Saturday, December 18, 2010

there is lipas in the jamban

awas! jangan biarkan hidup anda diserang parasit lipas.

Jujur dan gentle aku story kat korang, aku memang cuak tahap karipap dengan serangga bernama lipas ni, lagi2 kalau makhluk yg diberi jolokan nama Lipas ni terbang ke sana ke mari dalam jamban. Well, now everybody can fly isn't it? Secara ikhlas lagi sucinya, aku pun tak pasti dari mana datang nama lipas kepada beliau. Dalam buku teks sejarah tingkatan 5 pun tak menerangkan sejarah perkembangan kaum dan sepupu sepapat lipas. 
Nak dipendekkan drama yg tak berapa panjang ni. 
[dalam jamban masjid UKM], maka terdapatlah sekawan tiga ekor lipas. Mereka sentiasa bersama dan mungkin berikrar untuk sehidup semati bersama walau apa jua keadaanya. Tapi nasib tak menyebelahi mereka sama sekali kerana ditakdirkan dua daripada mereka dengan keadaan yg sangat menyedihkan sekali.
[penulis berhenti menulis sekejap sebab terharu dan hampir nak menitiskan air mata akibat sketsa itu]
Tinggal seekor saja lipas yg tinggal. Itu pun dalam nyawa2 ikan, sebijik macam Survivor season 3, tapi latar belakang je dalam jamban. Dengan langkah yg tak bermaya, maka lipas itu mula mengorak langkah, perlahan-perlahan. Entah ke mana destinasi lipas tersebut, hanya lipas dan Tuhan saja yg mengetahui sebelum hilang dalam lubang air kumbahan, buat selama-lamanya.
[penulis berpendapat bahawa bau busuk akibat dari sesiapa yg terlupa untuk flush jamban selepas selesai projek punca kepada ancaman kepada kemandirian spesies lipas di muka bumi ini]
Jadi, adakah itu salah satu daripada propaganda di mana kita semua, para pengguna tandas awam untuk menjaga kebersihan tandas selepas menggunakannya? Maka, flush lah jamban dan anda dapat menyelamatkan warga lipas daripada belenggu kepupusan. Adakah kita mahu lipas sebaris dengan burung dodo untuk tatapan anak cucu cicit piut dan seterusnya kelak? Seriusly, sangat menjengkel dan menggiurkan.

*guess who is the penulis? hahahahahahahaha.

1 comment: