Thursday, June 3, 2010

probs setel~

Maximum drive. Rider Kick! Raksasa tiba2 mengerang kesakitan lalu meletup sehingga membaraikan isi perut beliau yg penuh dengan isi ayam Kentaki yg baru di belanje semalam. Kesian tapi itulah riwayat sang durjana malah kisah Hang Rajuna Tapa lebih sesuai untuk tontonan kanak2 ribena di taska sekalian. At last! Aku berjaya bertukar menjadi King Form lalu menghayunkan Royal Straight Flush kepada masalah2 seperti Undead2 yg bertebaran menganggu keamanan manusia sejagat. Sekali lagi, letupan yg amat dasyat dari mercun ketupat kedengaran sehingga memaka polis peronda memberi amaran keras macam kayu balak supaya jangan berperang di situ. Tanpa disedari, mereka berkenaan tidak mengetahui bahawa satu hero telah menggunakan seluruh kudratnya untuk mencetuskan tenaga zahir dan batin dari Sang Super Saiya. Pedulikan je la diorang tu, tak termasuk dalam epik Mahabbrata pun.
Kali ni aku terasa aku dah ambil langkah yg benar2, selepas bermuzakarah dengan Baqir malam semalam. Betul juga apa dia cakap, kita tak boleh main2 dengan apa jua, begitu juga dengan api, bila kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan walaupun ianya tak macam Tekken. Last sekali, dia katakan pandai buat, pandai la tanggung. Aku terkedu. Ayat2 tu bukanlah ayat2 cinta tapi frasa tu aku dah berulang2 kali dengar dari sekolah rendah lagi. Akhirnya, terkena balik kat aku. Aduih, apa yg harus ku lakukan sedangkan ianya dah berlaku? Bawalah ku terbang, jauh2 dari segala carca marba yg mengusutkan pemikiran daku yg suci bak minyak masak Murni ditapis 2 kali.
Adakah perjanjian telah dicemari dengan segala tipu daya perasaan? Please, give it a life. Aku bukan siapa2, hanyalah lelaki gelandangan bagi gadis2 kayangan~

*asal aku dalam mood jiwang karat semenjak due menjak ni?

No comments:

Post a Comment