Monday, June 7, 2010

outing momento SKBTS 2010

Baru2 ni, aku menyahut seruan cik Nuri untuk mengadakan reunion sekolah rendah aku, SKBTS. Barang sesiapa yg tak mengenali kewujudan sekolah ini, maka wajib beristigfar kerana SKBTS ni merupakan sekolah yg agak lama dah di-establish since tahun 2001 lagi. Plan ni sebenarnya dah lama dikemukakan oleh cik Nuri kita sendiri dan aku agak excited sebab lama sangat dah kitorang tak berjumpa. Rindu aku kian menebal seolah2 rindu kat orang yg tersayang walaupun aku selalu merempit tahap dewa di sekitar Besraya. Di mana ada kemahuan, di situ ada HIGHway~


Inilah wajah2 yg pernah menyemak kat SKBTS, tak kira masa dan waktu. Main kejar sepanjang koridor, baling roket kertas ke bawah sehingga wak tukang kebun kena kutip sampah sarap yg kami bikin dan yg paling best, kitorang masing2 cuba untuk buat yg terbaik dan impress depan semua orang. Ada yg berjaya menempa nama pada zaman tu tapi, bagi diriku, aku hanya mampu memerhati dari bawah dan tersengih keseorangan macam kerang yg dah tamat tempoh. Namun, bagi aku, aku tak kangan kesemua ini kerana ianya akan datang dengan sendirinya dan aku yakin semuanya akan berubah dengan pantas seperti Kamen Rider Trial Accel. Haih, begitu pantas sekali meninggalkan alam sekolah rendah dan apa yg dapat ku perhatikan, segalanya dah berubah.
Cikgu Razak dah mendirikan rumah tangga manakala Cikgu Saperi, Cikgu Rosli hilang tanpa khabar berita. Dan yg paling aku tak percaya, Cikgu Ridzwan dah tembam! Daku tak sangka yg cikgu begitu memahami daku~

*aku wish this sweet moment boleh berulang~

No comments:

Post a Comment