Tuesday, April 27, 2010

hujan yg panjang...


Hujan mula turun renyai2, kemudian disusuli angin yg kuat, mampu mengoncangkan dedaun daun palas yg barangkali sedap untuk dibuat pembalut ketupat pulut. Aku terkesima lalu memperlahankan kelajuan kipas dek kesejukan yg amat, terasa seperti di Atlantik walaupun forecast cuaca sekitar Kuala Lumpur di skrin lappy aku hanya sekitar 24C. Aku terfikir, bagaimana agaknya kawan aku, si Harris tu mampu survive kat Rusia lagi2 musim sonata musim salju, dan dia sendiri terpaksa menggunakan heater, kerana cuaca mampu mencecah -22C. Kagum dengan cuaca yang begitu sejuk yg dashyat daripada peti ais Panasonic, agaknya aku boleh letak aiskrim Walls diluar tanpa risau ia akan cair.

*Tengah online facebook sementara hujan tengah seronok menangis. Bila kau nak berhenti ni?

No comments:

Post a Comment