Saturday, August 21, 2010

kembara identiti

Sebaik saja bulan Rejab melabuhkan tirai dan para umat Islam kian bersungguh menyambut kedatangan bulan penuh rahmat, yakni Ramadhan al-Mubarak, aku pula sibuk nak menyambut kehadiran motosikal baruku, biasa je, tak sehebat Yamaha 135 LC, namun tak juga seteruk Zaku Merah*. Aku kebingungan kerana dengan pantas saja aku dah boleh keluar masuk ke kampus dan lenjan sekitar Bandar Baru Bangi dengan sepuasnya. Maka terimiginasi seketika aku bershopping sakan dalam bazar Ramadhan dekat PKNS dan paling cikai sekali depan Shell Seksyen 6. Ouh, bahagianya tatkala angin bayu berpuput deras terhadapku. Tapi, sakit sekali pabila meter tangki petrol menunjukkan bacaan merah, menandakan tangki merasa haus melayan karenah daku untuk ke sana ke mari, bagaikan pak mat tempe excited dapat basikal baru. Aku perlu sedar, ini bukan basikal GT, malah BMX tapi sebuah motor, berenjin lagi berkaburator berjenama Honda. Duhai motor, kenapakah kau begitu meminta di saat aku kesuntukan pitis nak isi perut daku yg cinonet ini? Kau kejam! Kau zalim! Dalam keadaan aku beremosi, motorku tak juga bergerak sendiri dan tak juga bertukar jadi Autobots. Haih~
Dengan kehadiran motor itu juga, membuatkan aku belajar sesuatu akan erti kehidupan yg tak pernah daku jangkakan dalam kuliah Calculus Vector yg dasyat dari blog Kari Ngeri itu.

::sebuah erti lafaz cinta::
Dalam lagu KRU yg agak feymes masa aku darjah 2, Jangan Lafazkan kali ni betul2 teruji dengan test subject, kawan aku, satu fakulti, satu kelas, satu sekolah, satu kejiranan dan satu Malaysia dan daku yakin benar tiada siapa yg tidak sudi mengenali insan tersebut. Beliau memintaku menghantarnya ke suatu tempat dan diyakini kesahihan lokasi tersebut. Aku hanya menurut perintah memandangkan aku saja nak test power motor baru ni, sama ada boleh gerak jauh ke tidak dengan full throttle. Mula memasuki kajang, aku terpandangkan Sate Kajang Haji Samuri di Bangunan Dato' Nazir, tatkala masa itu baru saja fasa permulaan bulan Ramadhan. Dengan hati yg tabah, ku redah jua kawasan pekan Kajang dan mula memasuki lebuh raya Cheras Kajang tapi apakan daya, kami tersesat ke kawasan perumahan rumah idaman aku, Prima Saujana. Bagaikan dalam lamunan, member aku suruh maju ke hadapan seraya menerjah dengan berani ke lebuhraya Kajang-Silk. Semuanya menjadi mudah apabila terdapat signboard menuju ke Putrajaya. Tak semudah yg disangka kerana kami menempuh kembara halangan dikala kami terlepas ke suatu simpang lantas kami terpesong dari jalan yg benar. Nasib baik ada guard room di kilang Petronas membawa kami kembali ke jalan yg benar. Maka, member aku kali ni temui cinta sebenar tatkala mereka bagaikan Ribena dan Lemon, ianya merupakan gabungan mantap gitu dikala aku sedang enak tertidur dalam surau ditemani abang2 Afrika serta anak mereka yg berkeliaran dalam bahasa yg aku kurang fahami.

::makna hidup::
Kali ni aku drive seorang diri nak pulang ke rumah, tapi jahat sikit, aku cuba lari dari Jaulah tempatan dengan alasan mak aku dah masak special di rumah, nanti kesian Uncle Chong sebelah rumah kene habiskan. Dalam suku perjalanan mencecah simpang ke JB, hujan mula lebat membasahi diriku yg terkapai2 kesejukan dan arus kedinginan yg hebat. Aku terus pulas throttle, mencari2 tempat berteduh yg ada. Jumpa dan apa yg aku kagum, big cruiser Naza pun behenti berehat menanti hujan teduh. Aku terkesima. Jaket UKM hitam aku dah basah lencun, nak sarungkan terasa macam sarungkan baju sejuk eskimo yg kena jemur di ampaian kt Malaysia je. Tak lama aku lepak dan aku cuba mencuri masa walaupun aku tahu sangat mencuri itu adalah salah, dengan membaca notes calculus yg sememangnya tak pernah ku fahami. Kenapa calculus tu susah sangat nak faham? Macam mana nak menjamin kebahagiaan antara daku dan calculus jika kami berdua saling tidak memahami? Ouh, tidak, ku tidak tegar sama ini sekali lagi. EX5 merah datang berhenti depan daku. Seorang India, dengan berpakaian kemeja nipis tanpa sweater itu nyata kesejukan. Lalu dibukanya baju dan di hempas pulas agar kering seketika. Terserlah keseksian badan beliau dan aku rasa bertuah kerana ketiadaan kaum hawa di situ, kalau tak, aku dah tak sanggup imagine sorang2. Seram siot! Aku mula2 buat tak tau je tapi abg tu dah tegur aku seraya aku senyum sokmo je. Dia suka sebab gaya aku seakan friendly. Dia keluh kesah kerana dia dari Melaka ke Ampang. Bile dengar Melaka je, aku tetibe teringat lak Zaty Faisol ngan Afiq kat sane dan perjalanan tersebut hanya mengambil masa 2 jam setengah tapi memandangkan hujan selebatnya dan memaksa dia berhenti dari tempat ke suatu tempat, ianya ternyata memakan masa selama 6 jam. Aku terkesima. Macam dari Puduraya nak ke Kepala Batas pun ada juga. Dia terpaksa berhenti kerana dia membawa surat2 dari pejabat majikan di Melaka. Takut basah surat2 tersebut katanya. Dia mengeluh aku memerhati dengan pandangan sarwa. Adat kehidupan, begitulah rencahnya walaupun aku tak pernah hantar mana2 surat melainkan kad raya.

::kena psycho::
Aku teruskan perjalanan lagi ke hadapan dikala hujan semakin renyai2 dan hanya gerimis di lautan. Abg tersebut dah nasihatkan diriku supaya nantikan hujan tu betul2 dah berhenti sebelum bergerak, sebab dia dah berpengalaman terpaksa berehat selama 4 kali berturut, dari Melaka. Dalam 10 minit kemudian, masa tu aku dah sampai simpang ke Seri Kembangan dan kelihatan signboard RNR Serdang, tak berapa jauh dari situ walaupun aku agak rabun serta visor cap Bogo menghadap medan visualku. Dengan tidak diduga dan aku seolah2 musafir di ribut taufan, hujan turun dengan selebat2nya membuatkan daku kuyup sekali lagi. Aku singgah ke RNR Serdang kerana aku tiada pilihan lain dari menggadaikan jaket UKM daku yg basah lagi berat dek density air hujan amatlah tinggi berbanding dengan petrol Primax di Petronas berdekatan. Ada seorang abg lagi sedang menanti hujan reda, muka kelihatan seperti Syafiq Mustafa, member aku masa di matrikulasi dahulu kala, cuma matured sikit, tak banyak. Aku dengan excited seraya menegur, abg tu agak terkejut dengan reaksi spontan diriku dan mula tersenyum kambing. Segalanya berjalan seperti biasa sehinggalah~
Abg tu mula menanyakan kurier daku, dengan mengenakan jaket UKM, abg tu membuat tafsiran bahawa aku adalah staff di sana. Kenapa la dia tak kata aku salah seorang professor muda di UKM? Kesian kat aku ni menanti jawapan yg tak pasti. Amat tak relevan. Aku mengaku diriku sebagai student Mecky. Abg tu impressed lalu dia menceritakan kisah silam beliau di alam U di UiTM sebagai pemegang tersohor diploma dengan degree. Baru je grad 2 tahun lepas tapi masih lagi menganggur. Kesian. Abg tu sempat berkata, dia tersalah pilih course semasa diploma dan dia sangat terseksa selama 3 tahun malahan kena repeat setahun. Aku terkesima. Lantas dia cepat2 tukar course masa nak sambung degree tapi aku terkedu memikirkan 4 tahun terhabis begitu saja.

"kau amek engineering, memang bangga jadik student engineering, orang pandang kita, tapi, kau, betul ke kau minat? jangan jadi macam aku, bikin diploma 4 tahun sebab extend, pointer pun 2 something je kau tau tak, sebab aku rasa terbeban tak dapat tukar course, lepas habis je diploma, baru aku rasa lega dan alhamdulillah, aku pilih course mana aku suka masa degree, result pun boleh la dalam 3 pointer. better kau buat keputusan, cepat"

*aku masih lagi terkesima dikala hujan makin berhenti dan aku, tanpa segan silu, tak pandang belakang, terus salam abg tu dan pulas throttle sekuat hati.

No comments:

Post a Comment