Saturday, July 3, 2010

sebuah erti kenangan

Tetibe je terasa nak buka Microsoft Word tapi tak tau dengan file apa yg ada. Lappy baru format jadi dalam My Doc adalah kosong serba serbi tanpa sebarang virus2 Brontok di situ. Haih, apa ni? Bukankah tujuan aku melobi abah untuk belikan lappy ni sebab nak bikin kerja2 yg menimbun masa di matrik tu dulu ke? Hari ni hanya dalam sejarah. Lalu, aku teringat akan pendrive yg agak lama aku pendamkan dalam case lappy itu. Transcend 1GB warna hitam. Aku dapat masa di PC fair 2008. Autoplay. Start. Apa la yg aku simpan segala khazanah dalam pendrive ni ye? Usang habis. Ada je folder2 lama dan menarik perhatian aku, folder Blog Bestarianz. Sebenarnya aku plan nak buat official blog untuk kelas 5 Bestari 2008, tapi apakan daya, aku ni dulu jenis hangat2 najis ayam je. Maafkan daku ye cik Nizam yg handsome lagi kacak. Satu file ni, Apa maksud kawan, yg aku pernah tanyakan kepada classmateku sekalian, mengenai pendapat mereka tentang erti kawan bagi mereka. Ini mungkin merepek umpama Zizan Raja Lawak, tapi percayalah, sebuah siratan hati ini takkan berkata dusta lagi padon semata2. Ini menimbulkan tanda tanya, sejak bila aku pandai bermadah macam Othman Puteh?


*Someone who can really share our happines, sadness and everything whether a male or female. We can help each other, talk to each other without any problems in communication. "A friend in need is a friend indeed".

*A person that u know n friend la.

*Kawan merupakan teman yang boleh share probs, orang yang paling rapat ngan kite, bole tolong kite time susah n senang.

*Kawan orang yang membantu n tolong, mengambil berat, sekepala.

*Kawan ialah orang yang memberi inspirasi, memberi pertolongan serta membantu dalam pelbagai tugas dan perkara.

*Kawan = someone yang bukan ******, he's suck.[mungkin dia maksudkan seseorang dalam kelas aku].*

*Kawan Adalah Warna Alam Ni![bila digabungkan jadi K.A.W.A.N]

*Kawan ialah seseorang yang berada bersama kita semasa gelak atau menangis, dan menerima segala kelemahan kita.

*Kawan adalah tahap ketiga bagi seseorang di sekitar kita. Yang paling tinggi adalah saudara, kemudian sahabat rapat. Yang jelas, mereka bertiga sama-sama senasib perjuangan dan lebih mengutamakan sahabat dari yang lain.{kecuali family korang sumelar}

*Kawan ialah sahabat yang boleh menerima kelebihan dan kelemahan diri kita seadanya. Dapat memahami, bertolak-ansur dengan diri kita. Juga dapat menggembirakan dan menyenangkan hati kita.

*Kawan@sahabat yang baik adalah individu yang sentiasa memahami dan menghormati rakannya. Hormatilah rakan kita sebagaimana kita menginginkan rakan menghormati diri kita.

Inilah hasil outcome yg aku dah survey, bagai nak rak aku pujuk rayu bagaikan kasanova pingian semata2 untuk diorang berikan komen seketika. Aku teringat lagi macam mana aku dapatkan idea ni dan bermula dari share2 kertas kajang lepas tu main pass2 sekitar kelas tatkala Mr Chan tengah mengajar di depan. Pada mulanya aku nak diorang tahu bahawa Fareez Izwan ni wujud dalam kelas 5 Bestari, tapi nampaknya bukan cara ini untuk mencari perhatian walaupun aku kalah dengan Bowe, yakni seorang pendatang baru, bagi aku, ianya bukan sekadar omongan kosong malah repekan semata2 tapi segalanya datang dari ikhlas, barulah ianya dinamakan PERSAHABATAN~





berdasarkan database yg telah selama ni daku pelihara serta write protected:

fikri - UPM
ariff - UKM
zabri - upper 6 SMK Sg Besi
dayah - UiTM Kuantan
tikah - upper 6 VI
MASBAB- upper 6 VI
nancy - upper 6 VI
mahmudah - UiTM Kuantan
fiqa - UiTM Kuantan
capik - UMT
lynn - UCSI
aliif - IKBA
mel - IB
nada - POLISAS
aku - UKM
thirah - UPM
eika - UiTM
padmini - entah. ada yg kata dia gi India buat medic
harris - medic di Rusia bumi kenyalang
rachel - SEGi college
sheeba - lost contact~
syahir - UiTM Kuantan


Walau di mana jua kita berada, aku sentiasa berharap agar dapat ku temu mereka ini semua, dan dijangka lagi 3 tahun akan diadakan reunion secara mega. Kita tengok nanti.

Tuesday, June 29, 2010

1st time usha akad nikah

Apa yg aku perasan sejak kebelakangan ini, lagi2 di masa cuti sekolah, ramai yang diijab kabulkan terutama di Muqarrabin. Aku sendiri tak faham kenapa dengan cuti sekolah sedangkan yg kahwin bukan budak sekolah. Aku berfikiran positif bahawa budak2 sekolah adalah skuad penghabis lauk2 kenduri yang entah berapa tempayanpihak catering take in dengan van Pajero masing2. Apa yg pasti aku tak dijemput tapi bila keluar je, ada yg letak free gift dalam raga motor aku. Beg besar malah nampak gah, tapi dalam tu ada gula2 serta bahulu sebiji. Apakah sebungkus nasi minyak, ayam masak merah, kuah dhal serta dalca timun agak tak muat untuk beg free gift tu? Tiba2, pandangan aku beralih ke arah marplay bawah Blok D Tasik Height. Roti canai, i miss u so much~
Aku dengan Abg Adi lepak sekali untuk tengok majlis akad nikah sebaik saja para jemaah habis ba'diah Isyak.Aku mula2 tak nak tengok benda2 macam ni, better aku facebooking tapi sampai bila aku nak mengelak? Ini adalah tutorial bagi aku dan aku alami perkara sedemikian rupa dalam 10-11 tahun akan datang. Aku hanya merancang, jangan salahkan aku kalau aku naik pelamin lagi awal dari korang. Terasa macam lelaki suci pula di sini dan sesungguhnya daku tak bersalah. Jadi, jangan dakwa daku dengan mengenakan spekulasi liar.
Pengantin berpakai baju putih simbolik kepada kesucian. Cantik dan kemas tapi aku tak berapa gemar dengan fesyen pihak perempuan. Kalau korang selalu duduk tanpa ke mana2 malah access facebook via iPhone, maka korang akan terkesima dengannya. Atau hanya sandiwara daku semata2? Pihak lelaki dah duduk depan tok kadi seraya bermuka kecut macam ayam kena perap nak buat BBQ. Tok kadi berperanan menenangkan pihak lelaki dengan meminta beliau untuk mempraktis lafaz akad nikah serta cepat2 tanyakan nama bakal isteri dalam sekelip mata lagi. Si spectator asyik buat lawak ala Mr Bean dengan harapan pihak lelaki dah kurang nervous seraya mampu mengucapkan lafaz akad tersebut dengan sekali lafaz sahaja.
Selepas itu, tok kadi memulakan khutbah ringkas, mengenai hukum2 berkahwin, jenis2 talak serta tanggungjawab masing2 dalam institusi kekeluargaan. Aku pula yg beri fokus seolah2 aku berada dalam kuliah maghrib di Al-Falah. Aku usha pihak lelaki termanggu malam muka macam faham sebenar2nya. Pihak perempuan di belakang tersipu2 malu di kala mak mertua sedang mengusap2 tudungnya yg terjurai. Sedang di belakang, ada awek hot berbaju merah ambil perhatian aku. Nasib baik la di masjid dan dia hanya pakai shawl, terserlah sejambak rambut bukan hitamnya di depan. Aku cuba ignore malah nak delete dia dari pandangan daku. Justeru, aku pandangan pihak lelaki yg agak gabra apabila tok kadi nak masuk stage lafaz akad nikah. Tok kadi minta pihak lelaki bawa bertenang. Macam2 pihak lelaki kena interrogate dengan tok kadi dan nampaknya bapa mertua pihak lelaki nampak puas hati serta tak lupa tersenyum simpul melihat prestasi bakal menantunya. Bersedia? Dengan sekali lafaz saja sudah membuktikan bahawa pihak lelaki sah menjadi suami kepada pihak lelaki walaupun suara pihak lelaki berkenaan selembut bayu di tepi Pantai Cahaya Bulan. Kemudian, tok kadi sekali lagi membaca doa, tak panjang dan aku segan nak tanya tok kadi tu, jadi aku dengar je la seraya berkomentar seketika dengan Abg Adi. Tak berapa panjang sehingga membuatkan aku menguap2 keletihan. Selepas itu, pihak lelaki dikenakan melafazkan lafaz taklik pula. Aku dah tak faham apa2 protokol lagi dah, just follow je trail tok kadi yg lengkap berserban ala2 mujahidin itu. Selepas melafazkan lafaz taklik, maka selamatlah pasangan tersebut diijab kabulkan. Maka, aku berharap yg terbaik untuk mereka berdua dan apa yg penting, aku bakal mendapat habuan nasi minyak tak lama lagi serta pakej gula2 Hacks.







*Masa lafaz nikah tersebut, dengan secara tak semenanya aku terberangan seketika di saat "Aku terima nikahnya [isikan tempat kosong] dengan mas kahwinnya berwalikan ayahnya sebanyak RM 80 tunai". Dengan sekali lafaz saja aku dah sah menjadi suami Lisa Suriani, eh silap, kepada bakal isteri daku, tapi entah siapa. Kita tengok siapa yg terkena dan mengenakan. Wait the minute. Kenapa aku pula yg tersipu2 malu ni?

Monday, June 28, 2010

kisah loqlaq

Tatkala aku melepak depan TV semata2 untuk usha World Cup, tiba2 abah aku tanyakan sesuatu. Bagi aku, ianya ternyata amat pelik dan soalan ni tak pernah ditanya oleh siapa2 malah CEO Indah Water Sdn Bhd itu sendiri.
Abah dengan lagak gaya bermuka selamba di kala aku tengah blur2 tengok bola disepak terajang oleh pemain2 yg terlibat. Adakah bila aku akan melihat Sir Alex Ferguson akan menyepak bola sehingga kasut kulit beliau tertanggal lalu terkena referee yg berkepala botak licin sehingga menampak silauan umpama kamera DSLR Nikon D60. Kemudian, Abah menanyakan soalan ini dan aku terasa seolah2 dalam Who Wants To Be A Millionaire? Seram.

Abah: "Bang, kalau satu rumah flat ni, satu tingkat ada 10 rumah dan ada dalam 20 tingkat. Berapa jumlah rumah
flat tu?"
Aku: "Ada la dalam 200 rumah"
Abah: "Kalau setiap pagi, semua orang dalam 200 rumah tu buang air, berapa banyak yg terkumpul kat loji tu?"
Aku: "Seorang sekilo, maka jumlah semua 200 kilo sehari...."
*Daku menjawab dengan bermuka suci.Innocent sangat.

Abah aku dah tergelak2 dah kebetulan mak aku masa tu dah makan. Mak aku tak boleh tahan benda2 macam ni, asyik nak hilang selera dia dan kerja aku lah yg mengepau hasil peninggalan berkenaan. Jadi, adakah aku perlu lakukan semasa orang lain sedang layan Kenny Rogers Mid Valley? Barangkali di McD Taman Connaught agar aku dapat merasa MegaMc secara berbayar walaupun dengan potongan harga sebanyak 0.01%. Kejap2, berapa berat MegaMc?


*awas, jangan muntah terbahak2 selepas membaca post ini. sekian terima kasih.

Saturday, June 26, 2010

sebuah drama tipu

Selepas megadrama dekat TV3 malah puas aku layan Nur Kasih tu, aku dihujani dengan drama bersiri di Facebook yg aku rasa mengalahkan drama Bawang Putih Bawang Merah. Ada je watak baru nak muncul lepas tu claim nak jadi leading character pula. Aku dah pening sedangkan baca buku Campbell pun tak mengelirukan sebegini rupa. Kalau drama ini ditayangkan di siaran Uganda, nescaya kesemua rakyat akan menderita sakit otak yg kritikal. Jadi, apakah yg harus aku lakukan dari drama bersiri tidak berepisod lagi berepilog tersebar merata ke seluruh alam? Aku bukan Kamen Rider Stronger untuk melakukan semua kerja2 ini malah aku sanggup lagi masak cheese burger di McD yg dekat2 dengan A&W. Bukan ada niat terselindung tapi sekadar nak mencuci mata di kala tanganku kesakitan terkena minyak panas Cap Seri Murni. Sudah2, aku nak berhenti dari segala lakonan ini walaupun ianya tiada kaitan antara yg hidup mahupun meninggal dunia. Aku tak larat lalu aku pohon untuk bersara walaupun aku tak pernah ke layar perak walaupun Perak di Semenanjung Malaysia dan perlu lintas ke sana sebelum ke Changlun.
Jadi izinkan aku pergi, lantas aku pun terdelete profile Facebook aku dengan secara sengaja. Ooopsss~

*tiada sebarang kucing tercedera dalam pembikinan drama bersiri berkenaan. harap maklum

malam yg suram

Penangan dari Brazil dan asakan dari Portugal nampaknya tidak membuahkan hasil sekali. Selama sejam setengah di Ali atas membuatkan aku terasa seolah2 membuang masa begitu saja dan hasil pelaburan aku dine-in bihun goreng serta Kickapoo. Kekecewaan melanda sanubari setiap insan di Ali di kala keputusan seri 0-0 tanpa gol. Apakah erti semua ini? Aku terkesima lantas pulang di kala aku panas dengan abg waiter yg tak reti nak guna calculus masa nak kira apa yg kitorang makan. Gaya bahasa yg kerek tahap full charge membuatkan aku nak rider kick je sama dia tapi aku maintain cool je manakala Anas dah maki2 abg tu betul2 hao liao punya~
Walau macam mana sekalipun kritikan pedas umpama Adlin Aman Ramli, namun abg waiter tu tetap control macho depan customer yg lain, padahal yg datang hanya budak2 sekolah. Adakah......?

aku nak refund la weh!!

*thanks to Afiq bagi dia bawa 125X dia, dan aku terasa itulah the best experience aku bawa motor dalam hidup aku. bila lagi aku nak merasa lenjan guna Belang 150 pula eh?

ada apa dengan trafik light?

Merah.Kuning.Hijau. Itu bukanlah perubahan Kamen Rider Trial Accel tapi itu adalah mekanisme lampu isyarat. Mungkin anda semua amat mengenali kehadiran lampu2 berkenaan di jalan raya walaupun sinar cahaya tak seterang lampu suluh berkuasakan bateri Everady. Sedang aku teman mak aku drive kat sekitar Desa Tasik ni, aku mula perasan macam mana lampu isyarat ni berfungi. Aku nak tau sangat2 dan siapakah dalang di sebalik lampu isyarat berkenaan. Tanpa kira hujan atau panas, ia tetap tabah menjalankan tugas tanpa meminta apa2 pun dari pengguna jalan raya. Oh, lampu isyarat, ketabahan dikau menawan hatiku yg lara ini~
Mak aku berhenti di simpang. Ada dalam 5 lampu isyarat displayed menghadap sudut masing2 dan apa yg aku perasan yg atas sekali, bertentangan dengan aku. Kebetulan mak aku dapat lane depan sekali. Aku usha je, tanpa berkelip. Aku fikirkan segalanya mengikut rentak masa, tapi aku terkesima bila ada lampu yang tak mengikut apa yg aku perhatikan selama ini. Jadi, adakah lampu isyarat ni random semata2? Kalau begitu, siapakah yg mengawal segala gerak geri lampu berkenaan? Tiba2 terkeluar spekulasi yg lampu ini dikawal oleh orang yg mempunyai kuasa psikik? Nasib tak bengkok tiang lampu berkenaan dikerjakan oleh manusia berkenaan tapi apa yg aku lihat tiang itu seakan2 teguh dan keras malah tak terkesan walaupun disepak terajang oleh lelaki durjana yg menjalankan keganasan domestik. Baru bertemu buku dan ruas.

*kalau rosak je, dah jammed jalan. menyusahkan!

Wednesday, June 23, 2010

UPU lagi..?

Loading. *aku tengah duduk atas kerusi depan PC aku dengan tenang
Error. *aku dah garuk2 kepala yg penuh dengan kutu kucing jiran sebelah rumah dah
Out of connectivity. *terasa macam nak bagi rider kick je kat lappy aku ni

Begitulah perasaan aku dikala aku bersandiwara di depan skrin yg jelas menunjukkan kata2 "selamat datang ke UPU". Apakah erti di sebalik semua ini di mana aku hanya mampu membaca tanpa Kamus Dewan di sebelah malah tok kadi planet Namek pun tidak akan mengerti apakah simbolik bagi UPU berkenaan. Aku terus menyelidik tanpa usul periksa. Nak kata crack, hack, pijak, aku ni apalah sangat sedangkan aku bukanlah pakar IT mahupun mekanik kat bengkel kereta dan penyaman udara Ah Seng. Last, but not least, aku gagal menembusi tembok pertahanan UPU yg agak kebal bagaikan bilik kebal di KMK sekalipun. Final step, aku shut PC dengan masalah bandwith macam siput seraya aku menyumpah seranah macam Harry Potter.
Malam, sekali lagi, aku try out, ternyata sama seperti petang tadi, lantas aku beralih arah ke facebook demi menyelamatkan diri aku yg keboringan tahap maximum drive. Ramai dah update wall masing2 dengan result U. Aku dah cemburu buta maka aku gagahkan diri nak check UPU walaupaun harapan kian tipis. Sekali lagi error. Aku terkesima. Harapan kian pudar sampai la member kuliah aku dulu, Mahmud offer nak tolong semakkan. Aku bersyukur sebab ada juga insan yg sudi menghulurkan simpati terhadap insan2 suci seperti daku.
Aku dah agak, di kala aku terasa tak sedap badan macam kena demam chikunguya dan aku mendapat tempat di UKM, dan ianya sangat dekat dengan rumah aku. Kalau nak pergi sana, dalam 20 minit je kalau nak naik kereta dan agak2 dalam 4 minit kalau menggunakan kapal korek. Aku baru nak layan Dendang Perantau tapi apakan daya, adakah lagu2 berkenan dapat berkumandang dalam KTM tatkala aku dari Cinta Bandar Tasik Selatan ke UKM.
Walau bagaimana pun, kelibat member2 aku ramai yg dapat UKM sekali sehingga menyesakkan bekalan oksigen di UKM berkenaan tapi sayang, ke mana perginya budak matrik Kedah sekalian? Barangkali ke planet Namek.

"macam biasa. seperti rakyat biasa. senyum. tenang. dalam hati sentiasa ada Yang Maha Kuasa. waktu suka apatah lagi waktu duka. sabar. senyum lagi. tenang. dunia bukan kita yang punya. Allah punya. tercampak ke mana pun, wahai anak muridku, akan sentiasa selamat. percayalah. sila senyum.."

*kata2 dari Pn Hanim di mana aku dulu selalu tidur dalam kelas dia. akhirnya, aku sendiri yg merujuk kepada beliau kerana kata2nya benar2 berlaku dalam hidup aku sekarang. adakah ini dejavu?