Monday, August 16, 2010

puasa dan busy


Semakin hari semakin terasa bahangnya kesibukan seorang budak KJUT, maka dengan secara tidak ku sengajakan buat kali pertama pada bulan Ramadhan yg mulia ini, aku tak dapat nak cater blog ni buat sementara waktu seperti mana aku rajin mengepost seraya tak buat test JPJ masa cuti2 dahulu kala~
Ada apa dengan gambar di atas? Itulah diriku tatkala berada di UKM sementara mencari sesuatu yg lebih baik untuk ku adaptasikan selain dari menempek dalam bilik, merewang dalam facebook dan bermain dengan AutoCAD. Ouh, daku sayang sangat2 pada dirimu duhai AutoCAD, tanpamu hidupku sepi tanpa kata. Lepak, mencapab tak tentu arah, bersosial, gelak tawa, kutuk mengutuk, basuh baju tanpa mesin basuh Samsung, assignment melimpah ruah, dan berkasanova*. Itulah life aku sebagai insan kerdil dalam UKM, sesungguhnya sangat besar lagi memenatkan jikalau nak berjoging ria dari kolej Keris Mas ke KJUT lagi2 dalam bulan Ramadhan ini. Insya-Allah, amat mujarab bagi sesiapa yg tak mampu membeli produk Jusmate Dr Rozmey kerana asyik berjoli dengan modal PTPTN anda sekalian. Apa2 pun, tinggal 4 tahun nak struggle dalam UKM ni sebelum daku berangkat ke Uganda bagi menjalankan misi kemanusiaan terhadap binatang ternak di sana dan bagi budak2 fakulti lain, jangan dikau kerek2 seraya berhidung tinggi bak Eiffel Tower kerana dirimu akan graduate dalam jangka hayat 3 tahun lagi.
Walau apa pun jua, sempat juga ku ingin ucapkan selamat berpuasa dalam kesempitan mengejar kuliah sehinggakan ada yg terpaksa berbuka dalam dewan kuliah dan tanpa diduga, lecturer dah siap bawa bekal yg disediakan oleh para2 isteri mereka. Alangkah indahnya sebegitu rupa~

*aku je mampu berkasanova..haha

1 comment: