Saturday, June 19, 2010

Trip Sungai Congkak

Sedetik saja lagi untuk masa yg Roy, Aliff, Mel, Anas, Afiq, aku dan sekutu yg lain telah bincangkan, tak kira di Ali mahupun Muqarrabin tiba. Akhirnya, setelah ramai yg kecundang dengan tuntuan masing2, nama2 yg tersebut juga yg jadi the last man standing sebelum kami konvoi beramai2 ke Sg Congkak. Menurut peta dunia, Sg Congkak berada di Selangor, bukannya di Uganda seperti yg aku impikan selama ini. Aku terkesima walaupun motor aku tak mampu aku bawa aku ke Afrika untuk usha Piala Dunia. Barang2 aku main sumbat je dalam raga motor tu sebab ayah aku tak nak pasang box kat belakang motor, sebab dia kata tak bergaya untuk dibawa ke sana ke mari. Aku terkesima memandangkan box tu bukan sebesar Proton Exoria. Lalu, aku bergegas ke port pertama kami, Ali atas untuk menanti siapa2 yg belum tiba malah baru nak bikin taik mata. Afiq kelihatan letih sangat sebab baru balik dari kerja shift malam. Anas dah cuak sebab Afiq yg bakal drive dan ubat terbaik, Afiq order roti canai dan teh tarik sebagai ubat tahan tidur. Agak efektif dan berkesan dari pil Chi Kit Teck Aun nampaknya. Aku hanya mampu melihat sebab tangki perut aku masih lagi penuh kena bubuh dengan nasi goreng buatan mak daku. Seorang demi seorang sampai sampai la dalang kepada semua trip kami, Roy datang dengan Lagenda 110Z beliau. Dia nampak selamba malah sebelum dia sampai lagi segelas teh ais dah terhidang untuk beliau. Aku tertanya2, bagaimanakah beliau mampu berbuat demikian sedangkan Ali tak menyediakan perkhidmatan on call. Semua dah ada, cuma Mel lewat sikit sebab dia rushing dari Bandar Putra, agak jauh di situ kalau dilihat dari satelit. Bowe je tak dapat datang sebab dia ada hal yg tak dapat dielakkan dan terpaksa dirempuh beliau. Nasib baik hidung dia tak kemik macam bumper kereta abah aku lepas accident.
Afiq dah kenyang dan semua dah ready, maka kami berentap menuju ke destinasi. Aku agak kabut sikit disebabkan motor aku mengidam nak bermanja dengan daku. Kena la start banyak kali di khalayak ramai sebab motor aku takde electric starter. Spark plug pun macam dah usang sangat je lagi2 dengan timer yg amat pantas mematikan enjin motor daku. Aku dengan tabah hati start motor dengan mengenepikan maruah aku yg tercalar. Akak yg drive Wira kat sebelah dah tersenyum2. Tak tau la dia tergoda dengan lagak gaya aku seperti Rossi. Mel bagi kata2 memberangsangkan, agar aku jangan panik tak tentu hala sebab ni 1st time aku redah bawa motor jarak jauh. Paling jauh pun sebelum ni aku drive sampai ke Giant je. Itupun sampai kat tempat park.
Kali ni aku perlu berdepan dengan situasi yg mencabar. Aku perlu memulas throttle sekuat hati sehinggakan aku ingin terbang walaupun aku selalu layan Bawalahku Terbang by Fabulous Catz. Tapi takkan aku nak terbang dengan motor aku sekali? Sungguh ku tak sanggup sedangkan aku bukanlah Superman walau gayaku seperti Faizal Tahir.
Sejam setengah perjalanan membuatkan daku terasa begitu kebas sekali, tapi pintu gerbang Sg Congkak membuatkan kami terlupa segala perit jerih untuk ke sana tapi malangnya, akak kaunter pintu masuk tak lupa nak pau RM 2 seorang dari kami.
Ramai orang sedang berkelah dengan family masing2, sebab masa ni tengah cuti sekolah. Jadi banyak la kanak2 ribena yang sedang seronok bersuka ria. Aku layan je la, sebab aku tak pernah alami masa aku budak2 dulu.
Kitorang cari port paling jauh dan bebas manusia2 sekalian. Segalanya baik tapi masalahnya nak set up arang mengambil masa yg sangat lama sehinggakan aku mampu menjadi arang kalau dibiarkan perkara tu berterusan. At last, selepas berendam sambil mengipas bagai nak rak, maka terhasillah BBQ yg amat special untuk dinikmati, lagi2 dengan titik peluh kitorang sedangkan aku rasa aku tolong diorang habiskan ayam2 berkenaan.
Masa kitorang berendam dalam air tu pula, kitorang dah terasa macam dalam peti ais sebab air dia macam mengalir dari pergunungan Alps je. Sejuk sangat! Aku terasa di Antartika cuma tak nampak je beruang kutub kat sini. Lepas kitorang celup je kaki kitorang, lagi2 kaki aku yg berbau stoking tak basuh 32 hari, ikan2 dalam air terus serang kaki kitorang, pastu main gigit2 manja pula. Afiq dengan Mel dah geli2 semacam tapi inilah spa ikan di mana ianya murah dan berkesan dari Spa Q.
Kebetulan ada scout tengah camping kat situ juga, dan aku tengok diorang asyik ke hulu ke hilir bawa kayu. Aku pun tak tau diorang nak buat apa dengan kayu kayan berkenaan. Mungkin nak bina tugu negara pula kat sini kot.
Dah selesai membedal ayam2 berikut, kami pun beransur pulang dengan kepuasan yg tidak tergambar sebab dah habis Kodak. Apabila sampai di Desa Tasik, kitorang pit stop kejap dan apa yg pasti, muka Roy yg kacak tu dah terserlah kepenatan yg amat dan paling kesian, Mel sebab kena patah balik ke Bandar Putra. May the force be with him tapi tidak bagi aku kerana sebaik sampai di rumah aku terus baring macam tak sedarkan diri. Nasib je tak mimpi ayam beronggeng dekat Bukit Bintang.

*penat tapi ketegaq nak buat lagi lepas ni

Friday, June 18, 2010

cuti: dual mission!

Sekian lama aku bertapa di rumah, akhirnya, mama daku mengarahkah untuk menjadi bodyguard adik aku. Mission aku: excort adik sampai lrt Pudu dan hantar sampai depan tution Martin. Aku terkesima, bahkan Tom Cruise pun belum mampu nak bikin mission ni sebab payah sangat dan apa yg mustahil aku tidak dibenarkan menggunakan apa2 gajet mahupun Inspector Gadget. Fuh, peluh jantan terpercik di dahi, menandakan mission ni amat berisiko tinggi, namun apakan daya, aku terpaksa dan dipaksa mempertaruhkan nyawa daku demi menjaga keamanan manusia sejagat. Jap, kite berehat sebentar bersama roti Drogba~
Perjalanan dalam lrt membuatkan daku berdebar dengan mataku setiap detik liar memerhati keadaan sekeliling, bukan bahaya mana pun, cuma takut terlepas stesen di mana aku sudah 2 tahun tak pernah naik lrt. Selepas stesen Chan Sow Lin, aku dah mula alert, dan mula mencari dimanakah Pudu. Hanya selepas itu tapi aku seolah kehilangan arah kerana terpukau dengan suasana KL diluar sana. Bagaikan rusa masuk kampung, aku termanggu sampai la akak interkom tu memekak, menandakan tren tiba di Pudu. Aku tersentak seraya aku keluar dengan muka yg agak macho di situ. Misi selesai sebaik saja daku tiba depan tution Martin tapi sedang aku terenung, aku teringat yg aku pernah belajar di sini dan ponteng pun di sini. Apakan daya, aku hanya seorang lelaki yg polos untuk belajar dalam masa yg sama godaaan Kota Raya amat kuat sekali.
Dalam perjalanan pulang, ingin saja aku naik tren ke Masjid Jamek, untuk akses ke Jalan TAR, tapi entah, macam mana aku dapat idea gila nak berjalan kaki ke sana. Aku lihat menara Maybank sebagai end point aku. Tak jauh tapi tatkala aku berjalan, aku dah terasa lenguh. Nampaknya, mataku mula menipu diriku. Nak tutup mata nanti jatuh longkang pula. Tiada pilihan melainkan berjalan. Banyak kedai motor di sekeliling dan aku terasa macam nak rembat je Aprillia yg taukei kedai tu park tepi kaki lima. Namun, aku tak reti nak bawa moto mahal sedangkan Honda 70 pun aku tercungap2 nak start. Aku teruskan perjalanan sehinggalah aku nampak Times Square yg betul2 di sebelah kiri aku. Begini rupanya Times Square jika dilihat dari sudut belakang. Camouflage semata2. Aku bersimpati terhadap dikau dan aku dapat merasakan pasaraya SKMJ jauh lebih cantik darinya.
Aku teruskan lagi sehingga aku merentasi balai polis Hang Tuah, tempat lama abah aku. Mungkin officer kat sini dah kena tukar, jadi tak ramai la yg mengenali daku. Aku perasan, ada 3-4 orang polis sedang tunggu depan hotel, nak cekup pelacur barangkali sebab banyak sangat hotel murah kt situ. Kalau iman lemah, entah2 aku pun dah terjebak sekali masa tu. Aku sekali lagi, bermuka suci lalu tersenyum simpul pada abg polis. Dia usha pelik, aku gerak cepat2, takut juga dia anggap aku ni mat bangla yg berlegar2 di KL. Aku dah letih, masa ni aku lintas Puduraya, yg tengah di-renovate. Smart gak dia nak tukar exactly macam terminal bas dekat Bandar Tasik Selatan.
At last, setelah melewati St John Cathedral, kini aku mula mengorak langkah yakin dan serta merta aku mncilok di celah2 manusia siap dengan bau ketiak yg bermacam2. Mungkin Rexona perlu melakukan kempen gune deoderant selepas ini. Daku lihat bermacam karenah orang kat situ, jual macam2, semata2 nak sara hidup tapi aku hanya mampu menatap dan berharap mereka lebih bahagia.
Pustaka Mukmin betul2 depan aku. Dengan langkah yg agak bangga, aku masuk ke dalam seraya bertanyakan kepada taukei kedai mengenai misi sulit aku. Dia menunjukkan arah belakang, dekat rak hujung sekali. Aku perasan ada gadis sedang usha kitab Hadis 40. Muka suci je dan nampak macam takut2 bila aku nak lintas depan dia. Apakah dia cuak sebab aku terlalu hensem bagi dia untuk menatap wajahmu yg suci ini? Aku tak peduli, janji misi aku tercapai dengan saksamanya. Aku mula survey, banyak jenis lagi dalam English, menyukarkan aku untuk memilih. Aku selak2 isi dan maknanya. Macam baca karya Shakespeare pun ada, tapi aku pilih Ar Rahman sebab bahasa dia senang nak difahami lagi2 untuk mualaf yg baru nak kenal erti Islam ni. Sambil aku bawa ke kaunter, aku harap apa yg aku buat ni jadi asbat kepada penyebar hidayat ke seluruh alam. Insya-Allah.

*kill two birds with one stone pada hari tu dan aku insaf tak nak jalan kaki dah


Saturday, June 12, 2010

momento Bestarianz

Dipengaruhi anasir kebosanan serta kelapangan masa yg melampau setelah sekian lama berada di rumah. Aku mula nak melakukan ekspedisi cari gali album yg aku built masa form 5. Bila aku usha balik kenangan semasa di 5 Bestari tu membuatkan aku sebak, terasa macam nak nangis puas2. Banyak sangat pengalaman yg aku tempa di mana itulah kelas 1st yg aku rasakan aku betul2 mix dengan girls. Macam biasala, aku agak akward bila nak adapt dengan situasi baru sedangkan lagu Situasi by Bunkface pun feymes lepas aku SPM. Bila dah macam tu, banyak la try and error aku lakukan dalam kelas. Nak tergelak pun ada bila difikirkan tapi semua tu tinggal sejarah dan sebanyak aku kenang aku tetap tak akan kembali walaupun ada replika pisau Prince of Persia tu.
Banyak gambar yg aku snap secara sengaja mahupun curi2 tulang tapi sikit saja aku muatkan dalam album sebab nak print lagi mahal dari cuci Kodak. Aku pula takde elaun JPA mahupun tabung Bersamamu masa tu sampai la sekarang. Walau sekeping je gambar yg ada, itu dah membuatkan daku tangkap jiwang. Aduih, itulah penangan memori cinta luka.
Gambar di atas adalah kad birthday yg they all bagi kat aku, complete dengan signature semua orang termasuklah bestfriend aku, Syahir sebelum dia pindah ke sekolah lain. Beginilah tradisi 5 Bestari, dimulakan dengan Dayah ngan Tikah yg bagi birthday card kat semua orang since Bowe lagi. Aku appreciate sangat2 kad ni sebab inilah yg membuatkan aku sayang sangat kat depa semua. Aku tak kisah andai kata aku hanyalah bertepuk sebelah tangan.
Cuma bila dah lepas sekolah ni, aku ternanti2, sampai bila aku nak keep in touch dengan diorang ye? Sedangkan member2 aku ramai yg dah lost contact dan dah mulakan hidup baru masa kat matrik. Adakah aku saja yg terperangkap dengan masa lalu sebab kesilapan tersebut?

Friday, June 11, 2010

aku, dia dan A&W..

Dah dua kali benda ni jadi dan aku sendiri tak tau kenapa jadi macam ni? Adakah aku ter-respons secara fully automatik lantas aku menghasilkan force ala2 Star Wars gitu? Kali ni aku gerak ke Giant Taman Connaught, bagi sesiapa yg berada di Alam Damai, anda hanya perlu berjalan kaki saja. Bagi warga Bandar Tasik Selatan seperti aku ini, motor itu je la peneman untuk aku sampai ke sana. Kecuakan melanda diri bila aku memasuki lebuhraya. Paling aku seriau bile ade je lori 16 tayar sibuk nak cilok2 sebelah aku. Teras juga aku nak bom lori tu, biar berkecai 5 kerat! Oleh sebab kembara berhalangan di highway berkenaan, maka aku terpaksa menjadi seorang penunggang motorsikal yg amat berhemah. Terima kasih kepada JPJ kerana bagi daku lulus ujian lesen. Jasamu dikenang.
Kini, Giant tidak jauh di mataku, kira2 3 nautika dari pandanganku. Oleh kerana kagum dengan maskot dinosaur Giant, maka dengan tidak kusedari, aku terlanggar lubang. Nasib baik rim tayar motorku diperbuat daripada alloy, kalau daripada kayu kayan, maka bersepailah ia walaupun sekuat kayu jati cap kapal layar. Namun, dengan muka yg selamba, aku redah saja lubang situ kerana pekerja gali lubang tapi lupa tutup lubang di jalanan. Tiba di perkarangan Giant, terdapat beberapa shop lot di situ dan yg pertama dari row tu betul2 menarik perhatian aku. A&W? Ini bukanlah skandal semasa aku di SMKBTS dulu tapi apakah punca aku tertarik di sana? Aku terkesima dan aku cuba untuk mengintai di dalam, setiap sudut A&W dari luar. Aku mencari2, tapi tak juga kutemui. Ada 2-3 yg pakai tudung, dah la warna sama membuatkan ku terkedu seraya tak dapat mengecam siapakah dia. Nyesal juga aku tak pinjam teleskop kat makmal fizik SMKBTS. Kalau boleh, aku tak nak lepaskan pandangan aku ke arah A&W tu, agar aku dapat menatap wajah si Dia, tapi apakan daya, depan aku ada speedtrap la, dan aku terpaksa selekoh masuk ke Giant dan park. Hajat hati nak masuk ke A&W kejap, untuk imej yg jelas dan nyata tanpa dengung. Tapi aku segan dan takut kalau2 Dia tak senang melihat kelibatku walaupun aku mengenakan baju maskot beruang A&W itu. Biarlah, aku merindui dikau walaupun kau tetap tak sudi dan sayonara A&W.
Dikala aku mendekati A&W itu, hatiku berdegup kencang bagai nak gila. Aku hanya mampu merenung A&W dan kelihatan akak tengah keje kat dobi sedang tersipu2 malu. Apakah?

Thursday, June 10, 2010

bosan gile kot~~

Aduhai kebosanan yg teramat, tidak daku pinta kau menerjah ke sanubariku yg kegersangan keseronokan di kala aku ingin menghela nafas2 cuti walaupun penuh dengan karbon monoksida oleh kilang biskut Munchy's. Di saat aku meratap pemergian kipas2 berdaunkan wang ringgit dan ianya ternyata lagi berharga dari rupiah. Adakah aku yg salah atau hanya cereka saja? Namun, ku mencintai dikau kerna kau memberi aku kebahagiaan di dunia yg fana ini. Dengan kau, aku mampu merembat Mc Value Lunch sepuas hatiku walaupun kolestrol tinggi dan aku yakin Jusmate Dr Rozmey mampu menyelesaikan masalah lemak berlebihan. Dapatkannya di pasaran sekarang!
Sehingga sekarang, aku tak tau nak buat apa, menyebabkan serebrum aku pecah kerana ligat berfikir menjadikan otak aku berputar 4000 rpm, tak ditambah dengan torque yg tinggi. Kan dah terselit fizik sekali dalam ni. Tu belum lagi Bio, karang tak pasal2 jadik Bio-Shock.

Sesungguhnya aku KEBOSANAN tahap maximum drive dah ni. Apa yg harus daku lakukan demi membendung gejala yg kian meruncing ni? Talian hayat please.

Wednesday, June 9, 2010

sebuah tragedi

Dikala aku termenung keseorangan, aku terperasan kucing jiran aku asyik baring2 manja dekat belakang rumah tuan dia. Ekspresi muka macam nak bajet comel depan aku, menggoda. Aku terkesima dan terasa macam nak gentel kucing tu sesuka hati disebabkan bulunya yg amat gebu mengalahkan bulu beruang koala di kutub Utara. Fuh, nasib baik aku ingat lagi iklan susu Enfagrow tu. Akan tetapi, niatku terhalang kerana pagar yg mencanak tinggi dan mampu mencederakan jari jemari ku yg selembut kulit bayi. Aku hanya mampu menatap kucing berkenaan setelah aku dapati beliau meracau tak keruan kerana mendambakan belaian aku. Aku terus berlalu meninggalkan kucing berkenaan ke-seekoran untuk mengelakkan keadaan bertambah parah dan aku tidak pula ingin menjadi paria pada saat2 kritikal begini. Aku kehairanan. Kenapa aku menjadi kegilaan kucing2 semenjak dua menjak ini? Untuk menghilangkan kekusutan di dada ini, maka aku mengambil langkah alternatif untuk usha facebook demi mengalihkan igauan dari kucing2 gelandangan yg merewang ke seluruh benak hati ini.
Sedang aku surf apa yg ada dekat dekat facebook, tiba2 dan secara tak diundang aku terperasan satu link dekat wall kawan aku. Mungkin dia upload sebab dia tag kawan2 dia, tapi masalahnya tajuk tu kurang memberangsangkan la, "Kekejaman Ke Atas Kucing". Aku terkejut juga, sebab di kala Israel sibuk duduk pulun rakyat Palestin, ada pula yg bikin onar terhadap kucing2 yg tak bersalah. Sesungguhnya kucing tu tak berakal macam tuan2 sekalian jadi adakah patut hak kucing dicabuli sedemikian rupa. Jangan salahkan aku sebab kucing takde rupa Megan Fox. Rasa sebak di dada yg kosong kerana kebosanan dikala cuti ini akhirnya aku penuhkan juga dengan kesedihan melihat kucing tak terdaya terkena penangan raksasa durjana. Malangnya Kamen Rider off day dan tiada masa untuk menjalankan misi menyelamat segera. Kucing mengerang kesakitan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Maafkan aku kucing kerana ku tak bisa memilihmu.
Ended. Video tu dah habis dan aku menarik tangan yg entah bila aku tutup mukaku yg suci ni. Rupa2nya perkara tu dah lama berlaku, agak2 dalam 5 tahun lepas di mana aku masa tu masih kanak2 ribena lagi dan nak eja kucing pun entah tahu ke tidak tu. Aku berharap sangat jumpa kucing tu, tapi adakah beliau masih ada di dunia ini lagi? Jawapannya, hanya Allah saja yg tahu dan alangkah indahnya pahala bagi yg sudi menjaga kucing tersebut dan mencurahkan kasih sayang bagaikan menatang minyak yg penuh. Aku bangga kalau dapat jumpa kalian!

Tuesday, June 8, 2010

Nur Kasih

Terkedu.Terkesima.Terharu. Itulah perasaan yg aku alami dan segalanya bercampur baur tatkala aku ter-usha drama Nur Kasih kat TV9. Sejak dari sem 1 kat matrik lagi aku dah terdengar ura2 drama Nur Kasih ni dan member aku, Megat taksub sangat dengan drama ni dan apa2 je mesti dia nak promote tak kire through media massa mahupun lisan. Akibatnya, aku dah terjebak dengan drama Nur Kasih tapi aku takde peluang nak tengok sebab kat matrik aku takde TV, kalau ade pun dekat kafe je. Aku actually malas nak lepak kat kafe sebab kalau dah kat sane, nanti tangan gatal2 merayap kat tray lauk dan segera aku tapau apa yg ada. So, terbatal la niat aku yg suci lagi murni tu.
Aku suka sangat2 dengan Aidil, muka dia suci dan itu memberikan aku inspirasi untuk menjadi budiman seperti beliau dimana perfume One Drop diinspirasikan oleh wangian luar negara. Dengan cara berbual yg lembut dan perawakan yg tenang ketika berhadapan dengan sesiapa. Aku admire Aidil dan Megat pernah beritahu daku, even perempuan2 yg sosial pun nak lelaki macam Aidil. Aku kagum dan aku nak jadi macam Aidil, tak kira apa jua!

Walaupun Kedah cuti hari Jumaat, dan selalunya pada malam tu aku selalu lepak2 je dekat bilik Aidil (bukan watak dalam drama ni), tapi takde pula yg nak ajak aku tengok sekali. Pelik bin ajaib. Adakah diorang tak perasan yg aku ni Mat Drama macam Bowe kot. Nur Kasih, drama yg buatkan aku kagum for the 1st time ever~

*tengah cari link untuk download drama Nur Kasih