Thursday, May 27, 2010

romeo masuk kandang

Semua orang pernah melakukan kesilapan, begitu juga dengan aku. Hanya makhluk asing dari planet Namek saja yg tak mengerti apakah itu silap kerana mereka begitu gempak setaraf dengan orang Saiya. Cuma, kali ni aku terasa seperti kehilangan arah walaupun aku selalu buka application Google Maps. Dalam lagu UK's, salah satu lirik lagu Bila Diri Disayangi, "...terasa diri ini kembali dipandu.." walaupun orang berkenaan tak lepas2 ujian JPJ sebanyak 43 kali. Ajaib bukan? Perkara ini telah berlaku pada diriku dan tiada perkara yg benar selain yg benar2 berlaku.
Segalanya bermula di facebook, apabila aku dengan nada menggatal, cuba memikat mana2 gadis di sana. Apakan daya aku seolah2 seperti tukang karut walaupun bukan di pentas wayang kulit. Betul, aku semakin rancak berbual dengan siapa2 dan itu menimbulkan keseronokan aku untuk mencari member2 untuk di-add.
Dengan lagak gaya ingin mengorat walaupun secara main2 telah membuatkan seorang gadis untuk tukar status dengan aku, walaupun aku pujuk dengan ala2 Valentino Rossi. Memang aku sudah menyatakan padanya yg relationship ni sekadar main2, tapi dalam hati memang aku admire dia walaupun aku tak pernah nampak dia di kolej matrik. Itu pun aku baru tau yg dia satu matrik sekali dengan aku, cuma dia student akaun, dan aku hanya budak fizikal yg tak punyai apa2, cuma baju kuliah, beg, pencil box dan kalkulator saja.
Malam itu, dalam pukul 3 pagi, segala yg aku sembang dengan Kimi, chat dengan Fiqa mengimbas kembali perbuatan aku. Adakah aku yg salah atau cereka saja? Yg pasti ini bukan drama bersiri Adamaya. Lantas, aku rasa bersalah kerana dengan perbuatan aku yg hanya mengikut gelora nafsu semata2 tanpa memikirkan natijahnya. Mungkin juga admirer dia yg lain terasa frust. Trust me, aku dah pernah merasa semua itu dan adakah adil bagi aku saja yg berseronok sedangkan yg lain meratap? Terus, aku menukar status aku kembali single. Lantaklah, apa nak jadi, jadilah!
Keesokan pagi, kedengaran mesej masuk ke dalam inbox phone aku. Aku tergelak. Itu dari dia, bertanyakan kenapa aku menukar status. Aku serba salah tapi aku yakin, dengan cara ini, aku dah menyelamatkan jiwa orang lain dari menjadi bola jiwa Goku. Sepanjang hari ni aku terasa happy go lucky je. Gilakan? Aku harap dia juga berpendapat begitu walaupun dia tanya benda yg sama petang tu. Aku terkedu dan aku tak mampu buat apa2, sebab aku tahu jalan inilah yg terbaik dari ladang.

*tengah mencuba untuk tidak menjadi player


No comments:

Post a Comment