Tuesday, August 3, 2010

sebuah kad matrik

Rashid Sibir bikin drama dalam hati ada cinta, tapi jiran2 saya kata dalam hati ada perasaan, mak saya kata cinta itu datang dari hati, tapi Ustaz bagi tazkirah dekat surau kolej Pendeta Za'ba kata dalam hati kena ada Allah, Rab kita. Aku terdiam seraya tak mampu berkata2 dikala malam semalam, lepas solat Maghrib berjemaah, lidahku kelu dan suara terasa gagap sedangkan selama ini aku dah biasa melakukan peranan sebagai pembaca taklim. Maha suci Allah.
Dikala suatu pagi, daku mengenakan sebuah jaket KJUT, yg pada mulanya aku anggap sebagai jaket lame sebab tak sehebat jaket FPI mahupun FSSK, yg berwarna hitam lagi ada print di belakangnya. Ku terharu walaupun dewan kuliah tak pasang aircond menyebabkan daku berpeluh seolah2 bermandi di Desa Water Park di pagi hari, tanpa berendam. Suasana indah permai di kala lecturer di depan umpama cacing kepanasan seraya budak2 dah gunakan nota kuliah untuk mengipas2 kiri dan kanan bak cheer kolej Ibrahim Yaakob. Dalam setengah jam kemudian pabila peluh jantan mula memercik di dahi, aku cuba berimaginasi jikalau Ariff Putra ada sekali di sebelah daku walaupun pada hakikatnya beliau di kuliah JKAS masa kini. Daku keletihan.kemengantukan.apatah lagi kebosanan dek ketidak fahaman yg melampau menyelinap sanubariku. Aku teringat kuliah Profenialisme Dalam Kejuruteraan dimana lecturer telah menegaskan bahawa tiada gunanya students faham apa yg diajarkan apabila masuk kuliah, seraya, Daus yg kebetulan itu duduk bersebelahan dengan aku, membuat serangan balas dengan mengeluarkan statement, "..kalau masuk kuliah tah faham, baik duduk dalam bilik baca slideshow ni je, sama tak faham.." diselangi beberapa carutan selepas itu. Aku tak kisah sebaik saja Farah Deeba kebetulan duduk di row daku, sebelah 3 seat dari daku. Bahagia tapi ku control macho dikala dalam kuliah, ternyata kemaskulinanku tak jelas kelihatan.
Berbalik kepada kisah tadi, berikut adalah first time aku pakai jaket KJUT ke kuliah, dan aku dapat merasakan aura bangga sebaik saja menyarungkan ke tubuh daku, dikala budak2 FTSM apatah lagi FST tidak terdaya mengalami apa yg aku rasakan tapi sayang aku lupa nak button up jaket tu, jadi ia kelihatan seperti tersembur keluar dimana disitu juga ku kepilkan kad matrik, dengan harapan kemas dan kejap. Segalanya berjalan dengan lancar tatkala ku rasakan kuliah itu hanya cukup syarat untuk lepas diriku dari ditahan untuk exam kelak. Dengan langkah yg agak perlahan dalam 5km/h, ku menuju ke tangga KJUT, dengan harapan berbunga untuk lepak di bilik.
Beberapa jam kemudian, ketika aku bersedia untuk kelas favourite daku, Kemahiran Menulis, aku cuba mencapai lagi jaket berkenaan dan ajaibnya kad matrik aku sudah tiada tersisip di situ. Ku mencari2 sekitar bilik dan sekufu dengannya tapi yg patah kali ini tak tumbuh kembali. Apakah dosaku? Apa yg pasti, ku kehilangan kad matrik!

*hilang kad matrik pun nak bikin cerita ke?

No comments:

Post a Comment