Monday, June 28, 2010

kisah loqlaq

Tatkala aku melepak depan TV semata2 untuk usha World Cup, tiba2 abah aku tanyakan sesuatu. Bagi aku, ianya ternyata amat pelik dan soalan ni tak pernah ditanya oleh siapa2 malah CEO Indah Water Sdn Bhd itu sendiri.
Abah dengan lagak gaya bermuka selamba di kala aku tengah blur2 tengok bola disepak terajang oleh pemain2 yg terlibat. Adakah bila aku akan melihat Sir Alex Ferguson akan menyepak bola sehingga kasut kulit beliau tertanggal lalu terkena referee yg berkepala botak licin sehingga menampak silauan umpama kamera DSLR Nikon D60. Kemudian, Abah menanyakan soalan ini dan aku terasa seolah2 dalam Who Wants To Be A Millionaire? Seram.

Abah: "Bang, kalau satu rumah flat ni, satu tingkat ada 10 rumah dan ada dalam 20 tingkat. Berapa jumlah rumah
flat tu?"
Aku: "Ada la dalam 200 rumah"
Abah: "Kalau setiap pagi, semua orang dalam 200 rumah tu buang air, berapa banyak yg terkumpul kat loji tu?"
Aku: "Seorang sekilo, maka jumlah semua 200 kilo sehari...."
*Daku menjawab dengan bermuka suci.Innocent sangat.

Abah aku dah tergelak2 dah kebetulan mak aku masa tu dah makan. Mak aku tak boleh tahan benda2 macam ni, asyik nak hilang selera dia dan kerja aku lah yg mengepau hasil peninggalan berkenaan. Jadi, adakah aku perlu lakukan semasa orang lain sedang layan Kenny Rogers Mid Valley? Barangkali di McD Taman Connaught agar aku dapat merasa MegaMc secara berbayar walaupun dengan potongan harga sebanyak 0.01%. Kejap2, berapa berat MegaMc?


*awas, jangan muntah terbahak2 selepas membaca post ini. sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment