Friday, June 4, 2010

jalan kejora

Bila matahari kian melabuhkan tirainya, di kala drama Shah Jihan sedang berkumandang di TV3, aku dah siap segalanya, cuma tunggu azan Maghrib je untuk daku gerak ke surau. Entah, macam mana boleh terasa sangat letih, seolah aku terguna Absorb Queen dalam Rouzer System aku. Bagaikan terleka, aku siap buat kuak lentang atas sofa lalu terlelap. Gelap je tanpa apa2 mimpi. Aku bagaikan tersesat dalam ruang dimensi yg gelap pekat kaku. Apakah ini dua alam seperti yg digemburkan oleh Dr Rozmey baru2 ni? Malam ni merupakan malam petunjuk bagi diriku yg sedang hanyut dalam arus kekacauan baru2 ini dan aku terpaksa survive walaupun ini bukan siri Survival atau Fear Factor. Final Form Ride!
Selepas Isyak, aku ingat nak jumpa mualaf yg singgah sebentar di Al-Falah. Kononnya dia dari Penang. Mukanya suci, bersih dan apa yg aku perasan, dia begitu tawajjuh pada Allah. Aku kagum dengan beliau. Inilah penerima hidayah Allah dan imannya tegar kepada perkara2 lagha. Bukan senang nak jumpa orang2 yg macam ni, silap haribulan boleh jadi Ustaz Farid Ravi yg satu lagi. Amin. Aku berharapan dapat sembang dengan dia, tapi kejap dia menyusul meninggalkan aku termanggu2 bersendirian. Nasib baik AJK surau tolong aku tapi nak buat macam mana, takde rezeki nak jumpa dia juga. Haih~
On the way nak balik, aku terjumpa Ariff, yg kebetulan nak jumpa aku mengenai open table yg diorganise malam esok. Alang2 dah jumpa, aku bukak story aku mengenai masalah aku siang tadi. Dia hanya dengar dan dia berkongsi cerita dengan aku. Aku minta pendapat dia, sebab dia lagi berpengalaman dari aku dalam arena ni. Aku terkesima. Macam2 dia bagi nasihat kat aku dan aku harus tabah dengan dugaan hidup yg serba mencabar ini. Tiada normal atau hard mode. Just follow je flow dia macam mana yg telah ditetapkan. Lepas aku balik, Bat call aku and aku puas hati dengan cara dia. At least, dia dah menjauhkan diri aku dengan masalah yg kian meruncing ni. Aku kesian tapi aku tak berdaya sebab aku tak serap Mana health lagi. Recharging~
Aku minta maaf banyak2 kepada siapa2 yg disakiti, tersakit, menyakitkan oleh kerana aku. Akulah punca dan akulah yg perlu membaiki segala keadaan walau tanpa playar muncung tirus. Aku tersekat kerana aku tak boleh melihat orang lain berduka sedangkan aku bersuka ria. Jadi biarlah aku layan lagu "Biarlah Ku Sengsara Sendiri" by Sudirman dulu. Nak dengar? Sila download sendiri la ye. Tenkiu so muh! Kan dah keluar kecheck Kelantan aku lagi ni~

*membuatkan aku taubat nasuha

No comments:

Post a Comment