Tuesday, May 25, 2010

a meeting

Dari lepas maghrib lagi aku dah perasan sama orang tu, atau aku mungkin boleh panggil dia abg la sebab muka dia macam dah matured semacam berbanding dengan muka aku yg terlebih matang. Aku terus memerhatikan abg tu, khusyuk menunaikan solat rawatib selepas maghrib. Dalam hati, ingin saja aku menegur abg tu selepas dia selesai wirid, tapi aku semacam takut, segan pun ada. Kelihatan dia berpakaian kemeja dan aku nampak beg office dia elok tersandar di tepi dinding sebelah kabinet kitab. Sah, baru balik dari kerja ni.
Aku sebenarnya dah lama perhatikan abg ni, dan aku rasa aku pernah nampak dia dekat Muqarrabin sejak aku form 5 lagi. Masa aku singgah Muqarrabin sekadar untuk mendengar kuliah tu pun, aku dah tegur abg tu, tapi cuma sekadar bersalaman dan senyum je la, selebihnya kami berdua fokus kepada kuliah berkenaan. Selepas kuliah, isyak dan kami beransur pulang dan aku pula tak terfikir nak tanya lebih2 walaupun aku bukan wartawan RTM. Lalu, aku start motor dan merempit pulang ke rumah dalam kelajuan cahaya.
Kali ni di surau Al-Falah pula, tapi sekali lagi, aku tak tegur kerana masing2 concentrate kepada kuliah tersebut, lagipun aku sibuk mencatat nota2 ringkas untuk dijadikan panduan walaupun buku nota tu baru tak bersentuh lagi. Setelah sekian lama dan otak aku pun dah mampat dengan segala isi pasal Fekah, malah aku hampir surrender akibat terlalu petih kerana aktiviti harian di rumah. Aku gagahkan diri walaupun aku bukan Super Human Samurai. Akhirnya, aku berjaya melepasi rintangan dan berjaya melakukan rawatib isyak terus sebelum salah seorang AJK Al-Falah menjemput kami semua, para jemaah, tak kira orang tempatan atau sekadar menyemak je, untuk makan sekali di belakang surau.
Aku pun macam biasa, kalau tak nak makan pun kena paksa juga sebab aku adalah representative ayah aku secara tak rasmi di sana. Aku mula duduk, dan kelihatan abg tu mula datang sekali dan letak beg dia depan aku. Alamak, dia nak duduk sini la! Hati aku mula berdegup kencang seperti dilamun cinta pandang pertama, tapi adakah ini cinta terlarang? Tidak, ku tak sanggup untuk berlakon movie Brockerback Mountain lagi. Aku suapkan mi goreng perlahan2 ke mulut walaupun nampak gelojoh umpama tak pernah makan 10 tahun. Abg tu duduk sebelah aku pula. Aduih, lagi aku gabra tak tentu hala.
Lepas tak tahan kecuakan, baru la aku menegur abg tu. Nasib baik abg tu friendly semacam je. Habis aku interview macam2 pasal dia. Namanya Adi, asal dari Tawau. Perkataan Sabah tu membuatkan aku tangkap jiwang kenangan di PLKN dulu. Tapi, itu semua dalam sejarah walaupun tak masuk syllabus sejarah tingkatan 5. Lama juga la kami sembang2, pasal tempat kerja, sambung belajar di mana dan macam2 lagi. Seolah2 lama tidak bertemu sampai la AJK Al-Falah tu dah tension nak tunggu kitorang nak balik pukul berapa. At last, tanpa melengahkan masa disebabkan AJK Al-Falah dah nak balik, sebab isteri masing2 dah menanti di rumah.
Kami beredar mengikut jalan yg berlainan namun aku yakin kita akan jumpa lagi walaupun hari2 aku jumpa dia di Muqarrabin.
Setibanya di rumah, aku ternampak ruang kosong di depan rumah. Kereta Waja ayahku juga tiada dan motor juga lesap entah ke mana. Kemudian, dengan sekelip mata, aku teringat yg aku pergi surau Al-Falah guna motor sebab aku terlewat. Dengan muka tidak malu melewati post guard aku terus menuju ke motor berkenaan dan hilang dalam sekelip mata. Sampai begitu sekali excitednya aku nak jumpa abg tu dan motor aku jadi mangsa keadaan tapi itu bukan bermakna aku untuk menduakan motor aku. Jangan risau wahai motorku, ku tetap setia pada kau.

*mengalahkan orang bercinta pula

No comments:

Post a Comment