dalam sekelip mata. Sampai begitu sekali excitednya aku nak jumpa abg tu dan motor aku jadi mangsa keadaan tapi itu bukan bermakna aku untuk menduakan motor aku. Jangan risau wahai motorku, ku tetap setia pada kau.

*mengalahkan orang bercinta pula

Thursday, May 20, 2010

jom ronda BTS!

pagi2 lagi da kene roger ngan mmbr, dengan mamai nyer aku menjawab. aku de task: carik kat ne Sinar Zamdurrani. alamat diberi kt jalan 20B/146. seraya aku bertanya, dimanakah itu? untuk pengetahuan k0rang, selame 8 thn aku kt sini, tp satu hapak pun aku tatau dimana gerangan tempat aku nh..ish3 adakah aku perlu menggunkan google earth? help!!

setelah sekian aku merantau dgn pertolongan moto bapak aku, dkt sejam jgk la aku merayau2 skitar Bandar Tasik Selatan, tanye menanye sape2 yg ade, dengan buat muke tak malu..hahaha
pada mulanya aku bergegas ke area taman bawah, k0t2 nak usha name jalan yg ade, tp malangnya kt fasa 1 sampai jalan 19 je. aik, kemanakah jalan 20 itu? jeng2, aku lepak kt guardroom, tp jaga kt situ kate dalam taman tu ade angka je, tade huruf. jdk, di manakah ia? adakah disebalik lindungan bulan? fuh..payah ku mencari~
kemudian, setelah ku tanya kakak kt depan kedai tayar, aku gerak lagi ke Miftahul Uloom, engatkan ade ustaz kat sane walaupun aku tau itu bukan jalan 20B/146, tp jalan 8/146!
tunggu punya lame, nak tego segan takut2 kalo silap. last2 de bdk br masuk kelas, dan dgn selamba aku tego dak2 th..muke da cuak sbb aku ni ade muke2 taiko skit, ala2 cam genji tuh..hehe..seb baek aku dpt tau takde ustaz kt situ, dan dgn wat muke sengal aku tr0s blah dari situ..aduih~
carik punyer carik, terdetik nak carik jgk kt area2 supermarket depan umah aku tuh..aku gi masuk kedai, tanyakan auntie cashier tu, selambe je aku redah and at last, alhamdulillah, aku berjaya jgk dpt tau yang aku skrang berada dkt jalan 20b/146..terharu2..s0bs3
aku jejak deretan kedai tu lalu ternampak la poster Sinar Zamdurrani~
la, upenyer tmpt rawatan komplimentari secara islam..tapi asal tak buat banner eh? nyusahkan bt0l nak kene carik..aku gk jadi despatch boy arinh..hahaha

Tuesday, May 18, 2010

result suda kuar!!

result PSPM 2 da dikuarkan, sejak dari smlm aku rase orang da berduyun2 dtg ke website KPM semate2 nak usha result diorang, ade yg puas hati dan sebaliknyer. biaselah tu, lumrah hidup manusia, umpama roda, adakala di atas, kadang2 di bawah. tapi bagi aku yang berada di bawah nh, entah, betapa remuknya hati ni hanya Tuhan saja yg tau.
ade gak aku bertanye, kenapa aku dpt macam nh sedangkan dak2 laen bole je sk0r cam gampang. aku kene trime hakikat nh, yg tu adalah result aku, penentu hala tuju aku! mgkn Dia da tetapkan jalan aku macam nh, rezeki aku macam tu, jadi mau ke tidak, kene trime seadanya je la walaupun pedih di hati bagai di hiris sembilu..hak3
jiwang pulak malam2 bute nh, tapi syukur sangat2 dengan apa yang dah dpt, mende da lepas, biar je le berlalu, tak gune dah nak meratap. tapi entah, nape rasa cam tak puas aty je nh, sudah3, Alllah tak suke hamba Dia yang tak reti nak bersyukur. mgkn kite tak dpt pe yg kite nak, tapi Dia bg ape yg kite perlukan. haish~
sampai bile hati ni nak berduke lare dengan apa yang dapat, kalo camtu, sampai mati pun tak puas hati lagi..aduih..wake up fareez!!!! dunia bl0m brakhir lagi. berjuang dan terus berjuang, macam Kamen Rider. tak mengenal penat, kalah, mempertahankan negare dari Shocker durjana~ hahahaha :D
baru je tadi isi UPU, perah otak jgk la nak isi pun, mengalahkan PSPM sendiri je, sbb tu aku prefer nak repeat dulu dari masuk U. sape kate after graduate ni id0p makin senang? mencabar tau tak!! go.go.go~

Monday, May 17, 2010

epy teachers day~



Up! Maka semua cikgu2 sekalian tak kira yg berada di pentas, di bawah mahupun dalam toilet barangkali mengangkat tangan, siap sedia untuk melafazkan ikrar. Termaktubnya mereka para pengajar setelah graduate dari maktab, UPSI dengan terikat dengan janji yg terlafaz. Bukan senang nak jadi seorang pendidik, dan dulu, aku pernah menyuarakan hasrat untuk menjadi seorang guru dalam subjek yg paling aku suka, Maths tapi apakan daya, restu mak ayah lagi penting. Aduih, terimbau kembali kenangan lama pula kat sini.
Kejap je, aku dah meninggalkan alam persekolahan hampir 3 tahun, kalau nak hitung. Segala yang aku telah aku pelajari selama 11 tahun sebelumnya tersemat di dada aku, kemas. Sehinggakan aku dah tak larat nanyi lagu Negaraku, tiap2 pagi kene berdiri tegak dan nyanyi dengan sepenuh hati walaupun aku bukan budak koir. Ada yang mengantuk sehingga mengeluarkan tone dear, peduli apa, janji tanggungjawab terlunas. Kali ini, 16 Mei tu datang lagi, seperti tahun2 sebelumnya, cuma kali ini aku hanya memerhati dari jauh, sambutan diadakan di sekolah lamaku yang berdekatan dengan rumah, tapi memori daku menyarung seragam sekolah masih segar dalam ingatan walaupun acap kali aku terlupa nama cikgu2 sekalian. Maaf banyak2, memori tak upgrade jadi 1 TB lagi.

*terjumpa Cikgu Jamaluddin tadi, dan syukur dia masih lagi aku walaupun pada awalnya aku tak berapa rapat dengan dia.

Thursday, May 13, 2010

busy.busy.busy


sori geng, aku semenjak due menjak ni semakin busy sikit la, biase la bile job dah mule masuk.
*padan dengan muke aku yang agak hensem nih bile mencari keje..hehe
iyelarkan, dari duduk terperap dekat rumah macam pesakit jiwa mengadap facebook saban hari, ditambah pula bekalan gule kat umah dah semakin merosot..hahaha
jadi, aku mula berkelana ke pelusuk KL demi mencari sesuap nasi namun aku bukan makan suap tau sebab aku adalah lelaki suci walaupun aku memang buaya darat tapi aku bukan biawak laut lidah bercabang..hak3
bile dah usha balik, nampaknyer blog ni dah semakin bersawang sampai berdebu tak terkate tuh. penat la nampaknyer aku nak mengemas balik nh..haih~
ade sape yang sudi nak tolong? amah aku dah lari lambok la...harharhar

Sunday, May 2, 2010

adakah esok masih ada?

tengah sibuk mengacau para memberku sekalian di facebook, tiba2 sahabat dari SJI sergah aku di chat. Aku blurr sedangkan kami tak pernah nak bersembang apatah lagi bergurau senda sebegitu rupa. Namun, aku tidak tahu, ada berita disebalik itu, schoolmate aku since form 2 lagi, Izzat Anuar telah kembali ke rahmatullah pada pagi semalam. Aku terkedu, tak tahu nak berkata apa2 lagi dah, dan apa yg pasti member aku dah tiada lagi di muka bumi ini! Dah tak boleh sambut raya dengan dia apatah lagi kalau ajak, pasti ada kurang seseorang, arwah Izzat Anuar itu sendiri. Seharian aku down, memikirkan nasib kawan aku di alam kubur sekarang. Bagaimana rasanya berdepan dengan malaikat Allah dan kena interrogate macam2? Sungguh, aku seram sejuk bila terfikirkan perkara tersebut walaupun Aizat AF5 menyanyikan lagu Fikirlah.
Tiba2 fikiranku melayang kepada Ganesan, classmate aku pula since dari aku masuk SJI, dan dia yg paling suka buli aku dalam kelas, sebab aku jenis suka menyendiri masa mula2 masuk sekolah baru. Friendly dan terjal, tapi ramai selesa dengan dia. Aku pun masa tu tak mengerti apa yg specialnya mengenai dia tapi bila semakin lama di sana dan aku sendiri bergelar Johannian, aku hanya tersenyum simpul. Kami adalah satu family besar. Cubalah bandingkan kami dengan mana2 yg lain, aku berani jamin, pengalaman di SJI takkan sama walaupun aku lebih cintakan SMKBTS sendiri. Masa study week sebelum PSPM 2, aku layari facebook juga, dan aku terperasan wall post di wall kawan aku, "RIP for Ganesan, he is our hero...".
Aku terdiam, seraya menanyakan kawan2 SJI yg lain. Ramai yg mengiakan dan aku hanya mampu mengeluh dan down dikala exam menjelang. Dalam mindaku, terbentuk jelas imej Ganesan dan classmate aku dulu walaupun tanpa projektor. Nampaknya Tuhan lebih menyayangi kawan2 aku ini, semoga mereka mendapat ketenangan abadi.

*aku tertanya2, adakah esok masih ada untuk kita?

Saturday, May 1, 2010

frenship?

Tengah aku sibuk melayari facebook, tiba2 aku come across dengan satu wall post kawan baik aku, Nad. Untuk pengetahuan, Nad ni merupakan entuasis kepada konsep relationship sedemikian rupa, tak over tau! Masa sekolah dulu, aku tabik Nad ni sebab berjaya dapat kamceng dengan budak2 tawakal dalam sekelip mata sedangkan aku hanya mampu usha diorang. Awas, jangan tiru aksi ini di sekolah, tapi lepas dah masuk universiti, anda boleh seperti mana kerajaan menyandar konsep Malaysia Boleh. Sekali lagi, kalau aku jadi Kofi Anan, dah lama aku nominate Nad untuk dapat Nobel Prize untuk keamanaan, kira tercapai jugalah cita2 rakyat Malaysia nak merangkul satu hadiah tersebut.

"friendship is easy never had a true friend in his/her life"

sebuah kata2 yg membuatkan aku terfikir sejenak, kagum dengan seni tersirat disebalik pepatah ni. Umpama kata2 hikmat dari Plato, Socrates tapi adakah mereka memikirkan hal persahabatan dari mengagungkan karya sains mereka? Apa2 pun jua, aku hanya baca je kata2 diorang di tiang2 yg terdapat di kolej matrikulasi aku tu. Seronok, terasa dimotivasi secara automatik tanpa perlu berkunjung tiba ke bilik UBK walaupun berhawa dingin.
dulu, aku memikirkan persahabatan memerlukan masa untuk membentuk bond tu, tapi lama kelamaan baru aku perasan, orang yg kita baru tegur pun sudah menjadi sahabat kita pada asalnya, cuma kita saja yg tak perasan ataupun sedang mamai dibuai mimpi bidadari. Jadi, biarlah berjuta kawan kita di mana2 tak kira sama ada add di facebook atau terjumpa di jalan TAR sekalipun dan akhir kata sekali MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

*tengah menambah member kat facebook. kenapa tak cecah 1000 friends lagi ni?