Wednesday, June 23, 2010

UPU lagi..?

Loading. *aku tengah duduk atas kerusi depan PC aku dengan tenang
Error. *aku dah garuk2 kepala yg penuh dengan kutu kucing jiran sebelah rumah dah
Out of connectivity. *terasa macam nak bagi rider kick je kat lappy aku ni

Begitulah perasaan aku dikala aku bersandiwara di depan skrin yg jelas menunjukkan kata2 "selamat datang ke UPU". Apakah erti di sebalik semua ini di mana aku hanya mampu membaca tanpa Kamus Dewan di sebelah malah tok kadi planet Namek pun tidak akan mengerti apakah simbolik bagi UPU berkenaan. Aku terus menyelidik tanpa usul periksa. Nak kata crack, hack, pijak, aku ni apalah sangat sedangkan aku bukanlah pakar IT mahupun mekanik kat bengkel kereta dan penyaman udara Ah Seng. Last, but not least, aku gagal menembusi tembok pertahanan UPU yg agak kebal bagaikan bilik kebal di KMK sekalipun. Final step, aku shut PC dengan masalah bandwith macam siput seraya aku menyumpah seranah macam Harry Potter.
Malam, sekali lagi, aku try out, ternyata sama seperti petang tadi, lantas aku beralih arah ke facebook demi menyelamatkan diri aku yg keboringan tahap maximum drive. Ramai dah update wall masing2 dengan result U. Aku dah cemburu buta maka aku gagahkan diri nak check UPU walaupaun harapan kian tipis. Sekali lagi error. Aku terkesima. Harapan kian pudar sampai la member kuliah aku dulu, Mahmud offer nak tolong semakkan. Aku bersyukur sebab ada juga insan yg sudi menghulurkan simpati terhadap insan2 suci seperti daku.
Aku dah agak, di kala aku terasa tak sedap badan macam kena demam chikunguya dan aku mendapat tempat di UKM, dan ianya sangat dekat dengan rumah aku. Kalau nak pergi sana, dalam 20 minit je kalau nak naik kereta dan agak2 dalam 4 minit kalau menggunakan kapal korek. Aku baru nak layan Dendang Perantau tapi apakan daya, adakah lagu2 berkenan dapat berkumandang dalam KTM tatkala aku dari Cinta Bandar Tasik Selatan ke UKM.
Walau bagaimana pun, kelibat member2 aku ramai yg dapat UKM sekali sehingga menyesakkan bekalan oksigen di UKM berkenaan tapi sayang, ke mana perginya budak matrik Kedah sekalian? Barangkali ke planet Namek.

"macam biasa. seperti rakyat biasa. senyum. tenang. dalam hati sentiasa ada Yang Maha Kuasa. waktu suka apatah lagi waktu duka. sabar. senyum lagi. tenang. dunia bukan kita yang punya. Allah punya. tercampak ke mana pun, wahai anak muridku, akan sentiasa selamat. percayalah. sila senyum.."

*kata2 dari Pn Hanim di mana aku dulu selalu tidur dalam kelas dia. akhirnya, aku sendiri yg merujuk kepada beliau kerana kata2nya benar2 berlaku dalam hidup aku sekarang. adakah ini dejavu?

2 comments: