Monday, June 7, 2010

outing momento SKBTS 2010

Baru2 ni, aku menyahut seruan cik Nuri untuk mengadakan reunion sekolah rendah aku, SKBTS. Barang sesiapa yg tak mengenali kewujudan sekolah ini, maka wajib beristigfar kerana SKBTS ni merupakan sekolah yg agak lama dah di-establish since tahun 2001 lagi. Plan ni sebenarnya dah lama dikemukakan oleh cik Nuri kita sendiri dan aku agak excited sebab lama sangat dah kitorang tak berjumpa. Rindu aku kian menebal seolah2 rindu kat orang yg tersayang walaupun aku selalu merempit tahap dewa di sekitar Besraya. Di mana ada kemahuan, di situ ada HIGHway~


Inilah wajah2 yg pernah menyemak kat SKBTS, tak kira masa dan waktu. Main kejar sepanjang koridor, baling roket kertas ke bawah sehingga wak tukang kebun kena kutip sampah sarap yg kami bikin dan yg paling best, kitorang masing2 cuba untuk buat yg terbaik dan impress depan semua orang. Ada yg berjaya menempa nama pada zaman tu tapi, bagi diriku, aku hanya mampu memerhati dari bawah dan tersengih keseorangan macam kerang yg dah tamat tempoh. Namun, bagi aku, aku tak kangan kesemua ini kerana ianya akan datang dengan sendirinya dan aku yakin semuanya akan berubah dengan pantas seperti Kamen Rider Trial Accel. Haih, begitu pantas sekali meninggalkan alam sekolah rendah dan apa yg dapat ku perhatikan, segalanya dah berubah.
Cikgu Razak dah mendirikan rumah tangga manakala Cikgu Saperi, Cikgu Rosli hilang tanpa khabar berita. Dan yg paling aku tak percaya, Cikgu Ridzwan dah tembam! Daku tak sangka yg cikgu begitu memahami daku~

*aku wish this sweet moment boleh berulang~

Friday, June 4, 2010

jalan kejora

Bila matahari kian melabuhkan tirainya, di kala drama Shah Jihan sedang berkumandang di TV3, aku dah siap segalanya, cuma tunggu azan Maghrib je untuk daku gerak ke surau. Entah, macam mana boleh terasa sangat letih, seolah aku terguna Absorb Queen dalam Rouzer System aku. Bagaikan terleka, aku siap buat kuak lentang atas sofa lalu terlelap. Gelap je tanpa apa2 mimpi. Aku bagaikan tersesat dalam ruang dimensi yg gelap pekat kaku. Apakah ini dua alam seperti yg digemburkan oleh Dr Rozmey baru2 ni? Malam ni merupakan malam petunjuk bagi diriku yg sedang hanyut dalam arus kekacauan baru2 ini dan aku terpaksa survive walaupun ini bukan siri Survival atau Fear Factor. Final Form Ride!
Selepas Isyak, aku ingat nak jumpa mualaf yg singgah sebentar di Al-Falah. Kononnya dia dari Penang. Mukanya suci, bersih dan apa yg aku perasan, dia begitu tawajjuh pada Allah. Aku kagum dengan beliau. Inilah penerima hidayah Allah dan imannya tegar kepada perkara2 lagha. Bukan senang nak jumpa orang2 yg macam ni, silap haribulan boleh jadi Ustaz Farid Ravi yg satu lagi. Amin. Aku berharapan dapat sembang dengan dia, tapi kejap dia menyusul meninggalkan aku termanggu2 bersendirian. Nasib baik AJK surau tolong aku tapi nak buat macam mana, takde rezeki nak jumpa dia juga. Haih~
On the way nak balik, aku terjumpa Ariff, yg kebetulan nak jumpa aku mengenai open table yg diorganise malam esok. Alang2 dah jumpa, aku bukak story aku mengenai masalah aku siang tadi. Dia hanya dengar dan dia berkongsi cerita dengan aku. Aku minta pendapat dia, sebab dia lagi berpengalaman dari aku dalam arena ni. Aku terkesima. Macam2 dia bagi nasihat kat aku dan aku harus tabah dengan dugaan hidup yg serba mencabar ini. Tiada normal atau hard mode. Just follow je flow dia macam mana yg telah ditetapkan. Lepas aku balik, Bat call aku and aku puas hati dengan cara dia. At least, dia dah menjauhkan diri aku dengan masalah yg kian meruncing ni. Aku kesian tapi aku tak berdaya sebab aku tak serap Mana health lagi. Recharging~
Aku minta maaf banyak2 kepada siapa2 yg disakiti, tersakit, menyakitkan oleh kerana aku. Akulah punca dan akulah yg perlu membaiki segala keadaan walau tanpa playar muncung tirus. Aku tersekat kerana aku tak boleh melihat orang lain berduka sedangkan aku bersuka ria. Jadi biarlah aku layan lagu "Biarlah Ku Sengsara Sendiri" by Sudirman dulu. Nak dengar? Sila download sendiri la ye. Tenkiu so muh! Kan dah keluar kecheck Kelantan aku lagi ni~

*membuatkan aku taubat nasuha

Thursday, June 3, 2010

probs setel~

Maximum drive. Rider Kick! Raksasa tiba2 mengerang kesakitan lalu meletup sehingga membaraikan isi perut beliau yg penuh dengan isi ayam Kentaki yg baru di belanje semalam. Kesian tapi itulah riwayat sang durjana malah kisah Hang Rajuna Tapa lebih sesuai untuk tontonan kanak2 ribena di taska sekalian. At last! Aku berjaya bertukar menjadi King Form lalu menghayunkan Royal Straight Flush kepada masalah2 seperti Undead2 yg bertebaran menganggu keamanan manusia sejagat. Sekali lagi, letupan yg amat dasyat dari mercun ketupat kedengaran sehingga memaka polis peronda memberi amaran keras macam kayu balak supaya jangan berperang di situ. Tanpa disedari, mereka berkenaan tidak mengetahui bahawa satu hero telah menggunakan seluruh kudratnya untuk mencetuskan tenaga zahir dan batin dari Sang Super Saiya. Pedulikan je la diorang tu, tak termasuk dalam epik Mahabbrata pun.
Kali ni aku terasa aku dah ambil langkah yg benar2, selepas bermuzakarah dengan Baqir malam semalam. Betul juga apa dia cakap, kita tak boleh main2 dengan apa jua, begitu juga dengan api, bila kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan walaupun ianya tak macam Tekken. Last sekali, dia katakan pandai buat, pandai la tanggung. Aku terkedu. Ayat2 tu bukanlah ayat2 cinta tapi frasa tu aku dah berulang2 kali dengar dari sekolah rendah lagi. Akhirnya, terkena balik kat aku. Aduih, apa yg harus ku lakukan sedangkan ianya dah berlaku? Bawalah ku terbang, jauh2 dari segala carca marba yg mengusutkan pemikiran daku yg suci bak minyak masak Murni ditapis 2 kali.
Adakah perjanjian telah dicemari dengan segala tipu daya perasaan? Please, give it a life. Aku bukan siapa2, hanyalah lelaki gelandangan bagi gadis2 kayangan~

*asal aku dalam mood jiwang karat semenjak due menjak ni?

kekeliruan ternyata

Aku benci mimpi gadis2 lawa dalam mimpi. Geram satu hal tapi masalahnya aku tak mampu menahan godaan diorang yg bajet nak manja ala2 moe pula. Dengan mekap naturally lawa tanpa brand Maybelline mungkin membuatkan aku consider untuk jadikan wife candidate, sebab kadar penjimatan yg nyata, malah lagi hebat dari pelan Digi prepaid. Tapi, aku dengan berlagak macho, still maintain kegentleness aku refuse offer diorang, flatly tanpa teragak malah gagap sepatah dua sebab aku tak bersuara langsung masa tu. Iyelakan, dalam mimpi mana boleh cakap!

Mukadimah mimpi dan tanpa disedari, bunyi alarm phone aku berbunyi dengan nyaring bagaikan laungan suara Aslan, sampai tak larat aku nak snooze. Aku pandang sekeliling. Eh? Mane akak2 bidadari tu ye? Lari kena bawa lari dengan mat Lambok ke ni? Cahaya menerobos tingkap rumah aku, aku silau dan baru aku sedar yg aku dah kembali ke dunia realiti tanpa Sands of Time. Baru je nak terase di awangan, dah kena panggil balik mengadap realiti walaupun aku tak guna sistem Avatar jadi orang kaler biru.

Handset murah aku berbunyi. 2 Mesej masuk. Isi kandungan yg menarik hati untuk dibaca sampai ke message detail sekaligus, dari dua orang yg tak berapa dikenali. Mungkinkah dia bidadari atau sekadar makcik cleaner The Gardens? Aku terkesima dan yg pasti aku tak bisa memilihmu sebab tak dapat mandat dari planet Namek mengenai peristiwa yg boleh dicatatkan dalam arkib seorang jejaka. Aku text macam biasa dan kalau boleh aku tak nak kehilangan siapa2 di sini mahupun kucing jiran sebelah yg baru dikutip dari Uganda. Ini bukan pilihanraya JPP nak tentukan majoriti dan minoriti tapi ini adalah sejenis talian hayat dan aku hanya mampu memilih sekali seumur hidup, itu bermakna aku tiada peluang untuk jadi repeaters. Aku kian gelisah lagi kusut. Apa yg perlu aku buat atas dasar usaha? Kena panggil Hidari Shotaru untuk menyiasat kes yg rumit ini nampaknya.

*keliru nak pilih kucing Persia ke Siam

Tuesday, June 1, 2010

bangla-o-mei

Siapa saja tahu kelibat kewujudan mereka ini, malah mereka mula bertebaran di seluruh alam walaupun daku sering terserempak dengan makhluk2 yg berkaler satu ini terutamanya di Jalan TAR, somewhere in Kuala Lumpur. Aku pening juga apa maksud kedatangan diorang ke sini jika nak dibandingkan dengan alien planet Namek. Ke hulu ke hilir tanpa tujuan tapi di Klang, selepas office hour je, ramai2 berkerumun di tepi jalan nak balik ke rumah masing2, tak jauh dari situ. Terkejut aku, ingatkan diorang ni nak lancarkan demonstrasi apa2 pula di bumi Malaysia ni.
Kebetulan, masa tu aku tak bawa charger bateri handphone aku lantas aku bertanyakan kepada semua kawan2 aku yg ada di situ tapi tiada. Aku terlihat seorang Bangla datang dan lepak2 tak jauh dari aku. Dengan hati yg kering, selamba saja ku tegur abg tu dan dia katakan dia boleh chargekan handset aku. Aku yg terdesak ikut saja dan tanpa disedari aku terikut dia sampai balik ke rumah. Kecuakan melanda takut2 dia nak apa2kan daku, sesungguhnya aku masih suci lagi. Tidak! Igauan ngeri menerjah minda dan aku seolah2 mahu melarikan diri on the spot tapi malangnya handset aku berada di tangannya. Oh, tak ku sangka sama sekali handset ku jatuh di tangan abg tu. Aku lalai!
Kemudian dia menyuruh aku masuk ke bilik dia. Alamak, macam kes Nurin Jazlin pula ni! Hatiku berdegup kencang tapi secara zahirnya aku tenang dan ikut je dia tu. Dalam bilik tu, ada dua lagi Bangla tengah tidur, mungkin sebab kepenatan selepas bekerja keras selama 12 jam. Kemudian, diorang semua bangun serta merta dan layan aku sebaik mungkin. Inilah dikatakan ikramul muslimin. Diorang ikram aku sebaik mungkin seolah2 aku sahabat mereka. Aku terharu sebab awek aku pun tak layan aku macam ni. Aku terasa intim dengan diorang walaupun sejenak kenal dengan diorang sampaikan nama pun aku tak tahu sebab diorang cakap dalam bahasa Urdu dan aku just angguk2 geleng2 je bila diorang tanya something kat aku. Aku hanya mampu tersenyum dan sesekali diorang cuba berbahasa Melayu denganku. Aku terkedu sebab sampai begitu sekali diorang nak layan aku.
Kemudian, ada yg datang ke bilik abg tu, dan perawakan dia seolah2 dah berumur. Dia menyatakan dia dah 5-6 tahun di Klang dan kini mampu fasih berbahasa Malaysia sedangkan abg2 yg aku jumpa tadi baru je 3 hari sampai dari Bangladesh dan kini masing2 sudah berkahwin dan ada anak isteri untuk di sara di sana. Aku dapati diorang sekolahkan anak2 mereka ke sekolah2 yg pandai. Inilah dinamakan pengorbanan.
Dia meminta aku teruskan berbual kerana ingin berkemas. Kami sambung lagi dengan hal2 keluarga. Aku siap menunjukkan gambar2 family aku, mungkin mereka nak lepaskan rindu mereka terhadap keluarga masing2 di sana. Aku faham dan aku kesian tapi aku tak mampu berbuat apa2. Aku bukanlah Tony Stark yg boleh reka holografik untuk hasilkan imej anak isteri diorang.
Aku mula segan sebab diorang offer katil dia untuk aku tidur sementara nak tunggu Asar tapi aku segan lantas aku menolak dan meminta diri untuk pulang. Dalam hati, ingin saja aku berkawan dengan mereka sebab abah aku selalu berkata, Bangla ada di merata tempat dan mereka jugalah yg conquer ekonomi sesetengah negara. Diorang bijak belaka tapi sebab kekurangan kerja, itulah punca diorang merantau dan sanggup jadi cleaner sekali pun.
Malam tu, masa aku nak berangkat pulang, diorang siap salam dan peluk aku erat2, macam tak nak bagi aku pergi dari Klang. Sahabat, ingat daku dalam doamu!

*jangan ada yg dibawa lari sudah la

balik kene pecah



Lepas habis kerja kami di Klang selepas 3 hari, aku dan Abg Daud pun segera pulang ke rumah atas sebab urusan masing2 di rumah kelak. Aku tak kisah, tak balik lagi seminggu pun takpe sebab aku dah malas nak stay kat rumah. Ternyata aku dah rimas duduk rumah lama2 dan aku inginkan kebebasan mutlak secara terkawal malah aku juga dah berbaik dengan jiran tetangga di sekitar Kemuning ni. Kini, tibalah masa untuk ku kembali pulang setelah sekian lama di situ. Hatiku berbelah bahagi sebab nak berpisah dengan orang2 yg banyak mengajar aku di masa itu tapi inilah adat pertemuan, tentu ada yg berpisah. Aduih, mula la tu nak tangkap leleh di sini tapi apakan daya, ini bukanlah sebuah epilog Alaf 21. Jadi, dengan segera aku punggah barang2 dalam van Abg Daud dan tinggalkan Klang. Bye2 Klang, kenang daku dalam doamu!
Dalam perjalanan pulang, kami tak henti2 sembang tentang input yg kami dapat semasa 3 hari di Klang dan aku bersyukur kerna dapat berjumpa dengan macam2 orang di sana. Moga ku ketemu lagi ye tapi entah bila hanya Tuhan saja yg mengetahui. Kali ni Abg Daud tanya aku jalan dan aku dengan selamba je tunjuk ke mana2 disusuli muka confident tahap dewa. Abg Daud senyum je pastu ikut mana yg aku tunjuk. Aku rasa dia tau aku silap tapi dia macam tak kisah langsung. Aku terdiam dan rasa hormat aku terhadap Abg Daud kian menebal. Kami masuk je mana2 jalan sampai la masuk ke KESAS juga. Pandai juga Abg Daud cari jalan walaupun tanpa GPS. Sedang kami berbual, selepas tol Sg Besi, kedengaran seperti tayar meletup tapi aku tak tahu tayar siapa. AKu ingatkan tayar lori balak mana2 ke tapi lepas Abg Daud kata tu tayar van dan dia segera park sebelah kiri jalan walaupun tahu risiko dia. Aku dah blur, sebab tak pernah experience benda2 macam ni. Main pop2 aku reti la, asalkan bunyi meletup juga walaupun kedengaran peronda polis asyik bagi warning. Itulah kenangan di masa aku kekanakan ribena dulu tapi situasi kian getir. Abg Daud suruh aku buka tayar spare kat bawah van dan at least aku tolong die juga dari usha je dari awal. Susah juga Abg Daud yg asyik buat kerja, menimbulkan jealous terhadap aku.
Tak lama kemudian, satu trak datang, dua orang pekerja KESAS datang, kononnya nak menolong. Tapi diorang silap sebab tak bawa jack. Diorang hanya bawa diri sebab diorang ingat kami menganggu lalu lintas lebuhraya. Aduyai, aku dah geleng kepala tapi takpe la, sebab diorang ikhlas nak tolong. Mula2, nak buka tayar, dah jadi satu problem sebab shield rim tu buat hal sampaikan semua blur nak buka benda tu. Macam2 cara dapat dilihat, cuma nasib baik tak sampai tahap diorang nak gigit tayar tu. Sekali kopek je dengan screwdriver je dah settle. Kemudian, masalah kian meruncing apabila nak buka nat2 di tayar berkenaan. Kitorang cuma ada spanar je tapi abg2 KESAS tu kata van Ford ni kena pulas anti-clockwise. Punyalah payah nak buka sampai tersembur kechek Kelantan dia. Itu menimbulkan keseronokan bagi aku sebab aku dah lama tak berkechek dengan siapa2 since aku habis matrikulasi. Kecian pun ada juga sebab diorang nak pulas sampai berpeluh2 demi tayar tu.
Entah macam mana, diorang try pulas ikut arah jam, tetibe nat tu jadi longgar pula. Kitorang semua berdekah kat situ juga sebab kesengalan kitorang. Ada ke patut, bersusah payah sebab silap pulas? Nasib baik tak gune Hammer Grip ala2 Eye Shield gitu.
Tibalah giliran jack kereta pula. Tapi Abg Daud kata dia dah lama tak gune jack tu dan kedengaran bunyi desingan sebab karat. Lepas jack, ternyata jack tu pendek tak cukup untuk naikkan van tu, jadi tak dapat la nak tukar tayar. Masalah tetap ada dan abg KESAS tu minta aku cari batu untuk buat alas jack. Aku merayau2 tepi jalan tu dan jumpa seketul bata tapi tak digunakan sebab awal2 lagi diorang dah jack kat tengah van tu. Tapi, benda yg sama berulang, van tu tak nak naik juga. Uih, Abg Daud letak Calci-Yum ke dalam van ni sampai susah sangat nak jack. Kitorang dah pening, macam nak settlekan masalah ni. Aku minta abg KESAS call unit kecemasan, tapi dia kata unit tu tak masuk bertugas lagi time tu. Kitorang je dah cemas tapi redha je la dan tak lama kemudian, ada unit lain dari lebuh raya lain yg menjelma. Dengan pantas abg2 KESAS tu tahan. Jack sebesar tapak gajah diorang bawa keluar dan lantas terus jack van tu. Simple je Abg Daud tukar tayar. Dalam 10 minit. Aku rasa nisbah ada jack dengan takde jack dekat 1:6 kot. Sempat lagi aku berkira tanpa kalkulator.
Selepas kemas balik barang2 sekalian dan ucapkan sepatah dua kata, kami pulang. Memang memenatkan tapi itulah dinamakan kepuasan yg tak terkata kerna pertama kali dalam sejarah bukan KBSM, aku alami tragedi pecah tayar!

*nasib baik van tak kena pecah dengan malaun2 sekalian



satu adventure di Klang

Setelah kebosanan melanda di rumah akibat tak perform menjadi anak yg begitu mithali, aku ambil keputusan nekad untuk pergi mengembara setelah otak daku diperap oleh rumah yg sempit dan melekakan! Jadi, tanpa berlengah lagi, aku minta kebenaran ibu daku dan segera angkat kaki walaupun aku hanya berjalan bertapak di bumi yg nyata. Aku gerak dengan jiran aku, Abg Daud di mana hari tu mula hujan dengan lebatnya seolah2 menanti pemergian kami kerana sudah 2-3 hari tak hujan, asyik panas melampau. Abg Daud kebetulan drive van sebab wife dia nak guna kereta buat masa ni. Fine, aku tak kisah sebab aku pun lama sangat tak naik van, last yg aku naik pun sebab nak pergi SKEM je. Aku teringat kat Abg Leman the driver tu. Bergaya dan berkualiti gitu sehinggakan aku pernah admire cara dia drive, ala2 Initial D gitu. Kami bergerak dengan pantas dan jitu sebab mengejar masa, tapi kami stop seketika untuk urusan akhirati. Van yg dipacu kian beredar memasuki lebuh raya dan seterusnya maju ke KESAS. Trafik masa tu lancar je, seolah2 nak permudahkan urusan kami walaupun hujan lebat sampai tak nampak jalan. Aku terpinga2 sebab tak pernah pergi area tu. Di signboard tertera KLANG. Dimanakah itu? Aku termanggu sebab phone aku takde function GPS apatah lagi aku tak bawa peta dunia sekali. Abg Daud rileks je bawa van dia, seolah2 tiada apa2 yg berlaku dan senyum seraya sempat sembang2 dengan aku. Aku semakin tenang dan enjoy je trip tu, tapi serious, lepas kami masuk ke area Kemuning, aku dah mula pening sebab jalan dia bersimpang siur entah ke mana hala seraya terdendang lagu M.Daud Kilau.
Itulah pengalaman aku merewang di Klang dan apa yg aku dapati rumah2 kat sini best2 belaka tapi ramai Bangla kat situ sebab banyak juga kilang bertebaran di bumi Klang ni. Tak tahu la macam mana lepas ni selepas levi warga asing dinaikkan. Adakah lepas ni ramai abg Melayu berkeliaran take over Bangla berkenaan?

*jalan2 bikin aku penat~