Saturday, December 18, 2010

hari yg gedik

Hari ni Jumaat, in English they say Friday. not Friday 13th.
Apa yg speselnya hari ni berbanding dengan hari2 yg sebelumnya sampai aku dah macam tergedik2 sakan ni?
Nak kata makin maskulin pun tidak juga, makin hari makin kembang ada la sebab asyik masuk mulut je apa yg terhidang di rumah. Sebab kenapa saya suka rumah? Sebab mak masak best sampai boleh jadi tembam. 
Lepas solat jumaat je, aku terus gerak ke WangsaWalk dengan ditemani oleh Fared SJI dikala hujan turun mencurah2 ke setiap inci tubuhku tapi itu tidak mematahkan semangatku untuk bermati-matian ke sana. Jangan diminta mati katak di jalan raya. Sangat parah! 
Sampai dekat area WangsaWalk, tetiba je dengan secara spontan tanpa diatur oleh tester JPJ, aku terpandang akan satu scene sebelah kanan aku kot, kalau tak silap. Comel tak terkata. Ini bukan gadis eh. Harap maklum.
Just a green view yg sangat menarik mata hatiku walaupun selama ni buta hati je. Lepas dah tengok view tu, mula la minda imaginasi aku nak membayangkan benda yg bukan2 selama ini yg aku sendiri dah block dengan pop-up blocker versi tetingkap. 
Dalam imaginasi aku eh. Kejap2, aku cuba mengimbas:
*ada rumah 2 tingkat, yg sedang2 saja. 
*depan halaman rumah ada kereta, tapi tidak dikenal pasti jenis mana dan aku harap bukan Nissan Felany
*ada superbike (my favourita~)
*dekat tingkap, seorang gadis pakai baju lite pink long sleeve dengan bertudung tengah merenung ke luar. sweet sangat sangat sangat. sampai tiga kali tu. korang faham je la kan bila dah dalam imagination. semua benda nak perfet. tapi gadis tu renung aku la. 
[tersipu malu seketika].


Jadi, dah sampai depan TGV WangsaWalk tu kononnya nak book tiket untuk Macik Limah pulang ke Desa tapi apakan daya, mungkin sekali movie tu best sangat sampai semua session orang dah sapu. Tinggal Tron je yang tinggal. Memang motif aku nak tengok Tron. Tapi jangan tuduh aku berkonspirasi dengan abg yang jual tiket dekat kaunter tu. Kepingin sangat tau dari lepas tau trailer dia dah keluar dekat Youtube. Aku punya obses sampai semak sejarah Tron dekat wikipedia.org sampai aku pun tak percaya aku telah buat research mengenainya. Kan bagus kalau aku buat kerja macam ni dekat subjek Material Science aku, takde la aku free2 dpt D+ untuk subjek tu dalam sem lepas. Takpe, redha je la kan :)

Dalam cinema, aku menggeletar kesejukan, dah terasa macam dekat benua Antartika je cuma slack kekurangan prop penguin je dalam cinema tu. [sambil tangan asyik dengan masukkan pop corn dalam mulut]


*aku berjaya habiskan popcorn large sebaik saja iklan dah habis. percaya tak? ahaks.





2 comments:

  1. aku berasa sangat tidak puas hati.. ish.. sepatutnya aku yang tengok~ tapi xpe, ada hikmah!

    ReplyDelete