Thursday, August 12, 2010

gadis bertudung labuh

Kali ni aku terkedu melihatnya dari jauh, apatah lagi dari dekat walaupun dalam novel Alaf 21 banyak menyatakan degupan jantung kian kencang tatkala menghadapi saat tersebut, tapi yg peliknya, aku terasa tenang cuma aku blush seketika dan terus berjalan menghiraukan pandangan sarwa ke atas seorang muslimah yg kebetulan melintas depan daku selepas tarawih tadi. Cantik. Lemah lembut beliau dengan mengenakan tudung warna favourite diriku, pink lembut dan terasa ayunya menyerlah dikala tudungnya lembut dipuput angin, seperti diusik2 dan dia masih lagi tersenyum, walau bukan padaku ditujukan senyumannya itu. Adakah daku...?
Dia dalam AJK Jaksa biro kerohanian, ternyata memang wajib dia memilih ajk berkenaan sedangkan aku hanya diletakkan dalam AJK kebajikan sebab aku gatal2 pilih ajk berkenaan dan ajk kerohanian dalam pilihan kedua. Baru aku sedar kepentingan jawatan Naqib semasa di sekolah mahupun matrik dahulu kala namun ianya sudah berakhir dan kali ini ku harus berdepan dengan suasana baru, yakni, mari menjaga kebajikan pelajar dalam pentadbiran yg matrealistik sekalian~
Aku cuba mencari dia di facebook, tapi masakan seorang ustazah bertudung labuh mempunyai akaun facebook dikala mereka semua sudah melancarkan kempen anti yahudi dan mula memboikot segala produk yahudi dan sekufu dengannya. Aku terkesima namun pasrah sambil menempuh hari2 yg pasti dengan lambakan assignment malah berhadapan dengan lecturer yg tak pernah mengenal erti penat dalam hidup mereka. Semangat mereka ku kagumi sekali tapi tak ku sanggup berdiri tegak sambil membuka telinga dan pandang ke hadapan selama 2 jam berturut-turut. Aku terasa blur dikala mencari kepada persoalan ini. Layakkah daku untuk mereka?

"...perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..."
[An Nur:26]

Aku merenung panjang erti sebuah ayat tersebut. Dalam maknanya dan adakah aku seorang kasanova bakal bertemu gadis pisau cukur? Oh, ku harap semua ini dapat dijauhkan sama sekali dan impian daku, memiliki sebuah keluarga bahagia seperti mereka di luar sana. Insya-Allah, walaupun sekadar blue print lagi~

1 comment:

  1. betul2.
    insyaallah,,kau pasti ketemu bunga yg indah..
    selamat beramal..;)

    ReplyDelete