Saturday, May 1, 2010

frenship?

Tengah aku sibuk melayari facebook, tiba2 aku come across dengan satu wall post kawan baik aku, Nad. Untuk pengetahuan, Nad ni merupakan entuasis kepada konsep relationship sedemikian rupa, tak over tau! Masa sekolah dulu, aku tabik Nad ni sebab berjaya dapat kamceng dengan budak2 tawakal dalam sekelip mata sedangkan aku hanya mampu usha diorang. Awas, jangan tiru aksi ini di sekolah, tapi lepas dah masuk universiti, anda boleh seperti mana kerajaan menyandar konsep Malaysia Boleh. Sekali lagi, kalau aku jadi Kofi Anan, dah lama aku nominate Nad untuk dapat Nobel Prize untuk keamanaan, kira tercapai jugalah cita2 rakyat Malaysia nak merangkul satu hadiah tersebut.

"friendship is easy never had a true friend in his/her life"

sebuah kata2 yg membuatkan aku terfikir sejenak, kagum dengan seni tersirat disebalik pepatah ni. Umpama kata2 hikmat dari Plato, Socrates tapi adakah mereka memikirkan hal persahabatan dari mengagungkan karya sains mereka? Apa2 pun jua, aku hanya baca je kata2 diorang di tiang2 yg terdapat di kolej matrikulasi aku tu. Seronok, terasa dimotivasi secara automatik tanpa perlu berkunjung tiba ke bilik UBK walaupun berhawa dingin.
dulu, aku memikirkan persahabatan memerlukan masa untuk membentuk bond tu, tapi lama kelamaan baru aku perasan, orang yg kita baru tegur pun sudah menjadi sahabat kita pada asalnya, cuma kita saja yg tak perasan ataupun sedang mamai dibuai mimpi bidadari. Jadi, biarlah berjuta kawan kita di mana2 tak kira sama ada add di facebook atau terjumpa di jalan TAR sekalipun dan akhir kata sekali MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

*tengah menambah member kat facebook. kenapa tak cecah 1000 friends lagi ni?



No comments:

Post a Comment