Tuesday, June 1, 2010

balik kene pecah



Lepas habis kerja kami di Klang selepas 3 hari, aku dan Abg Daud pun segera pulang ke rumah atas sebab urusan masing2 di rumah kelak. Aku tak kisah, tak balik lagi seminggu pun takpe sebab aku dah malas nak stay kat rumah. Ternyata aku dah rimas duduk rumah lama2 dan aku inginkan kebebasan mutlak secara terkawal malah aku juga dah berbaik dengan jiran tetangga di sekitar Kemuning ni. Kini, tibalah masa untuk ku kembali pulang setelah sekian lama di situ. Hatiku berbelah bahagi sebab nak berpisah dengan orang2 yg banyak mengajar aku di masa itu tapi inilah adat pertemuan, tentu ada yg berpisah. Aduih, mula la tu nak tangkap leleh di sini tapi apakan daya, ini bukanlah sebuah epilog Alaf 21. Jadi, dengan segera aku punggah barang2 dalam van Abg Daud dan tinggalkan Klang. Bye2 Klang, kenang daku dalam doamu!
Dalam perjalanan pulang, kami tak henti2 sembang tentang input yg kami dapat semasa 3 hari di Klang dan aku bersyukur kerna dapat berjumpa dengan macam2 orang di sana. Moga ku ketemu lagi ye tapi entah bila hanya Tuhan saja yg mengetahui. Kali ni Abg Daud tanya aku jalan dan aku dengan selamba je tunjuk ke mana2 disusuli muka confident tahap dewa. Abg Daud senyum je pastu ikut mana yg aku tunjuk. Aku rasa dia tau aku silap tapi dia macam tak kisah langsung. Aku terdiam dan rasa hormat aku terhadap Abg Daud kian menebal. Kami masuk je mana2 jalan sampai la masuk ke KESAS juga. Pandai juga Abg Daud cari jalan walaupun tanpa GPS. Sedang kami berbual, selepas tol Sg Besi, kedengaran seperti tayar meletup tapi aku tak tahu tayar siapa. AKu ingatkan tayar lori balak mana2 ke tapi lepas Abg Daud kata tu tayar van dan dia segera park sebelah kiri jalan walaupun tahu risiko dia. Aku dah blur, sebab tak pernah experience benda2 macam ni. Main pop2 aku reti la, asalkan bunyi meletup juga walaupun kedengaran peronda polis asyik bagi warning. Itulah kenangan di masa aku kekanakan ribena dulu tapi situasi kian getir. Abg Daud suruh aku buka tayar spare kat bawah van dan at least aku tolong die juga dari usha je dari awal. Susah juga Abg Daud yg asyik buat kerja, menimbulkan jealous terhadap aku.
Tak lama kemudian, satu trak datang, dua orang pekerja KESAS datang, kononnya nak menolong. Tapi diorang silap sebab tak bawa jack. Diorang hanya bawa diri sebab diorang ingat kami menganggu lalu lintas lebuhraya. Aduyai, aku dah geleng kepala tapi takpe la, sebab diorang ikhlas nak tolong. Mula2, nak buka tayar, dah jadi satu problem sebab shield rim tu buat hal sampaikan semua blur nak buka benda tu. Macam2 cara dapat dilihat, cuma nasib baik tak sampai tahap diorang nak gigit tayar tu. Sekali kopek je dengan screwdriver je dah settle. Kemudian, masalah kian meruncing apabila nak buka nat2 di tayar berkenaan. Kitorang cuma ada spanar je tapi abg2 KESAS tu kata van Ford ni kena pulas anti-clockwise. Punyalah payah nak buka sampai tersembur kechek Kelantan dia. Itu menimbulkan keseronokan bagi aku sebab aku dah lama tak berkechek dengan siapa2 since aku habis matrikulasi. Kecian pun ada juga sebab diorang nak pulas sampai berpeluh2 demi tayar tu.
Entah macam mana, diorang try pulas ikut arah jam, tetibe nat tu jadi longgar pula. Kitorang semua berdekah kat situ juga sebab kesengalan kitorang. Ada ke patut, bersusah payah sebab silap pulas? Nasib baik tak gune Hammer Grip ala2 Eye Shield gitu.
Tibalah giliran jack kereta pula. Tapi Abg Daud kata dia dah lama tak gune jack tu dan kedengaran bunyi desingan sebab karat. Lepas jack, ternyata jack tu pendek tak cukup untuk naikkan van tu, jadi tak dapat la nak tukar tayar. Masalah tetap ada dan abg KESAS tu minta aku cari batu untuk buat alas jack. Aku merayau2 tepi jalan tu dan jumpa seketul bata tapi tak digunakan sebab awal2 lagi diorang dah jack kat tengah van tu. Tapi, benda yg sama berulang, van tu tak nak naik juga. Uih, Abg Daud letak Calci-Yum ke dalam van ni sampai susah sangat nak jack. Kitorang dah pening, macam nak settlekan masalah ni. Aku minta abg KESAS call unit kecemasan, tapi dia kata unit tu tak masuk bertugas lagi time tu. Kitorang je dah cemas tapi redha je la dan tak lama kemudian, ada unit lain dari lebuh raya lain yg menjelma. Dengan pantas abg2 KESAS tu tahan. Jack sebesar tapak gajah diorang bawa keluar dan lantas terus jack van tu. Simple je Abg Daud tukar tayar. Dalam 10 minit. Aku rasa nisbah ada jack dengan takde jack dekat 1:6 kot. Sempat lagi aku berkira tanpa kalkulator.
Selepas kemas balik barang2 sekalian dan ucapkan sepatah dua kata, kami pulang. Memang memenatkan tapi itulah dinamakan kepuasan yg tak terkata kerna pertama kali dalam sejarah bukan KBSM, aku alami tragedi pecah tayar!

*nasib baik van tak kena pecah dengan malaun2 sekalian



No comments:

Post a Comment