Saturday, June 26, 2010

sebuah drama tipu

Selepas megadrama dekat TV3 malah puas aku layan Nur Kasih tu, aku dihujani dengan drama bersiri di Facebook yg aku rasa mengalahkan drama Bawang Putih Bawang Merah. Ada je watak baru nak muncul lepas tu claim nak jadi leading character pula. Aku dah pening sedangkan baca buku Campbell pun tak mengelirukan sebegini rupa. Kalau drama ini ditayangkan di siaran Uganda, nescaya kesemua rakyat akan menderita sakit otak yg kritikal. Jadi, apakah yg harus aku lakukan dari drama bersiri tidak berepisod lagi berepilog tersebar merata ke seluruh alam? Aku bukan Kamen Rider Stronger untuk melakukan semua kerja2 ini malah aku sanggup lagi masak cheese burger di McD yg dekat2 dengan A&W. Bukan ada niat terselindung tapi sekadar nak mencuci mata di kala tanganku kesakitan terkena minyak panas Cap Seri Murni. Sudah2, aku nak berhenti dari segala lakonan ini walaupun ianya tiada kaitan antara yg hidup mahupun meninggal dunia. Aku tak larat lalu aku pohon untuk bersara walaupun aku tak pernah ke layar perak walaupun Perak di Semenanjung Malaysia dan perlu lintas ke sana sebelum ke Changlun.
Jadi izinkan aku pergi, lantas aku pun terdelete profile Facebook aku dengan secara sengaja. Ooopsss~

*tiada sebarang kucing tercedera dalam pembikinan drama bersiri berkenaan. harap maklum

No comments:

Post a Comment