Saturday, August 21, 2010

suka duka sebuah ptptn

Sebuah kisah duka dan lara. Semuanya tercoret di sini tatkala daku terjebak dalam lautan manusia siswa dan siswi akibat terlajak subuh serta sahur. Adakah semua ini malapetaka menyebabkan diri ini terpaksa menanti pada yg tak sudi sedang kakak wakil PTPTN dengan muka masam bak limau kasturi yg belum masak di depan rumah Mak Jah, memberikan tazkirah ringkas mengenai permohonan PTPTN tersebut. Aku terkesima seraya mengalihkan pandangan seketika terhadap gadis2 bertudung labuh yg sekian saja tiba lagi awal dariku. Mungkin acap kali mereka subuh berjemaah di masjid, bukan seperti diriku yg hanya di surau kolej Za'ba, tak jauh dari pintu gerbang UKM~
Aku hanya menanti dan terus menanti dikala aku berkasanova seketika memandangkan Abg Pan sibuk menyebarkan propaganda beliau di khalayak umum. Perut sudah berkeroncong kerana bulan Ramadhan sudah menjengah jauh ke tengah hari. Mana yg tak tahan, belum sempat bersarapan, mula membuka bungkusan yg berisi roti, cornflake, nasi lemak dan tak kurang juga chicken oblong yg bukan dibeli dari BBC. Aku mula memendam rasa. Walaupun Ain datang untuk menemani daku sehingga ke petang tapi itu tak membawa makna apa2 jikalau tiada Fara Deeba di sisi. Aku hanya mampu mengeluh kesah menunggu dan tepat pukul 2 petang, dan itu bermakna kelas Profesionalisme Dalam Kejuruteraan telah burn begitu saja. Maafkan daku wahai lecturer, tapi demi duit, aku sanggup menggadaikan attendance kelasmu. Kini, dengan muka tenang, pengawai PTPTN mengumumkan bahawa kedatangan dah penuh dan mengkehendaki kami pulang sebelum diusir lagi disepak terajang. Aku pulang dengan seribu kekecewaan. Ariff datang kepadaku dan kami berdua dah sepakat sehati sejiwa untuk ke pejabat PTPTN yg terletak di KL Sentral. Setibanya kami di sana, kelihatan ramai golongan beratur. Adakah mereka senasib dengan kami atau tidak? Terus daku menekan button untuk mendapatkan angka giliran. Sementara menunggu berpuluh lagi yang hendak diselesaikan, maka kami berdua mengambil kesempatan untuk berfacebooking seketika menggunakan komputer yg disediakan sebelum disergah oleh pengawai keselamatan di sana.
Kami terkesima lalu terduduk di tempat duduk yg disediakan di depan kaunter. Tak lama kemudian, ada seorang senior menegur kami, dengan khabarnya dari UIA dan sedangkan menjalankan soal selidik. Aku dengan senang hatinya menerima pelawaan abang tersebut. "Laman web dewasa yang anda selalu layari?". Aku terkedu. Apa punya questionnaire ni? Aku serba salah serta keseganan. Pipi aku pun dah blushing merah macam Girl's Generation tu. Abang tu tersenyum kambing je seraya mengucapkan terimas kasih selepas angka giliran kami disebut berkali2.
Aku mula melangkah dan duduk. Baru nak mengayat tapi terbantut sebab akak kaunter tu dah menunjukkan ciri2 beliau dah mendirikan rumah tangga tak kurang dari 7 tahun yg lalu. Aku mengeluh, Ariff mengharap. Aku mula bertanyakan tentang masalah kami ini dan kami berbincang seolah2 jumhur ulama' sedang bermuzakarah mengenai sesuatu maslahat. Lastly, setelah berdebat ala parlimen di situ, akak tu simply je kata, "sori lah, kat sini tak terima borang agreement tu. korang kena gak gi hantar kat wakil PTPTN kat U masing2 eh". Aku cuba untuk membidas tapi ini bukan gelanggang Raja Lawak untuk berbuat demikian. Aku dan Ariff saling berpandangan, terkecewa seketika. Duit PTPTN tak dapat sedangkan tambang KTM ke KL Sentral pun kami tanggung sendiri. Kenapa KTM tak buat free ride bagi sesiapa yg nak pergi pejabat PTPTN tu eh?

*lepas tu kami pun teruja main vending machine berdekatan pejabat tu. seronok :D


No comments:

Post a Comment