Monday, May 31, 2010

duhai KTM~

A few days ago, setelah aku berpenat lelah mendaki bukit seorang diri akibat kes penculikan motor oleh ayahku. Kali ni aku terasa berlari 40 kilometer walaupun jarak dari rumahku dengan pekan Sg Besi hanya sekangkang kera menurut ukuran pejabat ukur tanah. Nasib baik best friend aku, basikal yg tersadai setelah sekian lama aku lepas ujian JPJ ada di sisi di masa aku kesusahan. Dear basikal, aku sayang kau lebih la.
Langkah ku mulai perlahan tatkala aku tiba ke rumah. Secara tidak semenanya, mak suruh aku pergi mandi cepat, dengan alasan untuk outing sekali dengan family ke Mid Valley. Aduhai, takde tempat lain lagi ke dunia ni melainkan Mid Valley? Nape tak ke Paris, Hokkaido dan kalau aku menyatakan persoalan itu kepada mak aku, maka satu lempangan Jepun akan melekat di pipiku yg agak gebu itu. Kami bergerak dan syukur aku beli tiket pergi balik, memandangkan orang ramai sangat petang tu, aku pun tak tau kenapa boleh jadi macam tu. Ada apa kat stesen itu? Takde pun band Paramore bikin show di situ, apatah lagi band kugiran tempatan. Aku pun layan je la sambil berdiri untuk beratur menunggu tren KTM datang. Lambat, sehinggakan kalau nak tidur sampai boleh mimpi si bidadari gitu.
Tren sampai, dan kelihatan orang ramai berpusu2 nak masuk dalam gerabak dan paling aku tak suka, kewujudan koc wanita. Adakah ianya wujud untuk wanita sedangkan lelaki terpaksa bersesak2 untuk masuk dalam gerabak, inikah dinamakah KEADILAN? Bukan sejenis parti politik, jadi jangan saman sama daku ye. Karang tak pasal2 aku yg feymes masuk Buletin Utama TV3 sebab ISA. At last, aku ketinggalan sebab tren amat penuh, meninggalkan aku ke belakang. Aku kesian orang yg berjaya membolos masuk ke dalam tren sebab keadaaan dalam itu amat padat umpama sardin Ayam Brand's sampai orang KTM tu terpaksa delay la dia punya jadual perjalanan. Alhamdulillah, bergerak juga la walaupun macam kura2 semput. Lama jugak la nak tunggu tren satu lagi, itu la, gatal sangat nak berlagak gentle bagi orang lain naik dulu, walaupun mereka bukan OKU sekalian. Bosan pabila takde nusantara, membuatkan aku mengusha orang2 yg ada di sekeliling. Beg besar terdampar di tepi platform, ku fikirkan siapa entah yg kelam kabut nak masuk sampai terlupa nak bawa beg dia sekali. Tak lama kemudian, kelihatan seorang perempuan berbaju belang sedang adjust2 beg tu, takut terjelupur masuk rel. Lawa dan adakah ini bermakna cinta baru ku? Hasrat hati dah terasa nak ngorat on the spot tapi aku tahan, sebab ini public kan, lagipun nanti apa kata adik aku yg kebetulan jadi mangsa keadaaan. Tengah berimaginasi tentang strategi nak menekel gadis berkenaan, terlihat kelibat lelaki menghampiri beliau. Siap pegang2 tangan lagi. Aku terkedu seraya tak pandang diorang dah. Sebelum diorang ke bangku berdekatan, aku sempat interview abang tu dengan bermuka suci bak debu padahal nak usha bini dia je. Cuma aku tak tahan bila bini dia dah main lentok2 kat bahu abang tu. Aduih~
Selepas melakukan gejala melepak tak tentu hala dan aku seperti orang kehilangan arah tanpa GPS built in dalam Nokia N97 mini, tren mula sampai dan kali ni aku dah tak berani nak berdiri di tengah platform, sebab aku tahu situ la para wanita akan berkumpul, kononnya untuk koc wanita yg merepek tu. Sesak juga pada mulanya, tapi pandai2 la nak hidup, jadi aku terpaksa jadi seperti cacing dalam batu, menyempitkan diri di sebalik timbunan manusia. Nasib baik tangan aku ni tak merayap ke mana2, kalau tidak, wujud la pula koc lelaki karang. Dalam tren aku pasrah je la, dek ada extra perfume lagi2 time orang baru balik dari keje walaupun diorang dah spray sampai habis satu botol Uberman.
Macam biasa di Mid, orang kelihatan bersepah tak tentu arah sebab hari ni keluar movie baru, Prince of Persia(PoP). Dalam kepala otak aku ni, dah terbayang game dia dan berharapan nak tengok tapi apakan daya, selepas beratur macam orang nak cucuk duit depan ATM di kolej matrik aku pula, tiket PoP baru je habis. Nak bikin lagu jiwang depan abang kaunter tu, takut dia fall in love dengan aku pula. Haru biru nanti kalo terjadi suatu skandal depan GSC walaupun Noh Hujan selamba je nyanyi lagu Aku Skandal. Lantas, demi mengubat hati yg lara ini, daku pun beli je la tiket Iron Man 2 walaupun dengar ura2 mengatakan movie tu kurang menyerlah berbanding prequel. Nak buat macam mana, tiket2 yg lain available pun untuk midnite shows je. Aku pula datang dengan KTM, tak terfikir lak KTM ada OT untuk midnite shows ni.
Tiket pukul 9.40 malam, jam menunjukkan pukul 7.50 malam. Bosannya di Mid, terkapai tanpa haluan dan fulus. Dalam solat di surau, aku terdengar budak2 asyik main2 di saf perempuan yg terpisah dengan tabir. Aku fikir diorang tu anak mat salleh mana sebab tak henti2 speaking tapi sangkaanku meleset sebab bila mummy dia cakap rojak tapi mostly English. Aku terdiam sambil kagum. Iyelakan, budak2 lagi dah fluent dengan English, kalau nak dibandingkan dengan aku ini, takat tersedak2 je la. Tergelak berguling2 kalau examiner MUET tu dengar aku bila speaking test. Masuk dalam wayang tapi terasa macam biasa2 je, macam dah takde feel nak tengok movie. Kenapa eh? Adakah aku dah dijangkiti sindrom H1N2 di sini? Layan je la Iron Man tu tapi tak sempat nak habis sempat aku kejar masa dengan KTM. Kejam sungguh KTM kerana tak menunggu daku yg suci ni. Haih~
Cuma, dalam lewat begini, stesen Mid Valley ternyata lengang, siap aku boleh duduk lagi di seat yg disediakan, nak buat kuak lentang pun boleh. Tren dah sampai ke platform dan aku pulang dengan hati yg kosong.
Adakah aku dah jemu outing ataupun Mid Valley dah cemuih tengok muka aku yg kacak ni?

*trip yg membosankan sama sekali. tak tahu kenapa



No comments:

Post a Comment